ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, March 28, 2016

Serangan ISIS Untuk Pastikan Donald Trump Jadi Presiden Amerika Supaya Republikan Lancarkan Perang

Jika anda tonton filem Hollywood bertajuk Muhamad Ali Greatest Fight ada babak dimana 9 Hakim Amerika terbahagi pada penyokong Republikan dan Democratic. Ada dalam dialog mereka dimana Demokrat tidak suka berperang dan Republikan amat suka berperang.

Fakta ini dapat dibuktikan dengan mudah dengan kaitkan semua peperangan ciptaan Amerika abad ke 20 terjadi semasa ahli Republikan jadi Presiden Amerika.

Antara Republikan ialah Richard Nixon- Perang Vietnam, George H.W. Bush - Perang Teluk 1992, George W.Bush - Perang Teluk, Afghanistan dll.

Tiada peperangan ketika Democrat menjadi Presiden. Obama-no war, Clinton-no war,  malah niat Kennedy mahu panggil Tentera Amerika pulang dari Vietnam dihentikan dengan tembakan di kepalanya dikhalayak ramai.

Perang adalah punca pendapatan Amerika.

Entah siapa "syaitannya", OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi menjual hampir 50% minyaknya pada Amerika.

Dan seperti yang kita ketahui, Negara minyak termasuk Malaysia pasti amat merindui perang ciptaan Amerika kerana perang menaikkan harga minyak sehingga USD 120 setong.

Tanpa perang selama 10 tahun dibawah President Obama dari Democratic, minyak berada diparas paling rendah pada tahun 2016, serendah USD 30 setong.

Negara paling teruk terjejas adalah Arab Saudi dan dijangka jika keadaan tidak pulih, Arab Saudi akan bankrap atau muflis pada tahun 2018.

Satu-satunya cara untuk naikkan harga minyak dan selamatkan ekonomi Negara OPEC, Arab Saudi dan Amerika adalah dengan pastikan Presiden Amerika pada tahun ini adalah dari Parti Republikan.

Komitmen demi komitmen telah ditunjukkan Donald Trump dalam membenci Islam.

ISIS terus menyerang malah cara serangan tidak logik "into the heart of Paris" tanpa dihidu pihak berkuasa.

Rakyat Amerika semakin hari semakin banyak serangan IS semakin teruja untuk pilih Donald Trump yang pasti akan serang Negara Islam yang kononnya ada WMD dan menyokong ISIS!

Drama dan sandiwara ini berterusan, Iran iaitu Ahli OPEC hampir pasti senasib dengan Iraq dan peliknya Arab Saudi akan jadi pihak paling untung semasa Amerika menyerang Iraq dan kini Iran.

Saya pasti, dan saya berani bertaruh dengan sesiapa sahaja, Donald Trump akan menjadi Presiden Amerika demi perang dan memulihkan harga minyak.

Apatah lagi hari ini tanpa disangka Hillary Clinton calon favourite Amerika dari Parti Democratic kalah pada pesaing dalam parti, Bernie Sanders. http://www.ibtimes.com/hillary-clinton-losing-bernie-sanders-faster-she-did-barack-obama-2266217

Kalau saya rakyat Amerika, dan terpaksa pilih antara dua menjadi Presiden Amerika antara Hillary Clinton dan Donald Trump saya akan pilih Hillary.

Dan saya pasti hampir semua rakyat Amerika jika terpaksa pilih antara dua menjadi Presiden Amerika antara Bernie Sanders dan Donald Trump, mereka dan saya sendiri akan undi Trump.

Apakah semua serangan ISIS ini kebetulan?

Atau memang sengaja direka untuk menakutkan barat khususnya rakyat Amerika agar memilih Republikan yang akan menyerang ISIS!

Apapun, tahniah Donald Trump!

Oh ya, any takers untuk pertaruhan kita?

Sunday, March 27, 2016

Bahasa Melayu Bahasa Paling Sombong Bodoh Dalam Dunia!

Saya adaleh(was) pejuang bahasa tegar.

Saya mencintai Bahasa Melayu, dan berkelahi dengan sesiapa sahaja yang menidakkan keagungan Bahasa Melayu.

Malah, ketika saya berada di puncak karier, dimana pernah dihantar Fujitsu bertugas di Dubai, saya kemudia ditemuduga oleh dua penemuduga Melayu sahaja.

Saya gunakan Bahasa Melayu, tetapi 2 Melayi ini suruh gunakan English sedang mereka tahu keputusan SPM dan latar belakang pekerjaan saya yang mahir English, dan saya berkeras menggunakan Bahasa Melayu, dan tidak dapat pekerjaan itu!

Begitulah saya perjuangkan Bahasa Melayu!

Saya mosih(sedang-ing) perjuangkan Bahasa Melayu! Tetapi tidak tegar seperti dahulu.

Kerana, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang paling sombong bodoh dalam dunia ini.

Sebelum anda tidak bersetuju dengan saya, tahukah anda dalam buku Perlembagaan Indonesia setebal 1000 muka berwarna hijau dengan gambar Garuda dihadapannya tertulis bahawa pada tahun 1945, ketika Indonesia mencapai kemerdekaan, Indonesia bersetuju menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Indonesia.

YA! 300 juta Rakyat Indonesia menggunakan Bahasa Melayu yang lebih dikenali sebagai Bahasa Indonesia.

Oleh kerana asimilasi lebih 300 suku ie Minang, Jawa, Acheh, Batak, Boyan, Sunda, Banjar, dll yang mempunyai slanga Bahasa tersendiri, Bahasa Indonesia hari ini jauh kehadapan dari Bahasa Melayu sendiri.

Tidak cukup dengan Bahasa suku Minang dll, Bahasa Indonesia diperkukuhkan dengan Bahasa Belanda, Inggeris, Bahasa Teknologi, Bahasa Sains, Bahasa Komputer dan banyak lagi.

Yang panjang dipendekkan. Yang English di Indonesiakan, yang Minang di rasmikan, yang Jawa di raikan dan bermacam lagi demi kelangsungan "Bahasa Melayu Indonesia".

Malangnya, di Malaysia, pemilik Bahasa Melayu bodoh sombong dan enggan menerima slanga dari Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, Cina dan India, jauh sekali Inggeris mahupun Bahasa Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu!

Sebagai orang Melayu jati dari Talok Kuantan, Riau, Sumatera saya tidak mempunyai masalah jika Bahasa Melayu tidak sempurna atau cacat sekalipun.

Tetapi apa yang lebih bebal dari Bahasa yang tidak mahu belajar dari kesilapan jauh sekali yang mahu memajukan dirinya sendiri?

Itulah Bahasa Melayu di Malaysia.

Pantang di usik, pantang ditegur, megah dan angkuh, tetapi bodoh!

Pejuang Bahasa palsu ini tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.

PEJUANG PALSU ini umpama perjuangkan supaya Durian diiktiraf dan diakui dunia sebagai Raja Buah tetapi mereka tidak melakukan apa-apa untuk menambah baik kualiti durian(Thailand yang tambah baik durian dari penghasilan hingga ke isinya).

PPSMI dan terbaru Dwi Bahasa Universiti menjadi mangsa kebodohan Bahasa Melayu oleh Pejuang Bahasa Palsu!!!

Tahukah anda bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka hanya menterjemahkan 3 buah buku sahaja setahun, itupun selepas berpuluh mesyuarat di semua tempat pelancongan dalam dan mungkin luar negara?

Tahukah anda bahawa Indonesia menterjemah beribu naskah buku Sains, Ilmiah dan Novel setahun?

Artikel ini tidalah bertujuan untuk merendahkan Bahasa Melayu, tetapi kita harus berpijak pada realiti.

Realiti PERTAMA!!!

Bangsa Melayu bukan Bangsa pencipta malah tidak bangsa maju pun!
Kita tidak boleh bandingkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Bangsa pencipta seperti Jepun dan Korea dan bangsa maju seperti Perancis dll.

Mereka tidak perlu belajar Bahasa Inggeris kerana mereka mempunyai ciptaan sendiri dan sumber rujukan ilmiah yang tidak terhad dalam Bahasa mereka sendiri. Thailand dan Indonesia juga mempunyai banyak sumber rujukan tidak terhad dalam bahasa mereka tidak seperti Melayu!

Realiti KEDUA!

Bahasa Melayu adalah pecahan dari bahasa sanskrit dan juga Arab, sedikit campuran India.

Bahasa ini tidak mampu berdiri sendiri dan perlu menggunakapakai dan meminjam dari Bahasa lain ie Inggeris, Cina malah dari dialek Negeri seperti Kelantan, Kedah, Jawa, Cina dll.

Bahasa Melayu juga perlu menerima bahasa sains, teknologi dan komputer tanpa menukar ke istilah Melayu!

Tahukah bahawa Bahasa Inggeris yang hebat pun tidak menukar istilah bahasa sains, teknologi dan komputer pun tidak memasukkan kedalam Kamus rasmi mereka.

Tetapi mereka tetap terima istila tersebut tanpa menukar pada bahasa mereka!

Realiti KETIGA!

Melayu hanya ada sekitar 15 juta orang sahaja di Malaysia. Pelantun Bahasa Melayu tidak sampai 30 juta orang walau dihitung dan di"mark up" dengan apa jua cara sahaja pun.

Kepenggunaan yang rendah ini menjadikan Bahasa Melayu sangat tidak popular berbanding Bahasa Melayu Indonesia, malah mungkin berbanding Bahasa Kelantan di luar negara sekalipun!

Ketiga Realiti ini harus diakui dan sebelum kita berpekik-pekik mahu perjuangkan Bahasa Melayu, perbetulkan dahulu Bahasa Melayu kita.

Tidak perlu pergi jauh, sebut Malaysia pun tidak betul!


Wednesday, March 16, 2016

Malala Yousafzai Is An America Tool/Hero, Islam Never Discriminate Woman Or Anyone

Malala Yousafzai is a Nobel Prize Winner for 2014 and yes, she is a victim of an ideology(Taliban not Islam), and we sympathized on what happen to her where she was shot on her head just because she want to go to school.

Malala supposedly is a Pakistan Hero, not America Hero.

She fight for woman freedom, right and equality, not only in Pakistan, but in whole wide world.

Unfortunately, Malala has been used and manipulated by "you know who" to tarnish Islam image where the bigger mission is to liberalise & globalise Islam according to how "they" want!

Islam is not great because Muslim are not just, oppress and discriminate woman and weaker people.

But Islam is GREAT because Islam is moderate.

Others than moderate is not a real Islam, its a misconception and misunderstanding about all religions which resulted to many new fake religion ie IS, Daesh, Terrorist, Slavery, Holocaust etc.

Watching Malala documentary "He named me Malala", I felt pity for Malala.

Not because she was shot on her head by Taliban, but because she think she survived from a Tiger, without knowing now she is with a snake that is more deceiving and torturing.

Malala thought she is free, but she only change her "master".

From Taliban to America.

The documentary, sadly, is not about Malala sacred cause and fight.

The documentary is more to an education programme educating all muslim girls "How to be good muslim girl" as what "America" want, not what as GOD want.

I am Malaysian.

Here, woman is more stronger than a man.

My mom working and woke up 4 am every day after fall asleep at 1 am.

But, they obeyed their husband, their parents and their society culture and believe. There are some cases of opposing, but both party keep their feet on the ground.

Confusing between cultural and religion happen in Malaysia, and all other countries especially in Arab.

As for me all Muslim must differentiate Arab custom and culture with Islam eventhough both are responsible in shaping Rasulullah SAW behavior.

Rasulullah SAW wont wear a jubah if Allah sent him to China. He wear jubah not because Islam forced him but because his people culture and custom wore jubah.

Rasullulah SAW wives and daughters may not go to work, or to school, but that is Arab Jahiliyiah culture and custom where Sahabat Saidina Umar RA reportedly buried his daughter alive as part of Arab Jahiliyiah culture.

During his time as Prophet, no Arab buried their daughter anymore, but obviously they need more time to "accept" woman as part of their administration.

If Muhammad SAW was born in a place where woman is a king, he himself will appoint woman as his "minister" or assistant after he became "a king" because Islam is a religion of truth and just.

Islam does acknowledge woman.

Prophet Ibrahim AS leave her wife alone with his baby which now "Siti Hajar run for water" is a compulsory routine in performing Haji.

Prophet Sulaiman AS allowed Balqis to be a king and did not smashed her kingdom to the ground etc.

But world today does not work simply that way.

There are many countries that believe woman has no place but inside house only. Perhaps inside their small bedroom, and kitchen.

Woman cannot drive a car, cannot work, cannot go to school etc. This is not Islam, this is Arab Jahiliyiah.

Funny things about Malala, America seems really care about her and sincerely love Malala so much, but she is not more than a tool for them.

Reza Aslan said it thousand time and I said it for 1001th time, woman discriminate in many Islam countries including, or precisely, leading by Arab Saudi and followed by others.

But America never mentioned or criticize Arab Saudi.

In fact they are many Malala in Arab Saudi, and perhaps, America can sent Malala to Saudi Arabia and tell King Of Arab that he should allow woman to drive and work in Saudi Arabia!

Why America never intimidate Saudi Arabia? I have no answer.

But why America will intimidate Saudi Arabia followers ie Taliban, Iran, Afghanistan, etc?
That is because they have no control over those countries!

Who shot Malala? Taliban!

Who created Taliban? America created Taliban to help them and their allies to win a war.

Who created Osama bin Laden?

Who created IS? America created IS to help them and their allies to win a war against Saddam, to bring down Mubarak and Gaddafi!
 
And now, America did it again, saving a poor little girl that so naive to believe in a name of freedom and woman right, America is so helping her!

I, as Muslim would like to convey this message to all Muslim.

We must differentiate between Arab cultural and custom that practice by Prophet because he born there, with Islam taught that practice by Rasulullah SAW because he obeyed AlQuran.

Al Quran and Islam never discriminate woman, or anyone regardless skin color nor ability!

And to non Muslim, if you see a violence, that is not Islam, and that is not even Christian, Jewish, Buddhist or Hinduism.

If you see hatred, that is not Islam, Christian, Jewish, Buddhist, Hindu, or even Bahai not even Atheis.

That is an ideology from a fraction from above faiths, and we must all unite against them!

Do not fall into politician and extremist trick that make us hate each other!

And yes, I said it again, Malala Yousafzai is an America Hero not Muslim hero!

She, like us may think we are special and right, but we are no more that a tool for them.


PS:

ate speaking le bior deme 1dunia paham. takkan nak bg oghang melayu je paham. kene le share kamu ni pon kdekut benor!” tapi english ate masih beginner jangan deme kecam ye!

Tuesday, March 15, 2016

Najib Razak: Bapa Kebencian Malaysia

Keadaan Malaysia hari ini tidak sama berbanding mana-mana tahun sejak Jepun hingga sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.

Keengganan Najib Razak berundur walaupun di hina rakyat sendiri, di malukan rakan dan pengikut sendiri, di desak Mahathir dan ramai senior lain telah akibatkan satu atmosfera yang tidak pernah melanda Malaysia terjadi.

Bila ditanya pada anak sekecil 6  -11 tahun, 3 dari 10 mereka akan jawab Najib jahat naikkan harga barang. (hingga sepotong aiskrim lebih mahal dari 1liter minyak)

Bila ditanya pada anak semuda 12-15 tahun, 6 dari 10 mereka akan jawab Najib laksanakan GST dan susahkan ibu bapa mereka.(hingga elaun saku dan makanan mereka dikurangkan)

Bila ditanya pada anak seremaja 16-19 tahun, 9 dari 10 mereka akan jawab Najib mencuri 2.6 billion dari Negara.(hingga mereka lebih hebat menjawab soalan Najib dari soalan SPM)

Pada yang berumur 20 hingga 40 tahun, ia agak seimbang kerana dalam kalangan mereka ada yang bermanfaat dari Najib samada secara langsung atau tidak.

Kalau anda berlakon tidak sokong Najib dan tanya pada semua Cina tanpa kira usia, 11 dari 10 mereka akan zahirkan kegeraman pada Najib.

Kebencian tidak terkawal dalam masyarakat hari ini dipercayai kerana Najib kebal dan sanggup menerima kebencian malah Najib tidak peduli untuk laksanakan "damage control" hingga ia merebak cepat dan cetus lebih banyak kebencian.

Lihat sahaja cara Pegawai Najib, Keluarga dan Menteri seperti Ahmad Maslan, Annuar Musa, Zahid Hamidi, Aziz Kaprawi, Abdul Rahman Dahalan, Salleh Keruak, Azalina Othman malah anak-anak mereka tidak ketinggalan keluarkan kenyataan yang mengundang benci rakyat.

Angkuh(GST), "ignorance"(TPPA), menghina(Sulu), merendahkan(3D), syok sendiri(Padang Masyar) dan tiada asas(semua).

Semua ini buatkan rakyat rasa terancam, takut dan juga sedih.

TAPI, dikala rakyat bersedih rakyat akhirnya sedar, siapa yang peduli? Tiada siapa!

Kesilapan/kesalahan itu bukan sahaja tidak diperbetulkan Kerajaan atau dikawal kerosakannya tetapi juga tidak ditangani secara "sopan dan beradab", maka ia ditukar menjadi kebencian.

Kemana sahaja anda pergi dan berjumpa orang Malaysia waima Bangladesh dan Indonesia, cuba pancing nama Najib, tanpa perlu tunggu lama, pengundi dan pendatang ini akan makan umpan dan hamburkan segala kata makian pada Najib.

Respon anda pasti "Mahu kata suka, tidak suka! Mahu kata tidak setuju, setuju!"

Tenaga benci dan negatif itu terlalu kuat dan Kerajaan seharusnya tidak biarkannya tanpa dikawal.

Sebagai manusia biasa yang hanya gunakan 10% otak, kita perlu sedar bahawa tenaga negatif waima pada orang lain ie PM, boleh akibatkan kerosakan pada kesihatan badan, jiwa dan emosi kita tanpa disedari.

Kita hormati hak Najib untuk betulkan kesilapan(yang dibuat sendiri), kita junjung undang-undang Najib tidak boleh dicabar sebagai PM kecuali melalui PRU, malah kita akui Najib juga manusia yang punya perasaan.

Tapi alasan desak Najib berundur oleh Rakyat tidak sebanding alasan Tun Dr Mahathir yang umpama Bapa kepada Najib selepas Tun Razak meninggal dunia.

Perlu diingatkan, Najib berusia 21 tahun ketika Tun Razak meninggal dan Mahathir menjadi TPM.

Mahathir jadi PM ketika Najib berusia 26 tahun dan sejak itu Mahathir mula jaga Najib.

Malah ada kemungkinan besar Mahathir pecat Anwar(selain salahlaku) untuk pastikan Najib jadi Perdana Menteri.

Pada Mahathir, Anwar lebih sukar dikawal berbanding Pak Lah.

Jika pada malam itu Mahathir "lepaskan" Anwar yang terkenal dengan "cah keting" masa tewaskan GhafarBaba, sebagai PM kelak Anwar pasti akan balas dendam dan tidak akan beri laluan pada penyokong Mahathir malam itu, termasuk Najib.

22 tahun pengalaman jadi PM, Mahathir sedar bahawa Najib akan dikenang sejarah sebagai Bapa Kebencian Malaysia.

Apa yang harus Mahathir jawab pada Tun Razak di akhirat kelak? Apakah ini cara Mahathir membalas jasa Tun Razak? Membiarkan namanya, dan nama anaknya dikenang sejarah dengan cara tidak baik?

Mahathir sedar, mungkin budaya Melayu dan Malaysia tidak hingga bunuh pemimpin, tetapi sikap orang(Melayu) yang jarang marah, sekali marah akibatnya buruk, rajuknya lama, protesnya diam tapi keras. Dan sikap jarang marah Melayu ini juga diasimilasi Cina Malaysia, berbanding Cina China yang lebih senang marah.

Lebih lagi, sejarah pada zaman internet ini tidak ditulis dan disimpan oleh Kerajaan sahaja, tetapi ditulis rakyat dan disimpan dalam Timeline Facebook dan Search Engine Google.

Ya! Najib boleh terus jadi PM "hingga kiamat" dan orang Melayu akan lupa dosa-dosa Najib khususnya orang UMNO yang terkenal dengan "tanda harga semurah RM 200".

Malah Rakyat tampak sudah muak dan juak hingga komen dalam FB tidak lagi semeriah pada mula Najib diserang kerana mereka sudah ambil pendirian dan keputusan.

Tulisan Rakyat di Internet jadi rujukan sejarah yang akan ukir nama Najib sebagai Perdana Menteri yang paling dibenci oleh Rakyatnya sendiri. (tanpa kekesalan tidak seperti Suharto, Gaddafi, Mubarak waima Maha"thir-firaun" sekalipun)

Mungkin Najib tidak kisah, tapi Mahathir yang menerima budak hingusan sebagai amanah dari Tun Razak kisah dan peduli.

Rakyat tidak kisah, tetapi kami sedih dan tidak mahu biarkan tenaga negatif dan tenaga kebencian yang berpunca dari Najib dan Menterinya merosakkan jiwa dan merendahkan nilai masyarakat Malaysia khususnya orang Islam!

Apatah lagi mewariskan kepada anak-anak kami yang masih kecil dan generasi akan datang!

Benci bukan budaya, ia sikap negatif yang perlu dibuang, tapi jika orang yang dibenci sendiri "ignorance", ia adalah ancaman kepada nilai masyarakat dan tamadun tersebut!

PS:

Meletak jawatan bukan untuk kebaikan rakyat, tetapi untuk kebaikan nama Najib dan Tun Razak sendiri kerana kedua nama itu melekat dalam masyarakat Melayu.

Sejarah akan ukir nama Najib sebagai PM paling dibenci, dan menukar Tun Razak dari Bapa Perpaduan kepada Bapa Perpecahan!

Ingat! Sejarah tidak lagi ditulis dan disimpan oleh Kerajaan sahaja tetapi ditulis Rakyat dan disimpan FB dan Google.

#RespectMYPM adalah kelakar. Apakah respect layak diberi dengan hashtag sahaja. Respect sepatutnya "earning, not asking".

Respect adalah diberi bukan diminta, apatah lagi dengan cara mengemis!

Sebagai orang Islam, saya berdoa agar Najib diberikan petunjuk dan Malaysia terus dalam rahmatNYA.

Thursday, March 10, 2016

Boboiboi The Movie Tidak Akan Pintas Ola Bola Kerana Melayu Tidak Satu Hati!

Saya tidak berniat mahu spoil mood anda dengan kenyataan rasis tentang dua filem ini.

Tapi ini adalah hakikat dimana Ola Bola ditonton oleh ramai muda mudi Cina kerana ia karya orang Cina.

Dan Boboiboi walaupun lebih berjaya menerapkan konsep keseimbangan kaum dalam berbanding Ola Bola, hanya berjaya menarik penonton Melayu sahaja.

Malah Boboiboi tidak sedikitpun mendapat perhatian orang Cina untuk menonton kerana ia hasil karya orang Melayu!

Cina boleh nafikan, dan Melayu boleh pertahankan Cina, tetapi sebagai anak Cina, saya lebih memahami dan menyayangi perempuan Cina berbanding semua Melayu dan sesetengah Cina sendiri.

Cina lahir dengan sifat rasis yang begitu tinggi.

Mereka satu hati dalam perniagaan dan pendidikan.

Pernahkah kita lihat MCA dan DAP bertelingkah kerana Sekolah Cina??

Atau pernahkah kita tengok pelanggan Cina menyerang Peniaga Cina di FB?

Jika ada perpecahan pun ia terjadi di Penang sahaja, kerana Cina Penang begitu kuat rasis sesama Cina mengikut etnik ie Kantonis, Hakka, Mandarin, Teo Chew dsb.

Rasis dalam Cina adalah semulajadi dimana "action is louder than talk".

Melayu cakap sahaja rasis, tapi tindakan mereka tidak mencerminkan mereka rasis langsung ie beli dari Kedai Cina, makan minum Kedai Cina, kerja dengan Cina dll.

Cina pula tidak pernah cakap rasis, tapi tindakan mereka menggambarkan mereka amat rasis.

Saya tidak ambil orang lain sebagai contoh, tetapi Emak saya sendiri walaupun sudah 50 tahun dalam masyarakat Melayu, hatinya dan semangatnya tetap sokong Cina.

Rasis bukan satu sifat yang buruk dan keji!

Entah kenapa, orang Melayu terpengaruh dengan "mindgame" yang mengatakan rasis itu keji dan buruk sedangkan orang Cina dari dalam perut ibu mereka, mereka sudah rasis, dan lahir dengannya.

Rasis adalah satu sifat baik selagi ia tidak menyerang dan menganggu kaum lain.

Kalau rasis yang menyokong dan mengutamakan kaum sendiri tanpa menyerang kaum lain, ia adalah rasis yang baik.

Jika anda tidak setuju cuba tukar penyataan diatas dengan keluarga.

"Utamakan keluarga sendiri adalah satu sifat baik selagi ia tidak menyerang dan menganggu keluarga orang lain".

Kalau kekeluargaan yang menyokong dan mengutamakan ahli keluarga sendiri tanpa menyerang ahlli keluarga lain, ia adalah sifat kekeluargaan yang baik.

Boboiboi adalah filem animasi Melayu yang berkualiti dan bertaraf Hollywood. Tidak keterlaluan ia lebih baik dari filem Ola Bola jika tidak diukur dengan iklan dan promosi Ola Bola.

Tapi saya jamin,ia tetap tidak akan memecah rekod Ola Bola 16 JUTA kerana orang Melayu tidak satu hati!

 PS: Kali terakhir saya baca tentang menyerang kaum lain adalah Alvin Tan dan Namewee yang menyerang Melayu, tetapi tidak pernah saya baca Melayu serang Cina!

Monday, March 7, 2016

Tengku Mahkota Johor "Menyalak" Pun Tidak Dapat Keadilan, Apa Nasib Rakyat Biasa?

Saya rasa kasihan pada Tengku Mahkota Johor yang terus rendahkan diri Baginda berjuang demi bolasepak Negara.

Saya hiba melihat seorang Putera Raja yang boleh hidup sempurna tetapi menyulitkan diri hingga sanggup jadi seperti anjing menyalak bukit FAM.

TMJ konsisten dan istiqamah perjuangkan hak penyiaran Bola Sepak Malaysia jutaan ringgit setahun yang sepatutnya diagihkan pada Persatuan Bola terbabit.

Terbaru ketika mengutus rasa terima kasih pada Perdana Menteri kerana hadiahkan sejuta ringgit pada JDT yang menjuarai Piala AFC, TMJ sekali lagi "merayu" Najib Razak meminta FAM  untuk mengagihkan hak penyiaran pada Persatuan terbabit, tetapi seperti biasa, tidak diendahkan.

Pada mula TMJ "highlight" perkara ini saya berasa lucu, kerana kita maklum siapa yang berkuasa dalam FAM, dan siapa dalang dalam FAM pun bukan rahsia terselindung lagi.

Apakah mungkin jika Negeri diperintah Sultan, maka Negeri akan berperang kerana sebiji bola?

Fakta tetap fakta, hakikat tetap hakikat, TMJ dipihak benar.

Kita semua, sebagai rakyat biasa pasti pernah melalui keperitan tidak mendapat keadilan ie disaman parking sedangkan tiada parking sah dikawasan itu, disaman nombor plat sedikit sahaja besar dari biasa, diroboh dan di rampas oleh PBT kerana cukai dan lesen sedangkan peniaga Bangladesh bebas meniaga dengan derma harian pada penguatkuasa dsb.

Apa mahu jadi dengan Malaysia? Rintihan anak Raja pun tidak dipedulikan.

Keadilan diperjuangkan anak Raja pun tidak diendahkan!

Apa lagi yang tinggal untuk rakyat biasa apatah lagi orang miskin?

Tidak apa TMJ, Allah ada dan janji Allah itu pasti, masalahnya orang sudah tidak takut pada Allah lagi!

Allah beri setiap Raja peluang untuk ukir nama mereka dalam sejarah.

Mudah, pilih sahaja satu perjuangan, istiqamah dan tawakal, sejarah pasti akan ukir nama Raja-Raja Melayu khususnya zaman internet ini.

Saya terus berharap, sebagai Kesultanan Melayu yang terlihat peduli nasib rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya, TMJ yakni bakal Sultan Johor dapat juga perjuangkan;

1. Akademi Sains DiRaja

2. Pindaan undang-undang bayi luar nikah yang mensabitkan bapa lari(melalui ujian DNA) sebagai penanggung kos sara hidup bayi itu hingga dewasa

3. Pengauditan wang zakat oleh Audit berwibawa dan disiarkan untuk tatapan umum

4. Pelan rasionalisasi pemain bola khususnya kerjaya pemain bola selepas bersara(seawal 30 tahun) dengan tawaran kerja kerajaan dan bantuan pinjaman pelajaran

5. Islam Cyberlaw.

9 Raja Melayu punya pilihan untuk ukir nama baik atau tidak dalam Sejarah, tetapi Baginda-Baginda berpendapat sejarah tetap akan kenang mereka dengan baik walau apa jua mereka lakukan.

Namun suka patik ingatkan, zaman sudah berubah!

Arkib Negara, Kerajaan, Pustakaan dan Buku bukan lagi rujukan tunggal dan bukan pencatat sejarah tunggal.

50 tahun dari hari ini, cucu kita akan "search" di Google dan Yahoo! dan semua baik dan juga buruk Sultan akan terpampang di skrin komputer mereka.

Justeru, adalah bagus jika Tuanku Raja-Raja Melayu boleh pilih perjuangan dan ambil peluang ukir nama Tuanku dalam Sejarah samada dalam rujukan rasmi(sumber terkawal Kerajaan) dan dalam rujukan tidak rasmi(sumber tidak terkawal internet).

Dan, TMJ jauh kehadapan dalam hal ini! TM lain jangan berpoya lagi, ayuh bangkit ukir nama dengan megah!

PS:

Harap FAM dapat beri keadilan yang diperjuangkan Tengku Mahkota Johor kerana jika tidak kami sebagai rakyat biasa berasa tidak selamat kerana jika Tengku Mahkota Johor pun tidak diberikan layanan serta keadilan, maka apakah nasib rakyat biasa?

Lebih lagi, sejarah akan hukum FAM dan perlu diingatkan sumber sejarah bukan lagi sumber tunggal yang dikawal Kerajaan tetapi sumber internet seperti WIKIPEDIA menjadi rujukan utama.

Saya percaya FAM tidak mahu dicatat dalam WIKIPEDIA dan dibaca cucu kita dengan perkara yang hina dan keji.

It just a matter of time, to make a difference, or to be punished! Wallahualam.

Deklarasi Rakyat Nilai Sendiri Zaman Tun Mahathir Lebih Teruk Atau Najib?

Masih lagi tentang Tun Mahathir.

Satu-satunya dosa Tun Dr Mahathir adalah beliau terlalu bagus mengemudi Negara selama 23 tahun berseorangan dimana semua Menteri dan orang kanannya terlalu bergantung pada beliau.

Kehebatan beliau membawa satu krisis yang besar hari ini, dimana semua pemimpin UMNO dibawah beliau tiada nilai dan kualiti dimana bila beliau berhenti, pemimpin UMNO yang terlalu bergantung pada beliau menjadi PKU.

Terbaru Rais Yatim, bekas orang kuat Semangat 46 berkata keadaan Negara pada masa Tun Mahathir menjadi PM adalah jauh lebih teruk dari hari ini!

Hahahahahahahah! Feel the ground please, Najib asskisser!

Semua pembodek Najib ini hanya pandai bodek dan pekakkan telinga bila rakyat mengadu!

Saya tidak layak berhujah dengan Menteri seperti Rais Yatim, dimana saya mungkin akan dapat susah dari polis atau mungkin disaman malu!

Pemimpin boleh bercakap sesuka hati dan keluarkan semua fakta, semua laporan akaun dan ekonomi Negara, sejarah pelaburan, kehebatan Najib, kejujuran Najib, kemuliaan Najib, kesabaran Najib, Najib pemimpin kurniaan Tuhan, Najib Pemimpin hebat dan segala jenis puji pujian lain.

Tapi hakikat tetap hakikat.

Rasai nadi rakyat. BeeN BeeN BeeN atau dap dap dap?

Feel the ground. Rasai denyut rakyat!

Fact is fact.

Keadaan di bawah ini jauh berbeza pada masa Tun Dr Mahathir menjadi PM, antaranya;

1. Ekonomi!

Harga air kosong 0.5 liter adalah RM 1 atau RM 2.00 seliter.
Ia lebih mahal dari harga minyak RM 1.60 seliter akibat kegagalan Kerajaan menjaga ekonomi dengan baik.

Pada zaman Mahathir minyak hanya naik sebanyak 6 kali selama 22 tahun dan kenaikan hanya sekitar RM 0.05 sahaja. Kestabilan harga minyak penting dalam memastikan ekonomi stabil!

2. Kos sara hidup!!

Kos sara hidup terlalu tinggi dan barang semua mahal tidak setara dengan pendapatan rakyat akibat Kerajaan biarkan spekulasi, gagal kawal peniaga dan tunduk pada kuasa rasuah.

Pada zaman Mahathir sudah pasti ada rasuah. Tetapi kerana Bapa(PM) tidak kencing berdiri, maka anak yang kencing berlari pun tidak ramai dan masih lagi sayangkan "keluarga@Negara"!

3. Nilai rumah!!!

Nilai rumah dan nilai sewa rumah tidak setara dimana harga Rumah RM 300,000 dengan pembiayaan RM 2000 sebulan tetapi sewa rumah itu hanya RM 800-RM 1000 maksimum sahaja.

Kegagalan Kerajaan kawal ekonomi dan biarkan pemaju melambakkan pasaran hartanah dengan bangunan yang banyak membuatkan harga naik tanpa asas kukuh.

Pada zaman Mahathir, ada projek terbengkalai, tetapi tiada lambakan hartanah melampau.

Lebih penting pemilikan rumah benar-benar dimudahkan bagi orang miskin dimana peneroka bandar dibiarkan duduk setinggan dan diberi tanah lot di Selayang, Keramat, Ampang, Pandan, Gombak, Klang dll.(Dengan jajaran lebuhraya hari ini Kerajaan boleh buat di Kuala Selangor, Tanjung Malim dll tapi Kerajaan menjadi tamak dan enggan beri tanah kepada rakyat)

Tidak cukup itu, MARA digerakkan untuk bantu rakyat bina rumah dengan bayaran balik RM 50 sebulan.

4. GST!

Setiap kali ke kedai Cina, kebanyakan Cina akan melawak GST adalah duit Rosmah Mansor. Belian RM 100, Rosmah Mansor RM 6 katanya. Mereka amat marah kerana selain mesin duit GST mereka "dipaksa" beli kertas GST yang mahal.

Pada zaman Mahathir tiada GST yang bebankan pengguna!

Banyak cukai bebankan peniaga tetapi tidak dipindahkan pada pengguna dan jika ada ia adalah "rare case"! Jaminan Menteri harga barang akan turun kerana GST juga tidak bertanggungjawab dimana ada harga barang sudah naik lebih 4 kali sejak GST diperkenalkan.

5. Jenayah!

Sosio Ekonomi berkait rapat dengan kebolehan manusia hidup dengan selamat.

Malangnya, kadar jenayah berada dalam paras kritikal akibat dari ekonomi yang tidak baik. Polis akan jawab ia bertambah baik, tapi seperti yang saya kata, feel the ground!!!

Pada zaman Mahathir, jenayah ada, tetapi polis bijak mengawal penjenayah dengan Akta ISA yang membolehkan mereka menangkap penjahat sebelum kejahatan dilakukan.

Cukup sekadar bertanya pada diri, beranikah kita biarkan anak kita berusia 7 tahun - 10 tahun berjalan seorang diri di Kuala Lumpur? Atau ke Sekolah sendirian?

Pada zaman Mahathir, saya sendiri ke Chow Kit seorang diri pada usia 9 tahun. Secara Mathnya, Kerajaan gagal kawal PATI yang sedang berasimilasi dengan masyarakat kita, setiap 10 meter pasti ada 1 PATI dan mendedahkan anak kita pada bahaya!

6. Hospital.

Tidak dinafikan legasi Tun Mahathir memastikan sistem perubatan rakyat semurah RM1.00 tetapi keadaan semakin meneruk hari ini!
 
Mungkin Rais Yatim tidak tahu, ramai ibu mengandung yang terpaksa menahan sakit diatas kerusi keras Hospital selama 48 jam kerana masalah kehabisan katil.

Bukan Wad ibu mengandung sahaja, banyak Wad yang penuh sesak dan pesakit terpaksa menunggu katil kosong.

Budget untuk membayar gaji Doktor dan Petugas Hospital tidak cukup, Hospital tidak cukup! Budget tidak cukup ini adalah fakta dari Kerajaan sendiri.

Pada zaman Mahathir, jika Hospital kehabisan katil sudah pasti Hospital baru akan dibina!

Bilakah kali terakhir Kerajaan membina Hospital baru khususnya di Lembah Klang? Pada zaman Najib tiada satupun melainkan Hospital Swasta!

Mungkin 1.5 juta Bangladesh yang mahu dibawa masuk tidak akan sakit dan tidak perlu dirawat di Hospital kelak!

7.  Peluang pekerjaan & pemberhentian kerja.

Tidak perlulah saya ulas peluang dan pembehentian pekerjaan kerana di rumah kita pasti ada masalah ini.

Cuma, kita harap pemimpin feel the ground sebelum bercakap guna lutut!

Berapa ramai orang kehilangan kerja pada zaman Najib dan berapa ramai orang kehilangan kerja pada zaman Mahathir waima krisis ekonomi 1986, krisis 1998 dan krisis minyak dunia berkali-kali!

8. Pendidikan.

Semua kelam kabut dari sekolah rendah hingga ke U.

Sekolah Rendah hari ini tiada yuran, tapi yuran PIBG, bayaran photostat dll semuanya lebih mahal dari yuran zaman Mahathir.

Harga makanan kantin terlalu mahal dan tidak dipantau kerana sewa kantin dinaikkan sekolah yang perlu mencari duit sendiri membayar kos operasinya.

Universiti tumbuh melata di setiap Negeri tanpa kawal selia. Akibatnya, ramai Graduan tidak berkualiti dihasilkan tapi gagal dapat kerja dan perlu membayar hutang PTPTN.

UPSR, PMR dan SPM semuanya menjadi mainan ujikaji dan kegagalan sistem peperiksaan menilai pengetahuan ilmu pelajar hanya secebis cerita kegagalan kerajaan.

Pada zaman Mahathir, pendidikan sama, dan sama, dan sama tanpa sebarang pertukaran dramatik.

Yuran semurah RM 20 tetapi tiada caj lain selain PIBG RM 10 setahun atau secara mathnya seorang pelajar hanya perlu bayar RM 30 setahun dan belanja makanan yang murah di kantin!

Belanja RM 1 cukup makan Nasi Lemak dan Air 20 sen. Hari ini air paip tambah sirap dan air paip Syabas dalam botol pun RM 1.00, jadi mahu makan apa?

Cikgu photostat secara percuma! (Masih ingat mesin photostat sekolah yang guna roller ink, kertas kuning kusam tapi kualiti dsb :))

Universiti sukar dimasuki tetapi Graduan berkualiti terhasil setiap tahun mengisi kekosongan jawatan hingga amat sukar mencari penggangur melainkan penggangur rela!

9. Divide and Rule Islam!

Kita maklum Jepun adalah pemula kepada konsep divide and rule antara kaum di Malaysia, mereka pecahkan Cina dan Melayu dimana konsep ini diteruskan secara langsung atau tidak langsung!

Tapi apa yang terjadi hari ini Islam dipecahkan agar orang Islam lebih mudah diperintah atau diperalatkan!!!

Kerajaan bukan gagal kawal tetapi sengaja biarkan Syiah, dan lain-lain doktrin serta fahaman bebas dibawa dan diamalkan ke Malaysia asalkan pelancongan dan pelaburan masuk!

Pada zaman Mahathir, Islam tidak pernah sekeliru ini hingga Sultan Johor sendiri terpaksa merendahkan diri mencemar diri tempelak golongan yang suka menyerang amalan Qunut, Tahlil, Talkin dll.

Cukuplah setakat 9 perbezaan antara zaman Mahathir dan Najib kerana semua pembaca sudah pasti dapat "feel the ground".

Jelas, dari rasa di "ground" ini, zaman Mahathir jauh, jauh beribu kali lebih baik dari zaman Najib!

Bukanlah tiada cacat dan cela, tetapi semua masalah dan rintihan rakyat diambil kira dan diusahakan.

Hospital dibina, jalan dibina, kesesakan jalan di pindahkan dari Kuala Lumpur, harga minyak distabilkan, peluang pekerjaan diwujudkan, pengangkutan awam ditambah baik Putra Star LRT, Komuter masih diguna pakai selepas 16 tahun dengan tambang yang murah, Bas Mini, Intrakota, Metro Bas dll beroperasi hingga tiada rumah yang Bas tidak sampai di KL, tanah setinggan diberi geran dan pemilikan rumah dibantu secara hutang mudah, cukai tidak dibebankan atas pengguna, Islam disatukan tanpa kompromi, pendidikan berbayar tetapi harga tetap dan jauh lebih murah dan banyak lagi!

Pokoknya, rakyat tidak merasai "susah" dibawah pentadbiran Tun Mahathir jika susah ada sahaja cara murah untuk hidup tanpa perlu dilayan seperti pengemis atau diugut, anda mahu BR1M undi BN!

Sunday, March 6, 2016

Surat Pada Sultan Johor & Raja Melayu: Pembaziran Boeing 777 VS Keperluan Akademi Sains Diraja

Semasa kecil, saya pasti kita pernah bermain dengan besi berani atau magnet.

Ada magnet yang menarik dan ada yang menolak,dan bagi yang punya angan-angan besar pasti mahu cipta kenderaan yang ditarik atau ditolak guna magnet bila besar nanti!!!

Angan-angan kosong seorang budak 4 tahun, 40 tahun dahulu telah jadi realiti hari ini.

Keretapi Shanghai Maglev adalah keretapi paling laju dalam dunia selaju 431km sejam.

Lebih menakjubkan, keretapi ini tidak ada enjin dan gunakan magnet yang ideanya mungkin tercetus dari angan-angan seorang budak Melayu Malaysia!

Kenapa kita tidak mampu mencipta?
 
Kenapa kita bangga dengan hanya menjadi pengguna?
Sampai bila kita mahu terus menjadi pengguna ciptaan produk dan sistem yang dicipta barat!

Benarkah orang MALAYSIA tidak mampu jadi pencipta dan mahu jadi pengguna selamanya?

Lebih lagi apakah agama ISLAM ajar supaya kita berpuas hati sebagai manusia kelas kedua sahaja?

Mungkin kita berpuas hati dengan kisah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizma, Wong Fei Hung, IP Man dan sebagainya tetapi saya dan ramai tidak puas hati!!!

Al-Quran dengan jelas suruh manusia tuntut ilmu, kembara di dasar lautan, di angkasa dan sebagainya untuk lihat kebesaran Tuhan tetapi kita lebih rela bergaduh sesama sendiri hanya kerana perkara sekecil Doa Qunut, Tahun Baru Cina dan Thaipusam!!!

Kemunduran Sains rakyat Malaysia buat saya teringat filem Round The World In 80 Days lakonan Jackie Chan yang menyahut cabaran Royal Science Academy of London.

Royal Science Academy London atau Royal Society ditubuhkan pada tahun 1660.

Pencapaian mereka bukan sahaja dibawah, malah Akademi secara tidak langsung memberi inspirasi serta dorongan kepada pencipta hebat lain.





Sudah pasti dana kewangan serta sokongan moral dan material disokong oleh Raja mereka dan selepas tamatnya Kerajaan Raja, Kerajaan Parlimen Britain masih teruskan usaha ini.

MALANGNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kebanyakan Sultan dan Raja Melayu sejak dahulu amat pentingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib rakyat khususnya perkembangan ilmu sains mereka!

Saya menjunjung kasih dan taat setia kepada Raja Melayu seperti ikrar saya Rukun Negara tetapi keperluan memajukan rakyat Malaysia amnya, dan orang Islam khususnya memaksa saya ambil risiko ini untuk sampaikan harapan kami pada Raja Melayu!!!

Saya memetik kata Mending Lee Kuan Yew, "kaum itu" tidak mahu maju dalam pelajaran, "kaum itu" lambat menguasai ilmu sains jadi kami(Singapura), tiada pilihan melainkan meninggalkan mereka dibelakang.

Di Singapura, tiada Sultan dan Raja, tapi di Malaysia sudah pasti Sultan dan Raja Melayu tidak akan "tinggalkan" orang Melayu dan dalam masa sama membantu semua rakyat Malaysia menguasai sains.

Daulat Tuanku,

Saya merasa bangga dengan pembelian Boeing 777 berharga RM 500 juta oleh Tuanku Sultan Johor.

Sebagai rakyat Selangor, anak jati Selangor yang dipinggirkan Sultannya sendiri, saya tiada hak untuk "komplen" kerana Tuanku Sultan Selangor sudah kaya lama dahulu dari Sultan Johor.

Tapi kerana terdesak, apakah pilihan yang saya ada selain merayu kepada Sultan Johor yang kelihatan lebih peduli berbanding Sultan-Sultan lain???

Raja Melayu punyai kuasa yang amat besar apatah lagi dengan sistem penggiliran, mereka bergelar YDP Agong setiap 40 tahun(atau kurang).

Tetapi apakah sumbangan Raja pada Rakyat khususnya orang Melayu selain tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibangunkan langsung akibat karenah birokrasi dan undang-undang PBT?

Pincangkah Raja, cacatkah ugama Islam? Atau kita sendiri yang pentingkan diri???

Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,

Ada berpuluh Negara mengikut jejak London dan menubuhkan Royal Science Academy masing-masing dan jika Raja Melayu mahu menubuhkan Akademi Sains Diraja Malaysia ia semudah kelipkan mata Tuanku sahaja.

Tetapi, Tuanku sekalian tidak mahu kelipkan mata akibatnya orang Malaysia terus jadi manusia tidak berilmu, pengguna dan kelas ketiga sahaja dan terus diperbodohkan oleh Memanda Menteri melalui kaedah "divide and rule".

Memang Rakyat Malaysia tidak pandai, selain menjawab soalan peperiksaan, kami hanya gunakan sistem sedia ada, dan gunapakai produk ciptaan Barat dengan gembira tanpa menyedari jika esok perang, kita guna peralatan yang mereka cipta jadi apakah peluang untuk kita menang atau sekurangnya mempertahankan diri, keluarga dan Negara- 0!

Rakyat Malaysia dikenali dunia kerana sifat dengki dan berkelahi sesama sendiri, kami juga dikenali berkelas dunia diatas jalanraya, berjudi bola sepak, transit dadah, pemerdagangan manusia, serta penerima derma berbillion ringgit!

Mungkin kami tidak layak menerima perhatian Sultan dan Raja!

Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,

Saya terfikir apakah yang difikirkan Raja England bila menubuhkan Royal Science Academy pada 1660 kerana pada masa itu saya pasti orang Barat masih lagi belum pandai terbang dan mungkin masih ramai Red Indian makan orang lagi!

Tetapi, Raja James/Charles tahu, jika mereka gunakan seluruh kekayaan mereka membeli kapal terbang sekalipun, mereka hanyalah Raja kepada pengguna atau dalam English  King to users is is still known as user but King To Scientist known as inventor!

Justeru, mereka lebih rela berusaha tubuhkan Akademi, Society atau Institut yang memberi galakan, sokongan, dorongan, motivasi dan segala apa yang diperlukan termasuk duit, emas dan berlian untuk mencipta Kapal Terbang, Roket, Kereta, Keretapi, Kapal, rawatan sakit termasuk yang dideritai anak cucu cicit Tuanku Sultan dan sebagainya.

Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,

Patik mohon ampun jika artikel ini kasar serta sembrono.

Harap jangan fokus pada masalah dan tangkap patik dengan pelbagai Akta kerana jika kita fokus pada penyelesaian, jika kita lihat pada beberapa ayat patik, maka apa yang boleh disimpulkan dari artikel bosan panjang berjela ini adalah;

1. Rakyat rayu Sultan Johor(Sultan paling peduli) dan Raja Melayu tubuhkan Akademi Sains Diraja atau Royal Society.

2. Akademi ini harus sediakan apa sahaja yang diperlukan oleh rakyat tanpa kira warna kulit untuk jalankan eksprimen sains dan tidak tertumpu pada IPT sahaja kerana dari sejarah kebanyakan penciptaan hebat bukan dicipta dari makmal Universiti!

3. Arahkan Kerajaan Malaysia rombak sistem pendidikan Negara dengan asimilasikan sains dalam hidup, bukan dalam kelas sahaja!

Ikut Jepun dimana bakat sains dan penciptaan dikenalpasti dan dipupuk seawal usia 7 tahun!

4. Angan-angan boleh jadi kenyataan jika sokongan diberikan. A wet dreamer can be an inventor!

5. Ada sebab kenapa diseluruh dunia, Akademi Sains dan Royal Society ini diletakkan dibawah Raja dan bukan Kementerian Pendidikan kerana penciptaan boleh dihentikan dengan kejahatan politik dan kepentingan individu!


Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,

Mana tahu 10 tahun lagi Tuanku Sultan Johor boleh beli 100 Kereta Terbang, Trak Terbang atau Optimus Prime dan Kapal Terbang yang amat murah kerana dihasilkan oleh Saintis Tempatan dari Akademi Sains DiRaja!

Bukankah ia pelaburan lebih baik dari membeli sebuah kapal terbang sahaja?

Ampun Tuanku!

PS: Saya yakin, dengan adanya Akademi Sains DiRaja ini rakyat Malaysia mampu lahirkan ciptaan yang hebat, sehebat Keretapi Maglev Shanghai dalam dunia moden ini!

Saya teringat saya dan Fairuz sertai Minggu Sains di Sekolah dan kami cipta kereta yang akan berhenti/perlahan/ketepi sendiri bila pemandu tertidur.

Saya berhenti disitu, tetapi beliau tidak, hari ini beliau cipta jam tawaf. Mungkin, jika ada Akademi Sains DiRaja, beliau boleh cipta medan magnetik dengan aruhan bertentangan dari kutub utara dan selatan. :)