ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, July 19, 2016

Tolonglah Selamatkan TMJ Johor!

Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hebat dan berkarisma.

Lahir pelbagai idea, anak muda bijak, kemudahan dll dari beliau.

Sejak awal 90-an lagi saya sering dengar Ya Allah! Tolong selamatkan Anwar Ibrahim oleh Bapa dan rakan-rakannya.

Pada masa itu sudah lahir suara-suara bahawa beliau akan dirosakkan oleh orang-orang rapatnya, pengikutnya.

Seorang Ketua yang baik mempunyai pengikut dan ahli Kelurga yang sayang padanya termasuk menegur dan membetulkan bila dia terkhilaf.

Era moden ini, saya meminati TMJ. Jujur!

Bukan kerana beliau anak Sultan, tetapi kerana aspirasi dan suara anak muda yang dibawanya.

Bayangkan, orang berusia 80 tahun pun enggan bersara, Billionair berusia 70 tahun pun masih mahu berebut tender juta ringgit dengan peniaga 40 tahun, Pengarah Kerajaan berusia 60-70 tahun dilanjutkan Kontrak, maka berapa lama anak muda perlu tunggu!!?

TMJ membawa suara anak muda, bukan untuk dihormati, tapi untuk didengari dan dipertimbangkan.

Malangnya, seperti DSAI, TMJ juga perlu bijak memilih pengikut. Dan Kawan!

TMJ dalam banyak kenyataan seperti kebudak-budakan. Membentak bila tidak dapat apa yang dimahukan. "Meraung" seperti budak kecil. Saya tidak tuduh, ini hakikat dan dapat dilihat jelas dalam kenyataan-kenyataannya.

Saya ada tulis mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu.

Dan saya lihat dengan bangga, walaupun saya tahu TMJ tidaklah baca artikel saya, tapi TMJ berubah.

Dari seorang anak muda, menjadi seorang "Gentleman".

Dari seorang kaki selfie, kaki upload internet, Baginda menjadi seorang ikon yang "lead by example".

Saya bangga, dan saya pasti Arwah TLJ juga pasti bangga kerana pada hemat saya, yang membawa "humble" dalam keluarga ini adalah Arwah Baginda Tunku Jalil.

Terbaru, kenyataan "pendrive" TMJ mengusik saya.

Saya pasti TMJ dikelilingi oleh rakan, pengikut yang kurang bijak "menasihati".

Penasihat tidak semestinya membuka mulut memberi nasihat, dalam persekitaran, pakaian, senyuman, percakapan, riak muka, batuk orang lain juga adalah nasihat pada kita!

Sekali lagi, seperti anak kecil yang berang diusik, TMJ tampil mengugut dengan "pendrive" dan senyuman sinisnya.

Walaupun saya pendukung pemimpin muda tapi ada beza muda dengan budak. "A war won by a man, not a boy!"

Jadi, harapan saya, "Tolonglah selamatkan TMJ Johor".

Nasihati Baginda, atau doa pada ALLAH agar Baginda diberi ALLAH rakan, pengikut yang baik, yang memimpinnya kearah kebaikan sekaligus memekarkan nilai pemimpin dalam jiwa Baginda.

A man is a gentleman and that is West.

As Malay, a man is wisdom.

Wisdom itu, dalam diam dia menasihati, dalam tingkah dia mengaspirasi, dalam santun dia dicontohi, dalam bicara dia mengetuai, dalam marah dia menyayangi.

Wallahualam.

No comments: