ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, April 27, 2017

Mulut Lebih Banyak Membunuh Dari Rotan Lebih Rotan Mendidik Jutaan Jiwa

Cikgu Norjalilah Jalil, anak kelahiran Kg Geylang, Pertang, Jelebu adalah Cikgu pertama yang menjentik mulut saya berkali-kali kerana saya menyebut ayat "pu#@$mak" kepada Abang Syeikh. 2 hari air manis jadi tawar!

Sumpah saya tidak tahu apa maknanya kerana ikut kawan, dan sumpah saya tidak berani mengadu pada Emak dan Abah walaupun Emak berniaga di Kantin sekolah saya bersekolah.

Cikgu Amran, Cikgu kedua yang merotan saya kerana saya gagal siapkan kerja sekolah tapi dia lebih popular dengan libasan jarinya di lengan murid-murid SRK Jalan Raja Muda Kg Baru KL. Hingga biru!

Cikgu Johari adalah Cikgu pertama yang tampar kepala saya kerana duduk dua kaki bangku. Berdesing sampai hari ini!

Siapa tidak pernah makan penampaq, terajang, penumbuk, rotan, atau sekurangnya "hang" Cikgu Jo di SK Taman Selayang (2)?

Murid 4A seperti saya juga tidak terlepas dari cubitan pusing Cikgu Aznam. Biru, hitam, kemudian kuning warnanya!

Dalam ramai Cikgu, rotan Cikgu Isa SM Lui Barat, Jempol paling ngeri. Ada banyak jenis rotan ikut ketebalan, pelajar boleh pilih dan silaplah siapa yang pilih rotan paling halus dengan harapan tidak sakit. 

Kaedahnya, viral letak buku teks Kemahiran Hidup(tebal sikit) dalam seluar sebelum serah punggung.

Ditunjal kepala, digonjeng rambut dan dirotan Cikgu Abu Shah Soja di SEMENTAS juga perkara biasa.

Atas sebab itu, saya percaya rotan telah mendidik jutaan jiwa sejak zaman datuk saya Arwah Haji Mohd Nurut Bin Fakeh Hayat menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate, Ulu Kelang tahun 1960-an lagi.

Entah mana silapnya, jasa rotan atau lebih tepat jasa Cikgu dilupakan kerana beberapa kes remeh seperti malu rambut digonjengkan, tekanan perasaan di rotan dikhalayak kerana hisap rokok, kotor kerana didenda duduk atas jalan tar dan banyak lagi.

Generasi hari ini amat manja, dan sukar untuk saya jelaskan kepada anak saya yang pernah dilibas dengan paip getah di tangan kenapa saya perlu melibasnya kerana budak hari ini unik, dipengaruhi rakan sebaya, mereka berani mempersoalkan.

Terbaru, kes adik Thaqif yang amat berbahagia menemui penciptaNYA dalam keadaan fisabilillah, lebih lagi jauh dari dosa anak kecil yang suci ini.

Kita tidak nafikan keadilan untuk adik ini, tetapi kerana MULUT dalam sosial media ini keadilan untuk adik Thaqif diperjuangkan dengan ketidakadilan kepada Guru, Sekolah lebih lagi imej Sekolah Agama, Tahfiz khususnya.

Membaca diari adik Thaqif yang berazam mahu menghafal AlQuran saya pasti jika beliau boleh hidup semula dan berkata-kata, pasti dia akan berkata, rotanlah wahai Cikguku, rotanlah pelajar yang membuli aku!

Seperti biasa, netizen menjatuhkan hukum, tidak kurang yang berkata nasib baik aku tidak hantar anak ke sekolah "mengaji AlQuran" Tahfiz. Nasib baik?

Adilkah kita menyalahkan beribu sekolah tahfiz hanya kerana adik Thaqif?

Berapa ribu anak Melayu yang hafal AlQuran dan "takut" pada Allah berjaya dilahirkan kerana dididik dengan rotan  tetapi netizen yang amat suci terus menerus menyerang mereka yang tidak sependapat dengan mereka. Lihat sahaja UIA Confession page, isu rotan pelajar enggan wirid 2 tahun lepas pun diperjuangkan semula.

Islam bukan agama komunis, jangan merosakkan agama ini dengan mulut puaka kita.

Benar, ada setengah Guru yang merotan dengan perasaan benci bukan kerana sayang, tapi bilangan Guru yang sayang jauh lebih banyak dari yang benci. Tapi yang paling banyak dihukum Guru yang tidak berdosa.

Ya! Jelaslah, rotan mungkin membunuh adik Thaqif walaupun keputusan ujian Hospital hanya akan keluar 2 minggu lagi, tapi lebih jelas MULUT telah membunuh lebih banyak jiwa, Sekolah Agama dan semangat Cikgu-Cikgu yang ikhlas berjuang demi anak bangsa.

Hentikan mulut anda, bukan mulut di muka anda sahaja, tetapi mulut di hujung jari-jari anda yang hebat menghentam, menuduh, memfitnah tanpa memberi peluang kepada keadilan ditegakkan 2 minggu lagi.

Dan seperti biasa, jika laporan kematian adik Thaqif menidakkan asbab libasan paip getah di kakinya sebagai penyebab kematian, maka kita semua akan diam berlalu seperti tiada apa terjadi, tanpa kita sedar Allah menjanjikan hukuman dan timbang tara waima sebesar hama. A keyboard lebih besar dari hama!

No comments: