ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, April 25, 2012

SIFAT MULIA CINA, MELAYU DAN ISLAM

Saya tertarik dengan pendapat Chang Long Yan di ruangan pendapat Akhbar Cina Nanyang Siang Pau yang dialih bahasa oleh http://brulittlechina.blogspot.com/.

Saudara Chang berhujah bahawa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyokong segelintir mahasiswa, telah meninggalkan mesej yang agak mencurigakan semua orang iaitu


1. Pinjam duit tidak mahu bayar balik;

2. Walaupun isu ini tertumpu kepada kumpulan minoriti, pihak kerajaan terpaksa “selamatkan keadaan”, akibatnya pihak kerajaan tidak lagi menghiraukan pandangan majoriti;

3. Tidak perlu bertanggungjawab terhadap kelakuan diri mereka, yang penting dapat laksanakan hak-hak diri sendiri.

Hujah beliau disokong oleh dua sebab dan salah satu sebab yang menarik minat saya ialah;

"Sebab yang pertama, apa yang saya rasa kesal ialah terhadap beberapa wakil rakyat dari kalangan orang-orang Cina, sedangkan budaya kaum Cina yang begitu mulia dan indah “ada pinjam ada pulang”, telah dicampakkan ke dalam lubang najis, rupa-rupanya mereka meyokong pinjam duit tidak perlu pulangkan"


Jelaslah kita bahawa Tamadun Cina yang tinggi lagi berusia beribu tahun ini mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi serta mulia. Sungguhpun kini Tamadun Cina sudah berpecah kepada banyak Negara, pelbagai Agama, dan beberapa pecahan adat, nilai-nilai mulia ini banyak dapat dilihat pada mereka khususnya dalam bidang perniagaan, kekuatan diri mencari rezeki dan disiplin dalam menjalankan tugas.

Yang mewarnai sifat mereka yang mulia ini adalah faktor kaum selain agama. Buktinya, walaupun kini ramai Cina yang menganut kepercayaan Islam, Kristian, Hindu, Taoisme, Budhism, Bahai dan lain-lain, mereka kekal sebagai seorang Cina yang menjunjung nilai mulia kaum mereka serta adat kaum Cina.

Ini amat bertentangan dengan pendapat Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan beliau tidak bangga menjadi Melayu, kerana beliau adalah seorang Islam. Kaum Cina mengajar kita, selain agama, adat, budaya dan tamadun sesuatu kaum juga menanam nilai-nilai murni dalam diri kita.

Mulia dan indah sungguh budaya orang Cina iaitu ada pinjam ada pulang. Malahan, mereka sensitif terhadap sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan nilai budaya mereka walaupun ia sekadar ancaman kurang 10 khemah kecil di Dataran Merdeka.

Bagaimana pula dengan budaya orang Melayu? Apakah semulia orang Cina? Apakah orang Melayu yang diindahkan Allah dengan Islam dan Quran mempunyai budaya semulia Cina? Jawapannya ada pada kita orang Melayu dan Islam! Bukan pada pemimpin, dan bukan pada pembangkang, tetapi pada diri kita yang akan dipersoalkan kelak.

Selepas mentelaah memang banyak peribahasa Melayu berkenaan hutang tetapi ia tidak tegas dan moleklah
andai pihak berwajib boleh mengkaji dan menukar peribahasa Melayu berkenaan hutang agar Budaya Melayu yang tinggi dapat dilahirkan.

Antara yang perlu ditukar ialah;

1. Hutang (= pinjam) kayu ara.  Maksudnya= Hutang yang tak mungkin terbayar.  Harus Ditukar kepada = Hutang budi yang tak mungkin terbayar.
2. Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Maksudnya = Hutang budi hanya Allah sahaja boleh membalasnya. Harus ditukar kepada = Hutang emas wajib dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Budaya Islam itu lahir dengan sifat yang paling mulia dalam mana-mana dunia yang boleh wujud. Ini kerana dalam Islam hutang duit tetap kena bayar walaupun mati dan ditanggung anak melainkan dihalalkan oleh tukang beri pinjam.

Hakikatnya dana PTPTN bukan duit Kerajaan tetapi duit Rakyat. Sebenarnya Ustaz Azhar Idrus sudah menjawab pertanyaan pelajar kepadanya samada boleh atau tidak jika pelajar tersebut tidak mahu membayar hutang PTPTN.

Beliau memberi jawapan yang amat berbeza dengan Tuan Guru Nik Aziz, kata beliau dana PTPTN bukan wang Kerajaan, tetapi wang Rakyat dan Kerajaan sebagai pentadbir sahaja, dan haram hukumnya jika tidak bayar wang PTPTN. Soal samada pemimpin salah guna atau tidak, itu mereka perlu jawab dihadapan Allah kelak dan kita juga harus menjawab untuk diri kita sendiri. Oleh itu, tegas beliau, wajib bayar hutan PTPTN.

Justeru, rancangan Dato Seri Anwar Ibrahim yang disokong Nik Aziz untuk melupuskan hutang adalah rancangan yang haram disisi Allah kerana wang berpuluh billion tersebut adalah milik 28 juta Rakyat Malaysia. Sebagai pentadbir, bagaimana wang tersebut boleh dihalalkan sedangkan pemberi pinjam yang sebenar bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz mahupun Tuan Guru Hadi Awang. 

Minoriti waima majoriti sekalipun Rakyat yang mungkin mengundi Pakatan Rakyat, tidak bermakna Rakyat menghalalkan "wang yang mereka beri pinjam" kepada pelajar melalui pentadbir. Apatahlagi, dalam Surat Perjanjian ada saksi, ada penghutang dan peminjam dan ada perjanjian. Tidak mungkin nilai Melayu dan nilai Islam serendah dan sekeji ini.

Sebagai Rakyat, kami mahu Kerajaan yang diberi amanah mengendali wang kami menguruskan setiap sen dengan baik dan kami yakin dengan janji Allah bahawa kami semua akan dipertanggungkan kelak keatas setiap sen wang yang kami ambil, urus dan guna.

Yang pasti, kami tidak akan sesekali menghalalkan waima sebesar hama wang kami samada yang sudah diberikan sebagai pinjaman ataupun mahu digunakan untuk menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada pelajar-pelajar walaupun ada "Ulama yang mampu menghalalkannya". Mungkin, Rakyat boleh menghalalkan wang mereka untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, tetapi tidak kepada manusia yang Allah ciptakan dengan cukup sifat, sudah matang malah berupaya untuk bekerja mencari wang sendiri dan membayar balik.
Kesimpulannya, orang Melayu khususnya orang Islam yang berpandukan Al-Quran wajib menyahut cabaran senyap "silent challenge" oleh Saudara Chang Long Yan yang mengatakan budaya Cina yang mulia dan indah adalah hutang wajib dibayar sedangkan kita tahu majoriti yang tidur di Dataran Merdeka itu adalah Islam, malahan yang menyusul dan menyokong juga adalah orang Islam. Apa jawapan kita pada Allah kelak pada soalan "Apa yang kita lakukan demi menjaga nama baik Islam?" Apakah kita mahu menjawab nilai tersebut adalah kita pinjam wang tetapi tidak mahu bayar wang 28 juta rakyat tersebut?


Sifat mulia Cina dan Islam ini harus dipahat dalam-dalam jiwa orang Melayu.






Friday, April 20, 2012

SYIAH - PANDANGAN SAYA

Izinkan saya mengulas mengenai Syiah kerana ia semakin menjadi perbualan hangat di Malaysia sejajar dengan perkembangannya yang pesat di sini.

Syiah sudah pun wujud sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Diceritakan, setengah Syiah mempercayai semasa Malaikat "menculik" Muhammad kecil untuk dibelah dadanya dan dibersihkan hatinya, Muhammad kecil sedang bermain dengan sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib. Maka, mereka mendakwa, Malaikat tersilap sedangkan ALLAH mengarahkan mereka "menculik" Ali dan bukan Muhammad.

Sesungguhnya, perancangan ALLAH lebih besar, Muhammad diangkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun, dan Ali menjadi sepupu, menantu, anak, sahabat dan kekasihnya.

Syaitan pula berusaha melakukan pelbagai angkara sehinggalah Saidina Ali sendiri dibunuh oleh pengikutnya(maafkan saya jika tersalah fakta, ini yang diberitahu pada saya), dan kemudian giliran Hassan dan Hussin. Sehingga hari ini, Syiah terkenal dengan sifat "extreme" mereka dalam beragama. Permusuhan Syiah dan Sunnah berlarutan ke zaman Umaiyah, Sumaiyah sehingga ke hari ini.

Saya juga pernah membaca dimana-mana, dalam satu Hadis Sohih, Allah SWT berfirman, biarkan mereka dengan cara mereka menyembah AKU. Begitu juga Hadis Sohih yang mengatakan satu jalan sahaja yang ke Syurga iaiatu Sunnah Wal Jamaah. Semua Hadis Soheh ini digunakan untuk menegakkan pendapat masing-masing. Ramai mempersoalkan kebenaran Hadis-hadis ini kerana sohih tidak bermakna ia tidak boleh dipersoalkan apatah lagi ia mungkin sohih pada masa itu tetapi sudah diubah pada hari ini secara sengaja atau tidak sengaja. Wallahualam.

Keras pegangan saya, sesungguhnya Rukun Iman yang nyata itu hanyalah Al-Quran dan bukan Hadis, Guru, Ibu Bapa dan lain-lain, maka saya seharusnya kembali pada Al-Quran dan memahaminya dengan hati bukan dengan akal, sudah tentulah dengan bimbingan mereka yang lebih arif. Saya mencari dan mendambakan Guru yang boleh mengajar saya memahami Al-Quran dengan hati dan beriman pada Allah tanpa Al-Quran. Kenapa tanpa Al-Quran, kerana tertib rukun Iman pertama adalah beriman pada Allah dan Al-Quran adalah tertib yang ketiga. Mudah-mudahan saya dan anda dirahmati ALLAH untuk mencari jalan padaNYA.

Pada naluri saya, saya mempercayainya dan saya menghormati ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Wahabi, Maliki, Hambali, Hanafi, Syafie, sehinggalah kepada Tarekat(Jalan) Nasyabandiah, Samaniah, Satariah, Muhamadiah, Ahmadiah, Wahabi, Tabligh dan lain-lain. Asalkan mereka mengucap, bersembahyang, berpuasa, membayar zakat, menunaikan haji, beiman pada ALLAH, beriman pada Malaikat, beriman pada Al-Quran, beriman pada Rasul, beriman pada hari kiamat dan beriman pada qada dan qadar.

Saya tidak berhak menahan jauh sekali mengambil tugas ALLAH mengatakan A, B, C mahupun Z sesat dan saya seorang sahaja yang tidak sesat, orang lain dari saya semua sesat. Dan saya pohon pada ALLAH agar tidak menjadikan sifat tersebut pada saya kerana saya yakin, dalam pencarian kita kepada ALLAH menggunakan apa jua cara sekalipun termasuk A-Z, selagi kita berpaksi kepada Rukum Iman dan Rukun Islam, maka ALLAH jualah hakim yang maha bijaksana.

Biarlah kita berbeza dengan jutaan pendapat dan jalan, tapi dengan Rukun Iman dan Rukun Islam yang satu.

Justeru, seperti muslimin dan muslimat yang lain, saya menjadi hairan dengan permusuhan antara orang Islam sehingga membawa kepada tahap saling membunuh. Ambillah pendirian, kita mahu akal menguasai hati atau sebaliknya. Kita mahu nafsu menguasai akal, atau sebaliknya. Kita mahu hati menguasi akal dan nafsu atau sebaliknya.

Jika kita amati maka jelaslah kita semua ini terjadi hasilnya janji Syaitan pada ALLAH untuk memenuhkan neraka dengan anak ADAM, untuk memesongkan umat Muhammad dan untuk membuktikan ALLAH itu salah dengan membuatkan manusia yang ALLAH muliakan dari semua makhluk menjadi sehina-hinanya, menjadi lebih hina dari binatang yang mengenal kasih sayang pada saudara, mengenal jantina dan mengawal nafsu dan berbunuhan hanya untuk makan sahaja dan bukan untuk nafsu.

Maka tahap permusuhan Syiah dan Sunnah hari ini adalah hasil perancangan Syaitan sejak kegagalan Perang Salib. Dengan jentera dan peralatan perang yang jauh lebih baik, Kristian tetap tidak boleh memenangi Perang Salib sehingga ke edisi yg berbelas-belas(berlainan-lainan mengikut sumber yang ada).

Sebabnya satu sahaja iaitu orang Islam berjuang untuk ALLAH walaupun dalam mati, justeru walaupun angkatan Tentera Kristian menggunakan senjata api dan orang Islam menggunakan panah dan pedang,  Islam tetap tidak dapat dikalahkan. (Tolong jangan berfikiran Kristian lebih pandai menemui senjata, kerana berpuluh tahun sebelum masa itu cendekiawan Islam telahpun menghasilkan api, percikan, bom, tekanan dan lain-lain, tapi mereka tidak gunakan untuk melakukan kerosakan. Semasa Perang Salib bermula, serangan pertama dilakukan keatas Pusat Ilmu org Islam kerana mereka mahu merampas semua buku dan ilmu, membunuh cendekiawan dan membakar sehingga hangus segalanya, maka dengan buku dan Ilmu yang mereka curi, lahirlah pistol bom dan lain-lain)

Hari ini asap mahupun bau Perang Salib sudah pun hilang sepenuhnya. Tetapi, adakah kita orang islam berfikiran Perang Salib sudah berakhir. Hari ini, kita berkawan dgn orang Kristian, malahan kadang-kadang kita mengagumi sifat mereka. Namun, kesulitan memahami perancangan Syaitan merosakkan Iman dan menyesatkan orang Islam tidak semudah itu untuk difahami jauh sekali disedari.

Perang Salib sudah berakhir bagi orang Islam kerana Islam mengajar mereka mencari keredhaan ALLAH dengan tidak memusuhi sesiapa. Tetapi sebaliknya pada Kristian, Perang Salib tidak pernah berakhir.

Melalui agenda budaya, hiburan, globalisasi, ekonomi, teknologi dan pelbagai lagi, Freemason dan "underworld movement" lain senantiasa merangka strategi melemahkan iman orang Islam terhadap ALLAH.
Untuk mengalahkan Islam, Kristian sedar mereka perlu mengkaji Al-Quran dan kini tahulah Kristian bahawa orang Islam suka berbalah menegakkan pendapat mereka masing-masing, mereka gagal kembali pada Rukun Iman dan tertibnya.

Dengan menggunakan pihak yang "extreme", Kristian menaja pergerakan ini menggunakan taktik "divide and conquer". Adakalanya mereka berpihak pada Syiah dan menaja peperangan ke atas Sunnah. Dan adakalanya, mereka kembali berpihak pada Sunnah dan menaja senjata untuk berperang dengan Syiah.

Mereka gerakkan pelbagai siri keganasan, agar dendam yang membara terus membara dan tidak mungkin padam. Ini jelas dilihat apabila orang Islam yang mengaku beriman pada Allah bersorak apabila "Saudara Islam" mereka dibunuh dan dihina jasadnya yang sudah menjadi milik Allah seperti Saddam dan Muammar Gadaffi.

Bukan setakat perang, Kristian secara sembunyi membantu fahaman kecil dan extreme Syiah dan Sunnah ini untuk dikembangkan. Untuk rekod, Syiah sendiri bertelagah sesama Syiah begitu juga Sunnah. Sunnah yang sampai di Malaysia tidak dapat dipastikan dari salur yang mana, yang pasti kuasa Sultan pada masa itu telah melahirkan Islam yang lebih tertib dan penuh adab dan sopan di jiwa penganut Islam di Malaysia khusunya orang Melayu. Syiah yang sampai di Malaysia juga tidak dapat dipastikan dari salur mana, yang pasti ia dibawa balik oleh Pelajar Malaysia yang belajar ke sana sejak zaman sebelum merdeka sehingga hari ini dan di dakwahkan secara halus, sembunyi dan perlahan-lahan seperti dakwah Rasullullah SAW di peringkat awal.

Hari ini, Syiah mendapat nafas baru untuk bertapak di Malaysia hasil dari pertelagahan Ulama Sunnah sendiri. Syiah mendapat tempat di hati orang Islam Sunnah di Malaysia yang jelak dengan kekeliruan agama yang timbul dan dibiarkan berlarutan serta mereka menyampah menyaksikan pertelagahan antara Ulama Sunnah yang dibuat secara terbuka.

Pada era internet, dengan kuasa internet, dunia tanpa sempadan dan kebebasan bersuara dalam dunia maya, wajarkah kita ahli Sunnah terutamanya barisan Ulama Sunnah menolak Syiah lagi?

Samada suka atau tidak, Ulama-ulama sunnah boleh mengekang, menangkap, menggangu ceramah, menahan, menghina, memusuhi, menjatuhkan hukum, atau apa sahaja cara untuk menyekat kemaraan Syiah di Malaysia, tetapi orang Islam di Malaysia tetap dapat mengikuti ceramah dan dakwah Syiah di internet.

Kalau dahulu pada zaman tiada internet, Kerajaan mengharamkan semua aktiviti Tarekat dan menangkap Guru-guru mereka bagi mengawal akidah umat Islam dari dipesongkan. Sekeras itu kawalan sekalipun, masih banyak ajaran sesat yang membelakangi Rukun Iman dan tidak mengamalkan Rukun Islam, apatah lagi di zaman internet ini.

Peluang bepuluh tahun golongan Sunnah berkuasa di Malaysia sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menanam Iman dalam jiwa umat Islam. Menanam Iman bukan semudah menanam ilmu teknologi dan sains, ia amat susah dan sukar. Jangan dipersalahkan sesiapa, kerana dalam baik itu ada buruknya, dan dalam buruk itu ada baiknya.

Pada pandangan saya, kini Sunnah di Malaysia sudah mempunyai saingan yang benar-benar kuat iaitu Syiah. Kuat kerana internet dan didukung oleh banyak Negara Anbiya.

Dengan itu, Kerajaan Malaysia yang majoritinya mendokong Sunnah hanya mempunyai dua pilihan sahaja.

Yang pertama, menyekat kebebasan atau menapis isi kandungan Internet.

Yang kedua, Kerajaan tidak lagi mengekang mana-mana fahaman dan ajaran asalkan mereka ini berpaksikan Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam. Sepertimana yang saya kata sebelum ini, hak menjatuhkan hukum Neraka dan Syurga, sesat dan tidak sesat adalah hak ALLAH sahaja. Asalkan kita berpaksi pada Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam, selebihnya diserahkan kepada kebijaksanaan dan kasih sayang Allah.

Pilihan yang kedua ini lebih sesuai kerana internet masih bebas. Dari dibiarkan Umat Islam Sunnah dari Malaysia terkapai-kapai dibalun dan di "mislead" oleh Rakan mereka dari bukan Sunnah, sudah masanya barisan ulama Sunnah menumpukan segala tenaga, kerja dan masa untuk menyaingi ibadat umat Islam yang lain.

Ini bukan lagi zaman sumber media yang satu, jika media itu kata putih, maka putihlah. Zaman ini, kalau media kata putih, Internet kata hitam, kelabu, oren, dan orang Islam pula akan pilih yang mana lebih menawan dimata mereka.

Ahli Sunnah yang masih menguasai jentera Kerajaan diharap menukar pendekatan, kerana pendekatan menyekat dan memusuhi ini menimbulkan lebih banyak kekeliruan pada Umat Islam. Hasilnya umat Islam terutama remaja cenderung untuk kembali pada kitab mereka iaitu Al-Internet dan Ulama mereka Ustaz X Al-Facebook.

Dari disekat fahaman ini, adalah lebih baik kita bersaing dengan mereka, perbanyakkan program ilmu, program Islam, bukalah pintu masjid dan Surau seluasnya sehingga larut malam, jelaskan dengan cepat, tepat dan rapat, semailah Rukun Iman dan Islam dari kecil, perluaskan KAFA dan PAFA ke Masjid dan Surau luar Sekolah, perbanyakkan pertandingan antara Sekolah Agama, penuhi pentas utama kawasan tumpuan dengan pendekatan lebih mesra, banjiri papan Iklan dengan kalimah-kalimah Allah dalam bahasa yang lebih mudah menembusi hati, benarkan rumah-rumah persendirian mengadakan Majlis Agama, dekati golongan ini, dan pelbagai lagi usaha yang perlu.

Jika Kerajaan yang dikuasai Ulama Sunnah Wal Jamaah masih tidak mahu mengakui perkembangan Kitab Baru Al-Internet dan Guru Al-Facebook, maka kesannya yang dilihat hari ini melalui komen, artikel dan dakwah dalam Internet boleh melarat ke dunia sebenar dan akhirnya Malaysia akan terjebak sama dalam persengketaan dan perang Saudara antara Umat Islam seperti yang terjadi di bumi Arab.

Apakah kita hanya mahu bertindak selepas pembunuhan pertama perselisihan agama terjadi? Atau kita mahu mendidik umat Islam dan kemudian meyakini mereka memilih apa jua jalan kepada Allah asalkan ia berpaksi kepada Rukun Iman dan mengamalkan Rukun Islam. Allah bersama mereka yang ikhlas mencari jalan yang benar.

Sunday, April 15, 2012

RASIS ADALAH SIFAT MULIA


Namewee bukan seorang rasis dan saya tidak pernah mendengar barang seorangpun rakan Cina mengatakan Namewee adalah rasis. Perlakuan bbwee ini menghina kaum lain tidak apa, tetapi apabila saya mengecam Mariam Mokhtar berderet-deret orang Cina mengatakan saya rasis.

Jika ada pemuda Melayu yang berbuat seperti Namewee sudah tentulah beliau akan digelar rasis yang amat hina dan dikenakan tindakan berat mengikut perlembagaan sehingga dibenci kaumnya sendiri.

Jahanamlah PHD Melayu.

YA! Saya adalah seorang rasis dan rasis mengajar saya melindungi ahli keluarga saya, mengutamakan masyarakat kejiranan saya, mendahulukan agama saya dan sudah tentu akhir sekali kaum saya.

Saya bangga menjadi seorang moderate rasis yang tidak menghina kaum lain seperti bbwee.

Hakikatnya, kita semua termasuk yang bijak pandai tidak sedar kita telah dimanipulasi oleh pihak tertentu agar memandang hina dan jijik pada perkataan rasis dan memandang tinggi dan mulia pada perkataan globalisasi.

Agenda kawalan minda ini dilakukan oleh pihak tertentu agar sesebuah Negara huru hara, agama terlibat sama dalam persengketaan dengan tujuan menimbulkan kekacauan. Apabila kekacauan berlaku, angkatan perang tentera lengkap bersenjata canggih akan diperlihatkan sebagai Utusan Tuhan untuk menyelamatkan manusia di Negara yang bergolak. Mereka sengaja membuatkan kita fikir orang lain rasis dan kita memusuhi orang lain kerana rasis itu kononnya hina.

Rasis sebenarnya adalah sifat semulajadi manusia. Dilema Melayu berasa amat takut dan hina menjadi rasis kerana Melayu adalah kaum yang lembut hatinya. Kita tidak pernah mendengar Melayu dengan bangga berkata, “YA, Saya seorang rasis!” Sedangkan kaum bukan Melayu bangga mengamalkan rasis melalui perbuatan mereka. Lihatlah senarai mereka yang rasis;

1)  Mereka ada Sekolah kaum mereka yang bertutur dan belajar dalam bahasa mereka

2)  Mereka hanya mahu mengambil pekerja dari kalangan kaum mereka sahaja

3)  Mereka hanya melantik kaum mereka menggangotai pengurusan Syarikat mereka

4)  Mereka hanya menyimpan duit, membeli insurans dari bank milik kaum mereka sahaja

5)  Mereka membantu kaum mereka sendiri sahaja dalam apa jua bidang terutama perniagaan

6)  Mereka hanya membenarkan kaum mereka sahaja menyewa premis kediaman dan perniagaan mereka

7)  Ada Hotel di Kuala Lumpur yang hanya menerima kaum tertentu sebagai pelanggan

Rasis adalah sifat yang amat mulia kerana si rasis bertanggungjawab pada ibu bapa, keluarga, saudara, rakan dan masyarakat yang sama kaum.

Berbeza dengan saiz tubuh badan iaitu kurus, berisi, gempal, gemuk dan obesiti, rasis hanya mempunyai dua tahap yang berbeza iaitu rasis dan rasis melampau.

Rasis yang bersifat mulia adalah rasis yang tidak menghina dan menyerang kaum lain. Rasis melampau dan terkeji bilamana seorang Melayu menyerang Cina, seorang India menyerang Cina, seorang Cina menyerang Melayu, mencarut dan menghina kaum lain, merendahkan dan menghukum kaum lain, membeza-bezakan kaum sendiri dan kaum lain.

Bagi menutup sifat rasis mereka, golongan rasis melampau dan terkeji biasanya lantang menuduh orang lain rasis. Saya fikir dikeliling kita ada orang ini termasuk komentar yang menuduh saya rasis itu. Sebenarnya dia takut sifat rasisnya ketahuan orang. Silapnya dia adalah kerana rasis sebenarnya adalah sifat mulia, rasis melampau terkeji adalah apabila kaum A menyerang kaum B.

Amerika terlepas dari dasar apartheid dengan mewujudkan bangsa Amerika namun apa yang terjadi dijalan-jalan dan lorong-lorong rakyat biasa, masih banyak kes kulit putih menyerang kulit hitam vice versa.

Sepertimana mereka yang lain, kita perlu bangga menjadi racist, menjadi familial, menjadi religious asalkan kita tidak menyerang dan menuntut supaya hak kaum lain dilucutkan, hak keluarga lain dirampas, dan hak agama lain dikurangkan. Siapakah yang menuntut hak Melayu dilucutkan dan hak agama Islam dikurangkan? Anda lebih bijak dari saya, jawapannya pasti menghiburkan.

Marilah kita semua rakyat Malaysia dengan bangga berkata “Saya seorang moderate racist dan extreme nasionalis.”


HAPUSKAN DEB DAN SEKOLAH CINA

Melayu bersedia melepaskan Dasar Ekonomi Baru demi hak samarata dan layanan sama adil terhadap semua bangsa Malaysia dengan Syarat Cina melepaskan Sekolah Cina dan semua anak Malaysia harus pergi ke satu sekolah yang sama. Ada berani?

Kenyaaannya, tiada sesiapa mampu memuaskan semua orang. Kepuasan nafsu, kemahuan duniawi manusia tidak dapat dipenuhi oleh sesiapa termasuk oleh Pencipta manusia yang Maha Agung. Buktinya, dengan mudah kita dapat melihat seorang manusia yang lahir sempurna sifat dan jantinanya tetapi tidak puas dan akhirnya mengubah fizikal diri dan menentang hukum alam.

Itu baru individu, dalam konteks Negara pula, aspirasi masyarakat, kaum dan agama menjadi tuntutan terancang samada formal atau tidak formal. Harus diingati, tiada Negara dalam dunia pernah dan akan berjaya memenuhi setiap tuntutan rakyat mereka waima Negara satu kaum seperti China, India, Jepun dan Korea sekalipun. Negara Maju pelbagai etknik pula akan mendahulukan kaum dan agama majoriti mereka sebagai contoh Thailand.

Berbeza di Malaysia, tsunami politik 2008 telah menukar lanskap politik perdana kepada satu darjah yang panas suhunya. Kini, Melayu sebagai kaum majoriti berpecah sehinggakan undi kaum minoriti menjadi penentu keputusan pemilihan wakil rakyat tempatan. Akhirnya, arus perdana terpaksa akur dengan aspirasi Umum iaitu mendahulukan kaum minoriti dan menghilangkan identiti kaum majoriti.

Sebenarnya, krisis identiti yang melanda Malaysia bukanlah baru malah sudah menjadi batu asas kepada penjajahan minda di Negara seperti Jepun.

Jelas, perancangan menjadikan kejahatan adalah kebaikan, dan kebaikan adalah kejahatan telah berjaya meresap dalam naluri manusia.

Kewarasan kini terletak pada suara majoriti dan bukan lagi pada kebijaksanaan dan kebenaran.

Bayangkan, bagaimana wajah Malaysia jika Kerajaan tidak menyediakan Sekolah Kebangsaan dan memaksa Melayu ke Sekolah Melayu, Cina ke Sekolah Cina dan India ke Sekolah India.

Justeru, menghargai sikap tolak ansur Melayu adalah bukti jelas keikhlasan kita semua menghargai “pengorbanan tahap dewa” Melayu.

Sebenarnya, setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai satu persamaan yang amat jelas iaitu menyatukan, mendamaikan, memperjuangkan semua kaum dan bukan Melayu sahaja. Usaha penambaikan tidak pernah berhenti malahan Ayahanda Tun Dr Mahathir pada Perhimpuan Agung UMNO pernah merayu Melayu supaya berusaha melepaskan tongkat(DEB). Selama 22 tahun mejadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah menyerang dan menghina kaum lain tetapi kini hanya kerana mempertahankan kaumnya sendiri, Tun Dr Mahathir kini digelar racist.

Begitu dahsyatnya physcology war bukan Melayu sehingga ramai Melayu kini malu mengaku Melayu, apatah lagi mahu mengaku racist Melayu.

Saya dibesarkan dan dididik oleh perempuan Cina dan lelaki Melayu dan seperti anda, kita semua sedar melalui pertimbangan intelektual, hanya ada satu jalan bagi menyelesaikan masalah ketidaksamarataan.

Kita dilahirkan di Hospital yang sama, membesar di bumi yang sama, makan dari tanah yang sama, menaiki kenderaan dan menggunakan jalan yang sama, menyanyikan lagu yang sama, membeli belah ditempat yang sama, menggunakan Bahasa yang sama, kerja ditempat yang sama, tinggal di perumahan yang sama, tetapi kita menghantar anak kita ke sekolah yang BERBEZA.
Persoalan samada DEB itu relevan atau tidak, dan samada DEB itu merampas hak bukan Melayu untuk menguasai dan monopoli perniagaan strategik dan lokasi hebat tidak perlu diperdebatkan.

Soalannya, jika Melayu bersedia melepaskan DEB, adakah Cina bersedia melepaskan Sekolah Cina?

Friday, April 13, 2012

NYAHKAN DARAH PENGKHIANAT

Saya langsung tidak terperanjat membaca pengalaman Dr Rahman Kadir bersama YB Azmin Ali, YB Tian Chua, YB Dr Mariah Mahmud dan rakan -rakan mereka ketika Pertabalan Yang Dipertuan Agung Yang Ke XIV. Saya tidak mengenali mereka mahupun bersemuka dengan mereka, tetapi saya dapat menghidu darah keturunan mereka.


Bukanlah tujuan saya mahu menyertai mereka dalam permainan budak-budak, kerana saya anak Melayu yang diajar nilai Melayu seperti marah dalam santun, melenting dalam sopan, melangkah dalam lembut, apa dihati sama dikata, apa dikata pasti dikota, apa dijanji akan diberi, apa yang salah akan dihadapi sebagai Lelaki.

Itulah Datuk Moyang saya, derhaka jangan, biadap tiada. Namun, ada antara kita yang tidak diajar sebegitu. Malahan, darah keturunan pengkhianat ini biasanya boleh dihidu dari sini, hati yang paling dalam.

Kalau kail panjang sejengkal, semangat Melayu jangan diduga. Kalau diri umpama batu, jangan dihina Sultan Melayu. Diacah tidak, bersua mahu, menegah tidak, berentap laju.

Perbuatan YB Dr Mariah sebagai anak kelahiran Pokok Sena Kedah paling di kesali. Apatah lagi Sultan yang sedang diangkat menjadi Yang Dipertuan Agong adalah Sultan Negeri kelahirannya sendiri. Begitu mudah menjadi derhaka, sedang uri diperut bumi, diri pula menanti hari.

Namun, tingkah laku YB Azmin Ali dan YB Tian Chua tidak dikesali langsung kerana YB Azmin Ali lahir di Indonesia Negara yang tiada Raja, dan Tian Chua juga berasal dari China, Negara yang menggulingkan Maharaja sendiri. Jauh sekali menghina mana-mana Negara dan Bangsa, sepatutnya orang Cina Malaysia merasa malu dengan YB Tian Chua dan orang Indonesia Malaysia patut malu dengan YB Azmin kerana menunjukkan apa yang tiada, persepsi dianggap realiti. Perbuatan mereka berdua menghina Raja Melayu menjadi ukuran kepada taat setia Cina Malaysia dan Indonesia Malaysia yang lain kepada Raja Melayu. Umpama sekati menjadi segantang, segenggam menjadi sebukit.

Suka tidak, cinta tiada pada Raja Melayu jelas menunjukkan jika Malaysia diserang pihak luar satu hari nanti, pastilah mereka orang pertama akan lari meninggalkan Negara Malaysia. Apakah ini disebabkan faktor genetik atau pendidikan mereka? Tepuk dada selaklah jiwa.

BN tidak, PR pun tidak. Bumi dipijak, langit dijunjung. Maaf tidak dituntut, marah biar surut. Pengkhianat Melayu, Cina, India dan lain-lain, nyahlah kamu dari bumi Malaysia atau nyahkan darah pengkhianat dari tubuh kamu. Jangan lambat asal cepat, biar cepat jangan gelojoh, yang diam bukan bodoh, yang bising bukan hebat.

Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh, hukum Agama terlipat kemas. Melenting tidak, menegur pasti, kalau kalah menjadi arang, kalau menang menjadi abu, api membara pasti digenggam asal Ketua Agama Islam kekal bersemayam.

Nyahkan darah pengkhianat. Junjung bumi yang kamu pijak, bacalah, bacalah Rukun Negara ini, kelak diri termalu tiada, demi Negara yang tercinta.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembangan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Keturunan Darah Nurut (PS.SILAT KUANTAN)

CABARAN DEBAT PTPTN ATAU DASAR PENDIDIKAN BARU

Sudah terang lagi bersuluh orang Melayu adalah orang asal bumi ini. Lebih dari status orang asal, orang Melayu merupakan majoriti di Negara Malaysia ini dengan membentuk 70% dari 28 juta rakyat Malaysia. Atas sebab majoriti itulah Raja Melayu dan Kerajaan Britain bersetuju memberi hak-hak keistimewaan pada orang Melayu. Sungguhpun ia hasil penerapan pendatang Indonesia Islam menjadi warganegara pada awal 80-an sebagai TKM bagi menarik pembukaan kilang-kilang pembuatan dari Jepun, hakikatnya, Melayu adalah kuasa rakyat terbesar. Terima Kasih Tun Dr Mahathir.

Justeru, banyak perlindungan dan layanan istimewa diberikan kepada orang Melayu. Dari pendidikan, pinjaman, perbankan, perumahan, perniagaan, subsidi sehinggalah kepada pembiayaan pelajaran, kuota melanjutkan pelajaran ke IPT dan bantuan pelajaran semuanya melebihkan orang Melayu dalam banyak segi.

Orang Melayu mendapat pendidikan Rendah dan Menengah percuma sedangkan Sekolah Cina membayar harga yang mahal, orang Melayu mendapat pendidikan Menengah Sains terbaik dengan percuma iaitu MRSM, orang India dan Cina tidak boleh masuk, orang Melayu mendapat UiTM yang sepenuhnya untuk orang Melayu dengan yuran yang amat murah, orang Cina dan India terpaksa bersaing di IPTA dengan yuran yang mahal, malahan tempat di IPTA juga menggunapakai sistem kuota yang melebihkan orang Melayu.

Akibatnya, orang Melayu dimanjakan dalam sistem ini. Sifat manja dalam sistem pendidikan telah memberi ruang orang Melayu mengambil kesempatan dalam zon selesa. Hasilnya, graduan Melayu yang lahir kebanyakannya gagal dalam perlumbaan kerjaya dengan orang Cina dan India. Sekali lagi, Kerajaan terpaksa melindungi orang Melayu dalam bidang kerjaya dan ekonomi. Kuasa tinggi penjawat awam dan Syarikat milik Kerajaan semuanya melebihkan orang Melayu, malahan Syarikat Antarabangsa juga disyaratkan agar mempunyai kuota pengurusan orang Melayu.

Sihatkah perbuatan memanjakan orang Melayu ini? Pada saya tidak! Namun, untuk menarik kembali layanan manja ini, orang Melayu perlu bersedia mental, fizikal, semangat, dan bersatu. Semua ini tiada pada orang Melayu. Tidak dinafikan ada orang Melayu yang sudah mencapai tahap tertinggi dalam kehidupan hasil bantuan Kerajaan dari mula merangkak sehingga ke Tanah Kubur, tapi kebanyakan mereka lupa dan tidak berterima kasih. Malahan ada antara mereka bersuara lantang agar hak istimewa Melayu ditarik balik.

Yang terbaru ialah PTPTN. PTPTN sebenarnya adalah sistem terancang membantu orang Melayu Manja dan eloklah ditukar menjadi PTPTMM. Selepas mendapat pendidikan percuma dari Rendah dan Menengah, orang Melayu Manja akan merosakkan diri dengan gegala rempit, bohsia, lepak, dan dadah. Mereka ini tidak menggunakan nikmat yang Allah beri dengan baik dan biasanya akan mendapat keputusan yang buruk dalam SPM. Malah ramai anak luar nikah dilahirkan oleh pelajar Melayu.

Selepas membuat kesilapan dalam hidup, remaja Melayu ini mula sedar apabila rakan sejak Darjah Satu hingga ke SPM tidak lagi bersekolah dengan mereka. Rakan mereka berjaya menempatkan diri di IPTA kerana mendapat keputusan yang baik selain dibantu Sistem Kuota Melayu. Mulalah dikorek segala tabung simpanan yang ada, digadai segala tanah yang ada, di jual segala simpanan yang berbaki pun tetap tidak cukup untuk menampung Pendidikan Tinggi mereka. Ibu bapa mengadu pada Ketua Kampung, Ketua Kampung mengadu pada Menteri Besar, sehinggalah sampai ke Perdana Menteri kerana ia sudah menjadi krisis besar orang Melayu Manja.

Kenapa ia disebut krisis besar adalah kerana orang Melayu berasa malu dan hina jika bekerja sebagai buruh bangunan, petani, berniaga pasar dan mengutip tin dan botol. Sungguh hina dan jijik malahan memalukan pada orang Melayu. Asalkan mereka dapat bekerja di ruangan hawa dingin waima di Butik Pakaian ataupun Salon, maka ia sudah jauh lebih baik dari berniaga menjual pisang ditepi jalan atau bercucuk tanam sendiri.

Kerajaan terpaksa membantu Melayu Manja ini dengan memberikan mereka peluang keempat selepas UPSR, PMR dan SPM. Tongkat kayu berganti besi, dan kini emas diberikan kepada mereka. Pelbagai IPTS wujud untuk menawarkan mereka peluang memperbaiki diri yang enggan bekerja dibawah matahari panas, malahan pinjaman "PTPTN pasti lulus" disediakan sebagai tangkal bagi mereka. Ramai anak Melayu yang berjaya selepas begelar Mat Rempit, penagih Ganja, penghidu Gam, penjual dadah, bohsia, kaki pukul, pencuri, penyamun, sehinggalah sampah masyarakat selepas kerajaan memberi tempat di IPTS beserta PTPTN.

Bagi yang matang walaupun terlambat, mereka berjaya menguasai kemahiran dan ilmu dan kini sebaris malah mungkin lebih tinggi jawatan dan gaji berbanding rakan mereka yang berkelulusan Universiti Luar Negara. Bagi yang terjerumus kekancah manja buat kali kelima, Kerajaan sekali lagi berusaha membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan paling ketara ialah di Sektor Perkhidmatan Awam yang berjumlah 1,4000,000 orang dari 28,000,000 Rakyat Malaysia atau pada nisbah 1:20. 1 penjawat awam bagi setiap 20 Rakyat Malaysia adalah amat tinggi bagi sebuah Negara yang belum mencapai status Negara berpendapatan tinggi namun semua ini dibuat bagi menongkat orang Melayu dari jatuh.

Hakikatnya, pendidikan percuma adalah penyakit berbahaya. Sepertimana bantuan percuma kepada orang Melayu yang umpama anai-anai merosakkan mereka dari dalam. Orang Melayu mungkin nampak gagah dan hebat diluar, tetapi semangat bekerja dan berniaga mereka umpama langit dan bumi dengan orang Cina.

Jika PTPTN dimansuhkan, hasil Petronas yang dipinjam dari cucu cicit kita akan digunakan bagi memberi pendidikan percuma kepada semua Rakyat Malaysia. Dalam dunia moden dan tanpa batasan ini, tawaran percuma senantiasa datang berserta agenda tersembunyi yang lebih mahal harganya. Sistem pendidikan Negara kini menjadi topik susulan selepas PTPTN. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Kelemahan dan kebrorokan orang Melayu Manja tidak boleh ditutup dan kini ia menjadi umpan untuk santapan Naga bagi setengah pemimpin Melayu bagi memancing undi bukan Melayu.

Sistem pendidikan Negara banyak memanfaatkan orang Bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak berbanding Cina dan India. Fakta menunjukkan jika MRSM, UiTM dan IPTA menggunakan Sistem Meritokrasi, maka hanya beberapa ratus orang Melayu sahaja akan berjaya menempatkan diri di pendidikan Tinggi yang berkualiti tinggi ini. Sudahnya, orang Melayu akan masuk ke IPTS dan mendapat pendidikan percuma dibayar Petronas. Umum mengetahui kualiti graduan MRSM, UiTM dan IPTA adalah jauh lebih baik dari IPTS lain, maka siapakah yang akan sudi mengaji Melayu Manja dari IPTS berbanding Cina kental dari MRSM, UiTM dan IPTA?

Sebarang perubahan pada PTPTN akan mengakibatkan perubahan pada Sistem Pendidikan Negara dan sebarang perubahan pada Sistem Pendidikan Negara akan mengakibatkan bencana kerjaya kepada orang Melayu. Justeru pada masa itu, jurang ekonomi yang teramat dalam tidak dapat dielakkan. Dan, janganlah kita lupa pada sejarah merata dunia, pemberontakan, peperangan saudara malah Perang Dunia terjadi akibat jurang ekonomi yang dalam antara Rakyat apatah lagi yang berlainan bangsa dan agama dalam satu Negara yang sama.

Sehubungan ini, saya tidak mewakili UMNO dalam hal ini, tetapi mewakili Melayu menentang sebarang perubahan pada Sistem Pendidikan Negara terutama Sistem Kuota.

Saya juga ingin mencabar debat terbuka dengan sesiapa sahaja termasuk Rafizi dengan tujuan memberi kesedaran orang Melayu akan bahaya yang menunggu jika Dasar Pendidikan Negara diubah. Saya mungkin bersetuju jika Dasar Ekonomi Baru di ubah tetapi tidak pada Dasar Pendidikan Negara yang memastikan tempat anak Melayu di MRSM, UiTM, IPTA dan menafikan hak mereka mendapat ILMU.

Wednesday, April 11, 2012

Kiamat 2012 - Doomsday 2012 - Gempa Bumi

Pelbagai bangsa telah meramalkan Doomsday atau hari kiamat sejak beribu tahun dahulu. Kini yang masih dan sedang di tunggu adalah Armageddon 2012 yang diramalkan orang Mayan pada Disember tahun ini.

Sebenarnya ramalan orang Islam adalah yang paling tepat, tetapi mendahului Allah adalah salah satu dosa besar. Saya sendiri tidak berani mengatakan ia betul atau tidak, tetapi ia tetap satu perkembangan menarik untuk diikuti.

Kapsul Masa Dr Mahathir yang ditanam di dalam perut bumi The Mall hanya boleh dibuka pada tahun 2087. Ada beberapa persamaan pada ramalan Dr Mahathir yang ditulis tangan oleh beliau seperti yang didakwa ahli falak Malaysia. Antara kebetulannya adalah;

1. 2012 dikatakan oleh orang Mayan hari bencana besar. Sudah pasti dalam Islam adalah mustahil hari kiamat terjadi sebelum wujudnya kembali Nabi Isa dan kelahiran Imam Mahdi. Justeru, adalah ragu untuk mempercayai 2012 adalah kiamat tetapi kiamat kecil memang ada disebut dalam Al-Quran. Kiamat kecil ini bukanlah gempa bumi biasa, dan jika dilihat pada ramalan Dr Mahathir, pada tahun 2012-2013 Singapura akan menyertai kembali Malaysia.

Mustahil dan amat mustahil Singapura menyertai Malaysia melainkan peperangan akibat PRU 13 yang membuatkan Malaysia berpecah pada Malaysia Selatan dan Malaysia Utara. Jika benar dengan tabiat orang Cina yang sukakan selatan, pasti mereka akan ambil selatan dan DAP dan PAP akan bergabung. Mungkin itulah yang dikatakan Singapura menyertai Malaysia pada 2012.

Namun, faktor yang satu lagi adalah kiamat kecil 2012 seperti yang diramal orang Mayan. Had air laut akan naik sedalam berpuluh meter dan akan menenggelamkan Negara pulau seperti Singapura dan Bandar seperti Jakarta.

Pemimpin Singapura, Malaysia dan Indonesia biasanya tahu kerana ahli falak bukan sebarang orang. Malahan ilmu kaji bintang ini diakui oleh Islam. Justeru, jika Singapura tenggelam, kemanakah mereka akan lari jika tidak Negara yang mempunyai saudara mereka dan ada yang sudah membeli hartanah disini.

Fakta usaha Kerajaan Jakarta memindahkan Pusat Pentadbiran dari Jakarta juga wajar diambil kira.

2. Pada 2015 akan tercetus Perang Dunia Ke 3 yang disebabkan oleh ekonomi. Kapsul masa Dr Mahathir juga mencatat perkara ini. Umum mengetahui betapa sakitnya ekonomi Amerika dan berapa lama lagi mereka boleh bertahan. Justeru, dengan faktor bencana 2012 yang akan terjadi, bencana lebih besar akan terjadi pada 2012 DAN 2 diterbalikkan adalah 2015.

2015 akan menyaksikan separuh bumi dihancurkan oleh perang nuklear bukan gempa. Kiamat kecil hasil dari angkara manusia itu sendiri.

3. Dr Mahathir juga meramal Malaysia akan menjadi kuasa ekonomi dunia pada 2017. Sebab itu Dr Mahathir meletakkan sasaran Malaysia pada tahun 2020.

Jika benar ramalan Dr Mahathir ini, dasar pandang ke China oleh PM Najib kini wajar diberi perhatian. Malaysia akan muncul sebagai kuasa ekonomi baru dunia kerana sumber minyak yang masih selamat dilindungi China. Minyak simpanan Arab dan Eropah sama sekali akan terhapus semuanya ketika perang nuklear 2015 tercetus. Hanya Negara Asia Tenggara yang tiada nuklear, maka minyak dikawasan Asia Tenggara akan selamat, malahan simpanan minyak kita akan dipertahankan oleh Kuasa Tentera China yang juga memerlukan minyak.

Jika kita terperanjat, fikirkan kebetulan golongan akademi yang kini sedang berusaha keras dan bermatian untuk menghasilkan bahan api yang dibuat dari bukan petroleum.

Ini adalah ramalan orang Islam. Mungkin Dr Mahathir sebagai ketua Negara yang berpeluang mengerjakan solat dalam Kaabah didatangi oleh seseorang dan diberitahu akan ramalan ini. Wallahualam.

Yang pasti, bukan orang Mayan ataupun India sahaja punya ramalan, orang Islam juga tetapi kami takut dengan dosa besar mendahului ALLAH.

Seperti yang saya katakan, saya takut mendahului ALLAH, justeru tulisan ini adalah sekadar untuk renungan bersama dan perbandingan dengan apa yang terjadi. Adalah lebih molek jika Tuan Punya tulisan kapsul Dr Mahathir dapat mengulasnya.

Sekian.

Subjek Etika Internet

Hari cuti Pertabalan YDP Agung pada hari ini membolehkan saya melayari laman-laman internet milik Rakyat Malaysia. Sudah pasti ia dapat dilakukan dengan mudah melalui pautan Facebook dimana kita akan dapat melihat, membaca dan melawat laman muka buku rakan-rakan, orang asing dan semua yang berkenaan dan tidak berkenaan.

Sebut apa sahaja, dari artikel, foto dan komen yang di share beribu kali semuanya penuh dengan kata nista, carut, keji, kotor, hina, fitnah, cerca, peribadi, dan pelbagai lagi bukan sahaja kepada pemimpin, tetapi juga kepada para ulama, Islam dan Allah. Penatnya membaca sehingga hanya mampu menggeleng kepada sambil menyedut nafas lega. Lega kerana ALLAH masih memberi diri kewarasan dan tidaklah mencarut terhadap muslim lain semata-mata kerana perbezaan pendapat dan parti politik.

Mungkin kerana Allah itu mencarut, maka umat Islam juga mencarut juga. Wallahualam. Saya pilih untuk tidak percaya dan tidak mengikut jika benar Allah mencarut kerana saya yakin carutan Allah jika benar adalah kerana kemurkaannya pada umat manusia yang menolak ajaran ALLAH.

Kerajaan pula dilihat longlai dan leka dalam membiarkan muslim yang tidak cukup ilmu ini bermain internet tanpa tapisan dan didikan. Justeru, pemansuhan ISA dan penggantian akta baru bagi menjamin keselamatan awam dilaksanakan kerana Kerajaan fikir Rakyat sudah matang dan mampu berfikir.

Hakikatnya, hanya 10% dari pengguna internet mempunyai etika dan nilai yang baik. Selebihnya hanya mampu menjual produk seks, video seks, cerita fitnah, makian, hinaan, memburukkan orang lain, propaganda, perkauman, syok sendiri, tunjuk samseng, carutan yang halal dan banyak lagi.

Sudah tiba masanya pendidikan etika internet dan etika diperkenalkan kembali seperti yang pernah diajar melalui subjek moral pada tahun 60-an dulu. Masukkan subjek ringan ini dan jadikan subjek wajib lulus dalam PMR dan SPM.

Semoga etika masyarakat Malaysia dapat dipertingkatkan bagi menaikkan "Attitude", "Discipline" dan "Value" tamadun bangsa Malaysia. Tamadun yang hebat adalah tunjang kepada Negara Maju seperti yang diimpikan pada tahun 2020.

Benarkan Peniaga Tuntut Ganti Rugi Dari Bersih 3

Demo dan tunjuk perasaan adalah jalan terakhir bagi seseorang atau sebuah pergerakan untuk menunjukkan bantahan mereka. Itupun jikalau bantahan tersebut langsung tidak diendah dan dipedulikan oleh sesiapa. Semua manusia lahir dengan hak yang diberikan kepadanya, dan lebih sempurna jika kebebasan bersuara digunakan selepas kebebasan pemikiran.

Bersih 1, 2, 3, 4 waima yang keseratus tetap akan memilih tempat yang mereka fikirkan mampu mencapai matlamat mereka. Samada matlamat mereka menimbulkan kesusahan atau kesenangan pada orang awam, sendirilah menilainya. Yang pasti, jika anak sendiri kita tidak mampu mengawalnya, bagaimana mahu kita mengawal berpuluh ribu manusia pada satu masa di satu tempat? Dari 100,000,001 cara seperti itu, hanya 1 sahaja yang tidak menyusahkan orang lain, itupun di Padang Masyar kelak. Waima di Padang Arafah sekalipun, masalah tetap timbul dan kesusahan pada orang lain tetap terjadi dek kerana tindakan segenlintir orang.

Justeru, Kerajaan harus meluluskan segala apa yang diminta dan diperlukan oleh penganjur dengan syarat mereka harus meletak wang taruhan dan harus bertanggungjawab sepenuhnya sebelum, semasa dan selepas penganjuran. Polis tidak perlu membuat sekatan jalan dan membiarkan mereka mengawal sendiri radius kawasan penganjuran mereka.

Hak-hak peniaga yang rugi akibat ketiadaan pelanggan, kerosakan oleh peserta dengan bukti harus dibayar balik oleh penganjur dan ini perlu dilakukan kurang dari 14 hari bekerja. Jika penganjur gagal membayar, maka peniaga dan orang awam yang rugi akan dibenarkan menggunakan kawasan luar pintu premis kediaman dan pejabat penganjur sebagai tempat berniaga mereka kerana itu hak mereka berkumpul dimana tempat yang mereka suka.

Sistem Pemerintahan Islam Juga Pincang

Demokrasi dan apa jua jenis pemerintahan juga mempunyai kelemahan. Waima Sistem Khulafa Ar-Rasyidin melalui Sistem Syura juga didakwa pincang bukan sahaja oleh penyokong Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali tetapi juga oleh anakanda Rasullullah SAW Saiditina Fatima dan Isteri Baginda, Saiditina Aisyah. Hasilnya, Khalifah Uthman dan Khalifah Ali mati dibunuh oleh "orang Islam" yang tidak berpuas hati kononnya dengan kepimpinan mereka, walhasil diri sendiri dikuasai Syaitan.

Sistem pemerintahan Islam yang gemilang dikatakan pada masa Khalifah Umar Abdul Aziz. Namun, mencapainya bukanlah perkara yang mudah pada pemimpin tersebut malah pada orang Islam ketika itu yang begitu patuh pada ajaran Islam. Jelas, kerajaan yang bagus bukan hanya terletak di bahu Khalifah semata, tetapi juga pada iman rakyatnya.

Hari ini, ramai yang mendakwa sistem demokrasi adalah cacat dan membuka ruang kepada salah guna kuasa dan diktator. Namun, sistem pemerintahan Islam juga punya masalah yang sama. Jika kita kembali pada Rukun Iman yang nyata iaitu Al-Quran, kita akan sedar bahawa kesederhanaan adalah yang paling hampir kepada kesempurnaan.

Justeru, tidak kiralah Sistem apa jua yang dipakai walaupun sistem pemerintahan Islam dan hudud, kesederhanaan adalah kunci utama yang menggerakkannya.

Tidak perlu saya ulas, anda sendiri tahu parti apa yang lebih sederhana dan tidak mengamalkan Islam yang agresif dengan mencerca, menghina, memusuhi dan menjauhi saudara Islam sendiri.

PEJUANG BLOGGER

Musim-musim buah durian runtuh ini ramai yang sudah mula menyusun strategi. Wallahhualam, strategi nak berebut buah durian atau nak guna buah durian sebagai modal memenangi hati rakyat.

Perkara seperti ini tidak terelak terjadi kepada saya sebagai ahli UMNO tidak sah taraf dan juga blogger syok sendiri yang hanya menulis demi diri sendiri sahaja.

Teringat saya pada nasihat orang bijaksana, buatlah segala perkara demi diri sendiri. Tetapi sebelum itu, perbetulkan naluri diri agar apa yang dipercayai diri diredhai oleh masyarakat, agama dan yang terpenting Tuhan Yang Satu.

Saya masih belum mengambil keputusan untuk menyokong mana-mana parti kerana lautan dalam memang boleh diukur dengan kecanggihan teknologi, tapi hati manusia sukar diduga keikhlasan, keinsafan dan kejujurannya.

Saya berterima kasih pada Ketua UMNO Cawangan yang mempelawa, AJK PAS Bahagian yang menelefon dan tidak kurang sahabat satu sekolah yang mengajak bersama-sama. Insya-ALLAH saya pasti akan berkempen bersama-sama pejuang blogger yang lain yang bekerja tanpa bayaran dan ikhlas kerana ALLAH demi kebenaran.

Perkembangan mutakhir memang hati ini berat mahu berjuang untuk UMNO jika dikira segala usaha dan strategi PM Najib, tapi politik tidak semudah itu.

Justeru, nasihat saya pada rakan pejuang alam maya lain, betulkan niat, lakukan demi kebenaran iaitu ISLAM dan ALLAH. Jangan percaya dan terikut pada penulisan yang dibayar kerana ia bukan kerana ALLAH, jangan terikut dakyah PR mahupun BN kerana belum terbukti benar kerana ALLAH, jangan diikut Ulama mahupun Ustaz kerana Rukun Iman tiada percaya pada mereka yang nyata selain Al-Quran dan pelbagai jangan yang lain.

Kesimpulannya, semboyan telah berbunyi sepertimana panggilan solat setiap hari, betulkan niat dan perjuangkan demi jawapan yang akan diberikan pada ALLAH kelak.

Sungguhnya, dalam politik keras lawannya keras, saya tetap akan melawannya dengan lembut, kerana saya percaya pada kebijaksanaan pengundi dan bukan kehinaan bloggers.

Akhir kata, semoga ALLAH akan menangkan ISLAM yang dikehendaki ALLAH bukan Nik Aziz mahupun Mahathir.

Tuesday, April 10, 2012

TINGGALKAN MENTALITI LAPUK DEMI BOLA MALAYSIA

Pengantungan Tan Sri Annuar Musa dari sebarang aktiviti bolasepak selama 30 bulan amat memeranjatkan. Malahan, pemerhati bolasepak Negara melihatnya sebagai satu tindakan amat keras seperti yang pernah dialami oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Akil. Bezanya, isu ini menjadi amat panas kerana orang Kelantan terkenal dengan sifat kenegerian yang tinggi.

Apa sahaja tanggapan orang, Tan Sri Annuar Musa tampak redha dengan keputusan tersebut kerana mungkin beliau sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Namun apa yang dikesali adalah sikap peminat bola sepak Negara terutamanya peminat bolasepak Negeri Kelantan keatas Presiden FAM yang juga Sultan Pahang. Kerana bola, orang Kelantan yang begitu menghormati Sultan, membelakangi semangat tersebut.

Samada tindakan pengantungan 30 bulan tepat atau tidak, peminat bola tidak perlu membuang masa membicarakannya kerana apa yang lebih penting adalah memajukan bola sepak Malaysia.

Dalam sibuk mencari kesalahan pemain, pasukan bola, jurulatih, FAM, padang bola sehinggalah ke bola itu sendiri, peminat lupa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.
Sebenarnya, prestasi buruk bolasepak Negara bukanlah salah FAM jauh sekali Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah tetapi ia adalah salah rakyat Malaysia yang masih bermentaliti lapuk.

Untuk memajukan bola sepak Malaysia sebenarnya amat mudah, Rakyat Malaysia harus tinggalkan mentaliti lapuk kita dan mulakan usaha mencari 3 kaedah utama memajukan bola sepak iaitu yang pertama duit, yang kedua duit dan yang ketiga duit.

1.Duit yang pertama adalah penaja utama bolasepak Malaysia. Umum mengetahui penaja utama bola sepak Malaysia pada zaman gemilang adalah Syarikat Rokok. Tetapi, usul WHO telah melarang Syarikat Rokok menaja aktiviti sukan. Justeru, banyak Liga Eropah yang didewakan peminat bolasepak Negara ditaja oleh minuman keras seperti Carlsberg dan Tiger.

Rakyat harus tinggalkan mentaliti lapuk takut anak kita minum arak jika iklan minuman arak berleluasa. Soalnya, ini zaman internet, bukan kerana EPL ditaja Arak, tetapi masih ramai anak Melayu minum arak juga. Jadi, kita harus membenarkan
Syarikat Arak menaja bola sepak Negara.

Pada pengkritik FAM, soal diri anda sendiri, sudah bersediakah orang Islam mendidik anak membezakan kaca dan berlian, buruk dan baik arak itu?

2.Duit yang kedua boleh digunakan untuk gerakkan semua persatuan bola, aktiviti mereka, gaji pengurus, memewahkan gaji pemain dan lain-lain. Tapi duit ini tidak mungkin jatuh dari langit. Duit ini hanya boleh didapati jika ada bilangan PEMINAT yang ramai.

Sebenarnya, Liga English juga menderitai dan mengorbankan mutu bolasepak mereka demi menarik minat penyokong berhibur dan menyumbang duit, dan kini Liga Inggeris mengubah permainan bola mereka menjadi “entertainment” tidak seperti Sepanyol, Agentina dan Brasil. Tetapi, langkah England ini memakan diri kerana kita semua tahu pencapaian England di piala dunia. Semuanya gara-gara keghairahan menjadikan Bola Sepak suatu perniagaan yang menguntungkan dengan menarik minat penyokong ke stadium dan menarik penajaan iklan, kualiti bolasepak dibelakangkan.

Masalah yang sama berlaku di Malaysia iaitu menarik PEMINAT. Kalau peminat penuhkan stadium, sudah pasti Syarikat besar akan mengiklankan Syarikat mereka di Stadium secara kontrak gergasi. Tajaan pun akan masuk mencurah-curah.

Mentaliti lapuk kita sekarang ialah mencari salah siapa PEMINAT tidak mahu ke Stadium? Sebelum salahkan mutu permainan, pemain, FAM dan Sultan Ahmad Shah sendiri, kita harus berani menyalalahkan diri. Soal diri kita, berapa kali kita ke Stadium tahun ini?

Jika waktu siaran langsung Manchester, Liverpool, Arsenal dan Chelsea sama dengan waktu siaran Liga Malaysia, saluran manakah menjadi pilihan peminat bola sepak yang dihormati? Jika peminat sendiri tidak menonton TV bolasepak tempatan, bagaimana penajaan dan Stesen TV hendak siarkan jika ratingnya rendah.

Jikalau peminat bolasepak Negara mampu membayar yuran Astro sebanyak RM15 untuk menonton bolasepak Luar Negara, bersediakah peminat membayar Astro RM10 untuk Saluran Bola Sepak Malaysia???

Sesen pun peminat enggan bukan, tetapi sebab apa. Sebab, mentaliti kita tidak bersifat patriotik dan suka mengagungkan orang Luar, malah ada pula yang bersifat lebih pelik, tidak dilahirkan di England tetapi digelar “Die Hard Fan” pasukan Kelab England.

3. Duit yang ketiga adalah duit pelik. Duit ini pelik kerana kita kena tepuk dada tanya selera. Dari berjuta pembaca disini terutamanya pengkritik FAM, kita semua mahu didik anak jadi apa? Pilihan kita semestinya Doktor, Peguam, Artikel, Cikgu dan Pegawai Kerajaan. Ia adalah kerana jawatan tersebut menjanjikan kemewahan dan bayaran gaji yang lumayan. Cuba anda pertaruhkan anak anda dan didik dia jadi pemain bola sepak, pasti anda enggan bukan dan mengemukakan sejuta satu alas an.

Kesimpulannya, anda sendiri tidak mahu anak anda jadi pemain bola sepak kerana kerjaya ini tiada masa depan, jadi terfikir pula jika anda tidak mahu, dia tidak mahu, siapa yang mahu anaknya menjadi pemain bola? Maka pemain bola kita kini ada yang menjadikan bola sepak sebagai kerjaya simpanan sebagai pelan sokongan jika gagal SPM.

Mentaliti ini harus diubah. Kerjaya bola sepak adalah kerjaya yang menjamin masa depan asalkan peminat bola sepak Malaysia berhabis menyokong Liga Tempatan dan bukan menyokong Liga Negara luar.

Hanya dengan permintaan kerjaya yang tinggi Syarikat besar dan Akademia Bola
terkemuka akan menaja akademi bola di Malaysia.

Hentikan mentaliti menyalahkan orang lain, salahkan ketiadaan padang di Flat sedangkan bila padang ada, padang dibiarkan jadi sarang aedes dan penagih dadah.

Kini kita sibuk pula menyalahkan FAM dan Presiden FAM yang sudah banyak menyumbang
kepada bola sepak Negara, apakah sumbangan kita pada bolasepak Negara. Kosong!
Bola sepak adalah isu kebangsaaan dan hanya boleh diselesaikan jika ditangani bersama dan siapa jadi Presiden tidak dapat berbuat apa-apa jika peminat masih membatu di mentaliti lapuk ini.

Mulakan langkah anda ke Stadium minggu ini, pada yang benar-benar sibuk, pastikan tonton Siaran Langsung pasukan Negeri anda masa siarannya sama dengan siaran langsung Liga English. Dan mulakan didik anak anda menilai buruk baik arak, dan jangan terperngaruh dengan iklan semata.

Jika anda tidak melakukan salah satu antaranya, maka tutup mulut anda kerana sumbangan anda pada bola negara adalah kosong dan anda hanya merosakkan bola sepak Negara.

Friday, April 6, 2012

UTUSAN MELOYA?

Saya menghabiskan setiap inci akhbar utusan sejak umur saya 8 tahun. Apatalah lagi edisi Mingguan. Ketika itu ada beberapa ruangan yang saya tunggu iaitu Sukan, Minda Pengarang, Bicara Agama, Luar Negara dan lain-lain. Utusan ketika itu begitu bertenaga dan saya percaya minda dan cara saya berfikir dipengaruhi oleh Sidang Pengaran Utusan.

Sehingga umur saya 23 tahun, saya menghantar Rencana pertama saya ke Utusan. Gaya penulisan, klise dan isinya sudah pasti adalah produk Utusan. Namun itu bukan isu. isunya, Utusan penuh dengan jiwa dan ruh. Bukan sahaja pengetahuan tetapi ia bermain dengan fundamental pemikiran, asas ketamadunan, prinsip dan ideologi bangsa dan pendekatan cukup halus dan mantik. Pembaca tidak akan menyedari mereka dibentuk oleh Utusan, tetapi Utusan punya kualiti yang begitu hebat.

Namun, sejak zaman Pak Lah Utusan agak menikus, dan sehingga hari ini perubahan demi perubahan tersebut telah merubah Utusan menjadi akhbar kosong. Tiada lagi isi, tiada lagi ilmu, tiada lagi pengetahuan, rencana yang baik, penulisan yang baik, tiada lagi agenda terancang untuk membentuk angkasa minda orang Melayu.

Utusan kini gemar menyiarkan rencana sampah, penulisan syok sendiri dan hanya terhad kepada pemikiran sekelompok manusia sahaja. Antara rencana yang saya fikir tidak perlu ialah Luahan Rasa orang tidak suka motor, tidak suka Filem, pengarang menyentuh isu kebangsaan secara luar sahaja dan entahlah mana silapnya, tiada lagi Utusan yang menyentuh minda dan perasaan.

Ya!Utusan Malaysia hari ini pada saya adalah UTUSAN MELOYA. Membacanya membuatkan saya hampir tidak dapat membezakan dengan akhbar dan media internet lain.

Thursday, April 5, 2012

Transformasikan UMNO Tiket Kejayaan PRU 13

Semenjak Dato Seri Mohd Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, banyak perubahan yang dapat kita lihat. Sebut apa sahaja, dasar keterbukaan ekonomi, bantuan kewangan, subsidi, pemansuhan ISA, dasar Kerajaan dan banyak lagi semuanya dilaksanakan demi Rakyat. Semua ini berjaya dilakukan walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi Dunia yang amat teruk. Setengah pendapat mengatakan ia lebih teruk dari Krisis Ekonomi 1997, dan sama seperti Tun Dr Mahathir, PM Malaysia hari ini berjaya mengatasi krisis ekonomi dunia tanpa disedari mahupun dibebani Rakyat. Tahniah Kerajaan Barisan Nasional.

Namun usaha Presiden UMNO selama ini adalah sia-sia kerana transformasi Kerajaan dan UMNO tidak disahut oleh ahli UMNO. Ahli UMNO hari ini masih tidak berubah. Keutamaan mereka adalah merebut projek dan tender. Jauh sekali hendak memperjuangkan Rakyat, orang UMNO lebih rela berbalah sesama sendiri dari melihat kejayaan rakan mereka. Itulah UMNO, dulu, kini dan mungkin selamanya.

Di akar umbi, orang UMNO sering melahirkan desakan berbentuk ugutan agar mereka diberi projek dan tender. Jika tidak diberi, mereka akan memberontak, memburukkan UMNO malah lebih teruk mengundi Pakatan Rakyat. Malah ada juga yang sudah beralih kiblat. Ini terjadi kerana perniagaan orang UMNO sebenarnya banyak disandarkan kepada tender Kerajaan semata-mata. Boleh dikira dengan jari perniagaan orang UMNO dalam bidang peruncitan dan berurusan dengan orang awam kerana mereka tidak ikhlas menghayati semangat perniagaan iaitu membantu orang lain melalui perniagaan.
Harga prinsip dan diri orang Melayu semurah itu. Benarlah kata emak Cina saya, pada Cina, orang Melayu boleh dibeli dan kerana wang ringgit orang Melayu akan menggadai apa sahaja termasuk agama, isteri dan maruah diri. Mujurlah ada kuasa Sultan yang meletakkan Tanah Simpanan Melayu sebagai syarat kemerdekaan, jika tidak pasti Melayu hari ini sudah tinggal di atas tanah milik Bukan Melayu.

Perjuangan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian, Cawangan dan media baru sebenarnya longlai jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat. UMNO gagal berfikir seperti pembangkang dalam melawan Pakatan Rakyat dan mendedahkan kebenaran kepada Rakyat.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat mereka adalah pembangkang yang hebat. Pakatan Rakyat berjaya menakluk minda dan kepercayaan Rakyat dengan merendahkan nilai masyarakat Malaysia. Dengan perancangan yang cukup tersusun, rapi dan kemas, kini ramai Rakyat Malaysia tidak kisah Dato Seri Anwar Ibrahim pernah meliwat seperti yang digulungkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 2004, Rakyat tidak kisah jika Dato Seri Nik Aziz menyalah guna kuasa, Rakyat tidak kisah jika anak Lim Guan Eng melakukan kesalahan, Rakyat tidak kisah mengundi pemimpin yang ada rekod jenayah melanggar undang-undang, Rakyat tidak kisah jika Azmin Ali mempunyai berjuta ringgit hasil yang diragui samada ia datang sepertimana dakwaan Umi Hafilda iaitu menggadai isteri, orang Islam tidak kisah jika Karpal menentang Negara Islam, dan lain-lain lagi. Tetapi Rakyat akan menjerit dan begitu kisah jika perkara tersebut dilakukan pemimpin BN.

Doktrin yang diserapkan Pakatan Rakyat ini sebenarnya tidaklah sekuat manapun sehingga berjaya merendahkan nilai pertimbangan Rakyat, tetapi, BN yang sebenarnya lemah dan tidak agresif dalam mengimbangi dan menentang kuasa kejahatan ini.
Kekalahan UMNO pada PRU 12 masih belum dapat memberi orang UMNO apa-apa pengajaran. UMNO masih lagi Parti Korporat yang tidak mempunyai tempat untuk pejuang muda Melayu. Akibatnya, UMNO kekurangan ahli bijak yang berwibawa dan terbukti sehingga kini UMNO masih menggunapakai cara lapuk untuk menghadapi Pakatan Rakyat yang dianggotai dan disokong oleh golongan muda Profesional. Dengan mudah kita dapat lihat bagaimana mereka menggunakan perancangan hebat mereka dalam isu yang palsu tetapi diolah sehingga benar.

Samada kita mahu mengakui atau tidak, perpecahan akibat perebutan kuasa dan tender masih berlaku dengan serius dalam UMNO. Entah sudah berapa kali telinga ini mendengar pemimpin UMNO tempatan meluahkan kata akan mengundi dan menyokong parti lawan jika peruntukan dan tender tidak mereka perolehi. Begitulah murahnya harga ahli UMNO.

Justeru, cabaran utama yang paling besar untuk Dato Seri Mohd Najib bukanlah meyakinkan Rakyat agar percaya pada Kerajaan Barisan Nasional, tetapi adalah meyakinkan ahli UMNO, bahawa mereka harus berubah, harus menghayati transfromasi dan harus bersemangat dalam memastikan jalan yang dipilih, iaitu jalan sehala.

Setiap orang UMNO yang sedang membaca juga harus bangun dari mimpi, UMNO tidak akan menang jika anda tidak berubah. Islam akan hancur jika anda tidak bersatu. Melayu akan pupus jika anda masih mementingkan diri dan bersifat PHD. Malaysia akan menjadi Republik jika anda tidak segera bangkit.

Hanya dengan mengtransformasikan pemikiran dan prinsip ahli UMNO, UMNO boleh menang PRU 13.

Jika tidak, maka akan ditulis dalam Sejarah Dunia, UMNO dihancurkan oleh orang UMNO sendiri dan anak cucu kita semua ahli UMNO pasti akan malu dengan kita.