ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, September 4, 2015

Cukup is Cukup Mahathir

Ramai yang kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir menyertai Bersih 4.0

Saya juga kecewa kerana pada saya Kerajaan yang dipilih secara demokrasi wajar dijatuhkan melalui demokrasi jua.

Beberapa tindakan menjatuhkan Kerajaan demokrasi seperti yang terjadi di Libya dan Mesir berjaya, tetapi hingga hari ini Kerajaan mereka tidak pernah stabil dan sunyi dari pemberontakan.

Malahan Bersih 4.0 dicemari oleh peserta yang memperjuangkan LBGT.

Pun begitu, saya yakin Tun Dr Mahathir mempunyai sebabnya sendiri. Dan bagi sesiapa yang mengenali beliau pasti akan hormati setiap tindakannya, malah meyakini dengan jiwa dan raga.

Saya kenali beliau, tetapi dengan cara saya sendiri.

Hakikinya, ramai orang Melayu terlalu naif tentang politik justeru mereka mudah taksub dan sering terbawa-bawa politik dalam kehidupan agama serta nilai hidup mereka.

Mereka terlalu dangkal dan hanya mementingkan keselesaan mereka dengan quote Malaysia masih aman.

Ada pula yang berlagak terlebih pandai dan menjadi pakar kepada segala konspirasi.

Saya sudah mula ikuti politik sejak berumur 8 tahun.

Politik tiada kepastian malahan politik juga menghalalkan pelbagai cara asal matlamat tercapai.

Antara syarat utama menjadi ahli politik adalah berjanji tetapi tidak menepati. Bercakap tetapi tidak memaksudkan. Merasai tapi tidak menjiwai. Nafi dan terus menafikan.

Politik adalah persepsi.

Mungkin diatas semua tidak dipersetujui kerana anda rasakan ahli politik kegemaran anda adalah pemimpin yang baik.

Hakikatnya, pemimpin terpaksa bersikap demikian kerana ia tuntuan masyarakat. Masyarakat perlukan pemimpin di kala pemimpin itu sendiri tidak sempurna.

Justeru, kesempurnaan perlu diadakan, dan diperagakan agar wujud perasaan selamat dan senang dalam kalangan masyarakat.

Itulah politik.

Hampir 5 tahun dahulu, saya menjalin hubungan rapat dengan seorang macai politik bergelar Datuk. Beliau yang kata dirinya macai dan tukang angkat beg.

Dari beliau saya sudah mendapat cerita tentang Rosmah Mansor serta penasihat ekonomi Najib yang berjumlah 1 orang berbanding Mahathir yang berjumlah 36 orang terbahagai kepada 6 kumpulan.

Mereka ini berada dalam arus perdana politik yang lekat serta pekat.

Mereka sering di ekori Polis, Interpol dan pelbagai agensi lain agar tidak membocor rahsia.

Dan sudah tentu mereka berhati-hati dalam berkongsi rahsia Kerajaan dan pemimpin.

Jadi, mana mungkin saya menyebut nama mereka.

Tapi saya boleh kongsi cerita mereka kerana terbaru kini saya sering ikuti seorang lagi VIP Prominent dalam UMNO, tukang angkat beg jugalah.

Dari mereka, sumber yang amat saya percayai kerana sudah berkali-kali benar dan tepat mengatakan bahawa kita sedang meniti jambatan goyang dibawah adalah Greece dan dihadapan adalah Bangladesh.

Kita sudah dipajak kepada Negara Arab dan dalam konteks penjarahan Arab bukanlah role model terbaik yang menjunjung Islam. Mereka lebih zalim dari Amerika.

Jika kita gagal membayar hutang yang diberikan kepada kita, maka Negara kita akan tergadai. Jika tidak pun, bangunan, pulau serta tanah strategik dan berkepentingan awam Negara akan dimiliki oleh Pak Arab dan bukan Kerajaan Malaysia lagi.

Sejauh mana kebenaran cerita ini haruslah saya katakan tidak benar kerana khuatir diri ini akan dicekup KPN dan dituduh menggulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Tetapi cukupklah saya katakan, Cukup is Cukup, jangan dihina Tun Dr Mahathir lagi.

Beliau mempunyai sebab yang kita tidak tahu kenapa dan yang kita tahu, Malaysia masih aman!

Hakikatnya, kita adalah trofi yang menjadi rebutan antara pertarungan ekonomi Arab, China dan Amerika. Pemenang antara tiga peserta ini akan mendapat Malaysia sebagai hadiah kemenangan mereka.

Terpulanglah pada anda untuk memikirkan nasib kita lebih baik dibawah Negara mana, tapi pada saya, kita sudah habis!


No comments: