ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, March 22, 2017

Kenduri Berpuluh Ribu Bukan Salah Pengantin, Tapi Salah Tetamu!!!!

Kenduri Berpuluh Ribu Bukan Salah Pengantin, Tapi Salah Tetamu!!!! Tetamu dijemput untuk meraikan pengantin, bukan untuk diraikan!

Belajar di SM Felda Lui Barat selama 2 tahun membuka mata saya pada kehidupan masyarakat penoreh getah ie 7hb, 15hb, F-Mart, "mengajar", lantun, musim hujan dan macam-macam lagi.

Di Sekolah itu saya juga diajar bahawa tuding menuding atau salah menyalahkan adalah budaya yang buruk.

Sebagai manusia, kita perlu mencari kesalahan diri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Terbaru ada "cabaran" dari pemuja Barat yang mencabar anak muda Malaysia mengikut budaya barat yang perkahwinan mereka hanya dihadiri 100 tetamu sahaja berbanding masyarakat Melayu yang tidak kurang dari 1000 tetamu.

Seperti harga minyak, perbandingan "eye2eye" tidak boleh dilakukan secara sempit, kajian perlu dilakukan termasuk budaya, pegangan hidup, adat, lebih lagi nilai agama yang menyuruh "sambung" apa yang harus disambungkan.

Kita tidak nafikan perbelanjaan kahwin dan mati di Malaysia sudah memasuki ke tahap tidak logik, sepertimana tidak logiknya Kerajaan berazam mengekalkan harga barang keperluan tetapi membiarkan harga minyak berubah saban bulan.

Namun, untuk menyalahkan Pengantin, dan Keluarga Pengantin sahaja adalah tidak adil langsung.
Ibu bapa pengantin wanita yang meminta bayaran hantaran yang tinggi adalah kerana sikap buruk tetamu yang lebih mementingkan selera makan mereka berbanding kebahagiaan rumah tangga pengantin dan persahabatan serta persaudaraan mereka dengan keluarga Pengantin.



Baru 2 bulan lepas saya menghadiri Kenduri Jiran di Selayang Indah, dek kerana kasihankan jiran yang nekad percaya pada budaya berkampung iaitu lesap lepas Zohor, saya turun tangan tolong apa yang boleh tanpa disuruh, tanpa dibayar malah hingga hari ini tanpa terima kasih dari Tuan Rumah. Tidak apa, saya ikhlas kerana Allah.

Yang buat saya terkilan adalah tetamu yang asyik mahu marah sahaja.  Tunggu lauk, pinggan, cawan, air 5 minit pun mahu marah-marah. Bila saya suruh sabar, beliau bertambah marah siap pakej lagi mungkin dia fikir saya dibayar gaji atau diberi sekotak rokok dan sehelai tuala putih sedangkan  tidak.

Kejadian tersebut meningatkan saya pada kejadian 10 tahun dahulu di Taman Selasih KL dimana saya "sponsor" Nasi Putih bersama 5 jenis lauk untuk 100 orang makan di Kenduri Arwah Pak Cik saya.

Kebetulan saya selepas selesaikan "setiing" lauk semua balik rumah dan datang semula sebagai tetamu lambat beratur bersama hadirin lain untuk sesi makan selepas Yassin.

Mungkin Allah mahu tunjuk, dihadapan saya seorang "orang Surau" memilih udang-udang sambal sambil berkata, "Kecilnya Udang ini bagaimana orang mahu makan"???? ( Size udang adalah M RM 25 sekarang di Pasar)

Aduh!

Tetamu dijemput ke Kenduri Kahwin untuk meraikan bukan untuk diraikan jadi janganlah banyak komplen makanan lambat, tidak sedap dan sebagainya apatah lagi jika Tuan Rumah tidak mampu dan hanya menagih ehsan orang Kampung berkampung dan mencari Katerer paling murah dalam pasaran.

Tetamu dijemput ke Majlis Tahlil untuk ziarah orang mati bukan kau yang mati!!!! Ahli keluarga, saudara malah udang dalam kuali pun kesedihan tidak ada masa mahu bagi tetamu gembira(makan udang Besar).

Sikap buruk masyarakat inilah yang diterjemah kepada penyakit masyarakat hantaran tinggi, tahlil membebankan dan sebagainya.

Jika mahu menongkah budaya bukanlah kurangkan jemputan dan "putuskan" apa yang Allah suruh sambung, tetapi tetamu yang perlu disekolahkan budaya semula.

Tetamu Kahwin dan Kematian dijemput datang dengan mangkuk tingkat. Berani!? 

PS: Ada Tetamu siap pesan bini awal pagi jangan masak untuk anak, kita pergi makan tengahari Pakej 5 anak 2 bini, salam sauk RM 5.00 jimat katanya! Tetapi tumpang sekaki hentam ibu bapa minta hantaran tinggi mahu bagi tetamu macam kamu makan!

No comments: