ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, December 1, 2016

Saya Cabar Abang Kucing, Datuk Jamal dan Datuk Muhamad Fuad(Foo) Kalau Anak Jantanlah

Maharaja Lawak Mega tidak lagi diadakan kerana makin ramai ahli Politik dan orang Melayu rajin buat lawak percuma.

Mula-mula kita dihidangkan lawak kungfu monyet baju merah diikuti dengan sindiran tembakan TMJ. 

Seminggu lepas itu kita dihidangkan lawak monyet masa Dato Jamal menjerit polis pukul saya.

Seminggu kemudian kita dipaksa pula tonton lawak Abang Kucing mencabar Datuk Jamal. Ada yang kata Abang Kucing tidak perlu takut dengan Jamal yang diumpamakan tikus, terkam sahaja tidak perlu tarikh.

Tetapi difikirkan teliti, Jamal bukan tikus sebarangan sebab banyak anjing jaga tikus ini. Kalau kucing ngap tikus, nanti anjing ngup kata Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok.



Sebenarnya, baik Jamal mahupun Abang Kucing saya hanya mampu senyum sambil dalam hati berkata dua-dua "bodoh", sebab mereka tidak sedar Melayu gaduh dengan Melayu, keputusannya bukan Melayu menang.

Lagipun walaupun ramai orang menyampah dengan gelagat Dato Jamal, tapi saya minat pada cara permainan dia mendidik orang ramai khususnya pembangkang sebab saya tidak lupa pada Bersih 2 yang terbalikkan kereta polis, yang pukul wartawan dan sebagainya.

Tapi tiba-tiba saya dihidangkan video oleh Datuk Muhamad Fuad atau Datuk Foo yang mengatakan dia mahu sokong Jamal dan mahu satukan orang Melayu!

Lawak, lawak. Apakah Datuk Foo fikir dengan flying kick orang Melayu, dengan tolak orang Melayu, dengan ketuk kereta orang Melayu itu satukan orang Melayu?

Agaknya sebab Datuk Foo belajar banyak sangat Muay Thai sampai ingat dirinya orang Thai.

Justeru, saya ingin cabar Abang Kucing, Datuk Jamal dan Datuk Muhamad Fuad untuk terbang ke Amerika dan pukul seorang penghina Islam bernama Alvin Tan. Kalau tiada duit tiket saya sanggup beri percuma. 

Dari membazir tenaga gaduh sesama bangsa dan agama baik pertahankan Islam.

Berani ke tidak?

Kalau takut dengan FBI dan CIA macam MO1 tidak apa, di Malaysia ada lagi seorang Cina yang suka "provokasi" dan hina orang Melayu, malah videonya hina azan pun masih ada dalam Youtube. Hari itu Polis tahan dia sekembali dari Taiwan, tapi lepaskan sebab "tidak apa hina Allah tapi jangan hina PM".

Berani ke tidak?

Saya yakin kalau Dato Jamal dan Dato Foo pukul salah seorang dari 2 orang penghina Islam ini pasti SELURUH Bangsa Melayu akan bersatu!

Soalnya, berani atau tidak?

Biar penakut asal yang dilawan dan di flying kick itu bukan orang Melayu!

Akhir kata, sudah-sudahlah buat lawak kebal, silat monyet, cabar mencabar dan lain-lain, banyak lagi Pelajar IPT Melayu tidak cukup makan, tidak cukup duit bayar yuran.

PS:
Siapa berani lawan Dam Aji Papan Besar dengan saya. Dulu, setiap kali Arwah Abah buat silap dalam permainan Dam Aji dengan saya dia akan kata;

Melayu buat silap, Bukan Melayu kata sedap!

Tidak sangka apa yang dikatanya sudah sering terjadi kebelakangan ini tapi orang Melayu tidak juga sedar dan masih mahu pertahankan pemimpin yang hina Islam dengan rasuah peringkat dunia.

No comments: