ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, December 8, 2016

Tindakan Batal Jemput Mahathir Memalukan 9 Mantan Raja Melayu Dan Nilai Tamadun Melayu

Siapa tidak kenal pada Sultan Johor, Sultan Sir Ibrahim? Siapa tidak kenal Sultan Selangor, Sultan Alaudin Sulaiman Shah? Siapa tidak kenal Sultan Kedah, Sultan Badlishah?

Mereka semua mantan Sultan dan Raja Melayu ini bersama-sama orang Melayu terkenal dengan sikap dan sifat berbudi bahasa mereka dan Gentleman.

Jika anda fikir orang British adalah Penjajah yang baik hati, anda silap. British amat keras di India hingga Mahatma Gandhi terpaksa “seksa diri sendiri” untuk sedarkan orang India supaya lawan British yang zalim dengan kasih sayang.

British baik hati beri pendidikan percuma(malah ada Melayu dibayar kerana hadir ke Sekolah Inggeris) pada Melayu berpunca dari sifat dan sikap orang Melayu itu sendiri yang sungguh, sungguh baik hati dan mulia pekerti.

Bacalah catatan semua Istana pasti akan ceritakan 8 Raja Melayu tidak suka pada Residen British dan Pegawai mereka, tetapi Baginda-Baginda tetap berlapang dada menerima kunjungan dan kehadiran mereka di Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi di Istana. 

Sebelum baca Buku Tun Dr Mahathir, saya yang jahil mempersalahkan semua 9 Raja Melayu sebagai bacul kerana tidak berani menentang penjajah selama beratus tahun.

Namun Dr Mahathir jelaskan kebijaksanaan dan kelembutan 9 Raja Melayu melayani karenah penjajah bukan sahaja berjaya kurangkan kematian rakyat tetapi juga berjaya capai kemerdekaan secara aman.

Buku Mahathir ubah persepsi saya kepada 9 Raja Melayu, mereka adalah pewaris Nabi untuk kita!!

Juga diceritakan ketika Sir Harold McMichael memujuk 9 Raja Melayu serahkan Negeri masing-masing kepada penjajah British(total surrender) untuk pembentukan Negara Pertama(Negara Malayan Union) semua 9 Raja “bersetuju” dengan amat sopan dan berbudi bahasa dalam masa 2 minggu sahaja.

Jika mantan 9 Raja boleh layan Penjajah British dengan baik, apa salahnya layan Mahathir dengan baik. Pada saya tidak mungkin sifat dan nilai mantan Sultan ini tidak diwarisi Sultan dan Raja Melayu hari ini justeru saya tidak percaya 9 Raja Melayu hari ini yang batalkan jemputan pada Tun Dr Mahathir.

Malahan amat tidak mungkin jika YDP Agong Sultan Kedah yang batalkan, kerana Mahathir dalam Bukunya juga jelaskan pada rakyat seperti saya betapa Ayahanda Sultan Kedah(Sultan Badlishah) terima "paksa menghadap" musuhnya Sir Harold  dan dengan berbudi bahasa serta sopan beritahu Sir Harold bahawa perjanjian serahkan Kedah(sepenuhnya) pada British amat menyakitkan hati Baginda tetapi terpaksa kerana utamakan keselamatan rakyat negeri Kedah.

Jelaslah, Tun Dr Mahathir sebagai ikon yang boleh racuni pemikiran rakyat dengan memburukkan 9 Raja Melayu dan "kesilapan mereka", namun beliau berlapang dada memilih untuk "diam" dan membela 9 Raja Melayu itu.

Sifat Tun Dr Mahathir(yang diwarisi dari Raja Melayu) ini jadi ikutan seluruh orang Melayu hingga Melayu terkenal seluruh dunia sebagai manusia yang berbudi bahasa pekerti mulia dan berhemah tinggi.

Walaupun orang Melayu tidak suka kepada si polan, tetapi bila bertemu mereka akan tetap senyum, bersalam dan menghormati, kawan mahupun lawan, saudara mahupun musuh.

Dan atas sebab itu Mahathir dihormati kawan dan lawan hingga hari ini, cuma ditakuti oleh yang berkenaan sahaja.

Sebenarnya, Raja Melayu warisi sifat ini dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW dimana dalam AlQuran ada cerita Nabi kesipuan halau tetamu dan sahabat yang ganggu Baginda dirumahnya hingga Allah sendiri terpaksa turunkan ayat tegah sahabat jangan berlama-lama di rumah Nabi.

Sifat Nabi Muhammad SAW yang terpuji ini sama dengan sifat orang Melayu yang segan tuntut hutang dari saudara yang pinjam wang, segan bermuka masam walaupun susah hati, malu tunjuk tidak senang pada kaum Cina bela anjing dan makan babi, malah orang Melayu malu dan segan untuk halau tetamu yang hadir di Majlis mereka walaupun tidak diundang(Kenduri Kahwin).

Malangnya, sifat mulia mantan Sultan dan Raja Melayu ini seperti tidak diwarisi kita hari ini.

Ia tidak datangkan kerugian pada sesiapa tetapi pada Bangsa Melayu sendiri kerana anak cucu Melayu akan ikut perangai Ketua-Ketua Kerajaan ini. Dan anak cucu mereka akan layan mereka sepertimana mereka layan orang hari ini.

Ini adalah bukti jelas keruntuhan ADV- AttitudeDiscplineValue Tamadun Melayu dan penghinaan pada ajaran Nenek Moyang 9 Raja Melayu yang belum sampai 100 tahun tinggalkan kita tetapi kita sudah lupa ajaran dan “Wasiat” mereka.

Wallahualam.

Patik rayu pada 9 Raja Melayu jangan tarik balik pembatalan jemputan Tun Dr Mahathir, tetapi di masa hadapan patik harap 9 Raja Melayu akan pertahankan kesipuan orang Melayu dari diperkosa ahli politik.

PS: Sikap sopan orang Melayu adalah rahsia kekuatan dan kejayaan Melayu. Adolf Hitler dan askarnya yang zalim sendiri tidak mampu bunuh semua Yahudi kerana Yahudi melawan dengan "kesopanan"!

No comments: