ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, January 1, 2017

Cabaran2017: PentingDiri Adalah Musuh Utama Kita- Ekonomi Dan Agama!

Tragedi Bas di Pagoh adalah rahmat dari Allah supaya kita muhasabah diri.

Dalam siaran TV 1 bincang isu kemalangan Bas, siasatan dapati pemandu Bas tidak cukup tidur kerana kejar kerja lebih masa. Tuding menuding, Pengusaha Bas pula salahkan Kerajaan kerana tidak benarkan mereka naikkan tambang bas. Dan wakil Kerajaan pula salahkan rakyat kerana tidak mahu terima kenaikan tambang bas.

Sikap pentingkan diri inilah musuh kita yang sebenar. 

Untuk rekod, di Korea dan Jepun, peniaga tidak untung banyak kerana mereka percaya agama mereka suruh mereka berbuat baik pada manusia lain.


Semua pemilik perniagaan tetap untung dan tetap naikkan harga setiap kali harga minyak naik, tetapi tidak turunkan harga bila harga minyak petrol turun? Sikap pentingkan diri mengejar untung ini tidak selari dengan agama di Korea dan Jepun.

1MDB pula akan terus berkuasa. Syarikat tidak akan ditutup dan pembayar cukai akan terus tampung syarikat ini dan pengasasnya, kerana kita semua pentingkan diri sendiri.

Untuk rekod, agama Buddha tekankan "mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagian orang lain". Penganut Islam harus lebih bagus dari ini!

Di sebalik marah Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, disebalik salahkan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, disebalik kritik GST dan kejatuhan nilai ringgit, Rakyat Malaysia tetap melancong ke luar Negara dan makan makanan yang sama.

Krisis Makanan Dunia 2030/2050 dijangka bermula lebih awal dan rakyat boleh terus mengamuk harga minyak masak, sayur, ayam dan daging naik tetapi mereka sendiri tidak mahu berusaha berbakti pada tanah.

Plastik RM 0.20 juga bawa cerita berbeza tentang rakyat Malaysia yang pentingkan diri. Walaupun dikenakan caj RM 0.20 mereka tetap bayar kerana mereka pentingkan diri dan fikir RM 0.20 mereka itu besar dibandingkan alam sekitar yang mereka pinjam dari anak cucu mereka?

Dan seperti tahun sebelumnya sejak 30 tahun lepas, orang Islam Malaysia hanya hangat taik ayam mahu nampak baik dihadapan orang khususnya isu Palestin, Syria, Rohingya dan saudara Islam lain.

Ramai peniaga Islam kaya memilih pergi Umrah 6 bulan sekali, pergi Haji berkali-kali, dan dengan Pakej RM 100,000 dikala bukan sahaja beribu "kaum kerabat" di Malaysia tidak cukup makan, tetapi berjuta bangsa Nabi Muhammad SAW yakni Arab disembelih dan kelaparan. 

Apakah mereka fikir Nabi SAW bodoh untuk percaya mereka sayangkan Baginda seikhlas hati kerana jika kita sayangkan Baginda, kita akan sayang dan lindungi apa yang Baginda SAW paling sayangi.

Hakikatnya, pentingkan diri adalah musuh utama kita, musuh utama ekonomi dan juga musuh ALLAH.

Jangan dicemburui kejayaan China yang hanya belajar kesilapan penting diri selama 20,000 tahun sebelum Maharaja China dapat digulingkan.

Jangan dimarahi kejayaan Barat yang hanya belajar memikirkan kepentingan orang lain lebih dari diri mereka selepas terlibat dalam Perang Saudara, Penghambaan dan pelbagai siri perang.

Tetapi, malulah dengan diri sendiri yang pentingkan diri sendiri sedangkan kita sayangkan Nabi SAW dan mengaku taat pada perintah ALLAH SWT.

PS: Its ok untuk agama lain menjadi selfish atas apa sebab pun tetapi untuk umat Islam yang percaya akan hidup kekal selepas mati, apakah kita sudah selfish enough untuk berada di alam kekal itu? Atau kita selfish di dunia ini dan berharap Allah terima sisa kita pada orang lain?

Dan ALLAH tanya pada kita, Surah ArRahman, nikmat mana yang kita mahu dustakan.

Hanya dengan buang sikap penting diri sahaja umat Islam akan berjaya dan Bumi Arab akan bebas!

Justeru pada 2017, diseru kita semua(JANGAN PANDANG ORANG LAIN), diri kita sendiri buang sikap pentingkan diri dan bantu "kaum kerabat" seperti yang dituntut dalam Al Quran dan adalah lebih baik jika berkemampuan meningkatkan pertolongan pada Syria,Palestin, Rohingya dan banyak lagi.

Dan seperti artikel sebelum ini, ayoh kita jihad tani!

Wallahualam.

No comments: