ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, August 10, 2016

Story of Kuan Chee Heng Dengan Tenaga Negatif -English Version Below

Ia ambil lebih setahun untuk saya tulis tentang lelaki ini.

Saya perlu akui, saya skeptikal terhadap benda percuma, skim cepat kaya, kursus mudah bisnes "how to be", pertolongan duit cepat, pertolongan orang dan lain-lain yang baik.

Sikap paranoid saya mungkin kerana sejak umur 8 tahun saya sering habiskan hari Ahad di ChowKit.

Di Chowkit;

Saya lihat ubat kuat, dan batu besar atas botol kaca, tapi pasti ada yang kena "copek".

Saya lihat permainan roulette gelas minima RM10, jamin menang dulu dan kalah semua akhirnya.

Saya lihat "Bomoh" jual nombor ekor 1st prize depan kedai Magnum, tapi dia sendiri tidak beli untuk kaya dahulu dan kemudian "kawannya" datang berterima kasih kerana semalam dia "kena".

Saya membesar di situ dan saksikan peralihan zaman semua payung penjual daging di tukar dari payung berwarna-warni kepada payung merah untuk "merahkan" daging bagi tampak segar.

Saya lihat set rantai emas RM 50 satu sampul diuji keasliannya. Berebut "mati" orang beli sebab ada 5 orang lain(berpakaian mahal dan kaya) beli dan tapi 5 orang yang mula-mula beli adalah rakan mereka sendiri.

Dan banyak lagi.

Pada zaman ini, tiada kebaikan seikhlas hati dan tiada kejahatan semahu hati!


Mubaligh Agama datang ke Sabah, Sarawak dan pendalaman untuk beri percuma pendidikan, perubatan dan makanan tetapi mereka hanya mahu sebarkan agama mereka.

Ahli politik dan Calon Pilihanraya datang bawa pelbagai bantuan, tapi mereka hanya mahu undi kita dan tidak perlu sokongan kita selepas pilihanraya.

Orang jihad mahu bantu ekonomi kita, tapi suruh kita masuk MLM dan Skim Cepat Kaya yang mana dia adalah upline. Ikhlaskah?

Penceramah "how to be" or "how to do business" kaya dan peroleh laba besar, tapi dari 100,000 peserta yang bayar hanya 10 orang sahaja berjaya dan di hebohkan. Ikhlaskah perkongsian ilmunya kalau dia tidak bantu hingga habis atau pulangkan duit peserta? Perlu ingat, lain manusia, lain sakit lain ubatnya, tapi penceramah hanya bagi satu ubat yang sama untuk semua.

Selepas berfikir lama, saya fikir saya terlalu banyak tenaga negatif.

Dan apa jua yang dilakukan Kuan Chee Heng samada dia ikhlas atau tidak dia telah hasilkan banyak tenaga positif.

Dan dengan tenaga positif ini kita bukan sahaja buatkan hidup "follower" dan orang sekeliling kita bahagia, tetapi juga orang sekeliling mereka seperti yang dikatakan Stephen R Covey,  buku Tujuh Tabiat Manusia Yang Amat Berkesa, Bab Bulatan pengaruh!

Justeru, saya ingin ambil kesempatan untuk ucap tahniah kepada Kuan Chee Heng yang jadi galakan pada kita semua agar sentiasa sebarkan tenaga positif.

Tukar ayat "saya benci awak" kepada saya tidak suka awak supaya tidak lahirkan tenaga negatif.

Tukar ayat "saya tidak suka awak" kepada saya tidak suka perbuatan/sikap awak untuk lahirkan tenaga positif.

Tukar ayat "saya tidak suka perbuatan/sikap awak" kepada saya tidak selesa dengan pendirian awak dan akhir sekali;

Tukar ayat "saya tidak selesa dengan pendirian awak" kepada saya suka untuk berbual dengan awak mengenai "perkara yang benci/tidak suka/tidak selesa" tadi.

Kita juga perlu ubah dan tukar dari ayat "saya tidak boleh" kepada "saya belum boleh", kemudian kepada "saya akan cuba pelajari" kemudian "saya akan boleh lakukan dengan jaya" dan seterusnya.

Dan lebih signifikan, tukar dari negatif terhadap apa yang tidak dilakukan kerajaan dan silap dilakukan orang lain, kepada positif pada apa yang boleh kita lakukan untuk negara dan kebaikan yang dilakukan orang lain.

Jom UBAH!

PS: Meminjam kata Mr Kuan; Kita selesaikan masalah bukan cipta masalah dan jom letak lebih banyak senyuman pada orang lain(mulakan dengan anak, pasangan, ibu bapa, adik beradik, kawan, jiran dll)

Salute pada semua sukarelawan dan orang baik yang membantu orang lain seorang diri atau berkumpulan(anda tahu siapa anda) di seluruh Malaysia, tidak kira anda di Kelantan, Tganu, Pahang, TTDI, N9, Melaka, Johor,Sabah Sarawak, Penang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor dll Tuhan akan senantiasa bersama anda.

 ----------------------------------------------

ENGLISH VERSION - I try my best, so please forgive me for grammar etc error.
------------------------------------------------

I want to write about this man years ago.

I must admit, I am very skeptical on free items, fast  money scheme, how to be rich courses, easy money, people help for free and many more.

It's my bad for being paranoid as since I am 8 years old, I spent my whole Sunday at Chowkit.

There, I see "ubat kuat", 3feet tall rock standing on a bottle of glass, while his companion busy pickpocket crowd.

There I see roulette cup game, RM 10 minimum bet, sure win first and lost all later.
There I see a witch selling magic to crowd to buy this "1st prize" number, but he himself doesn't buy for him to get rich first, and here come his "friend" thanking him making her kena nombor last week.

There I grow up and see the transition from colorful umbrella to red umbrella so the meat become more red and fresh in customer eyes.

There I see a set of  gold necklace and ring in one envelope sell for RM 50 and many people dying to buy their envelope because they impersonate by 5 earlier customer(whom dressed well and wealth) buy where that 5 actually their syndicate friends.

And many more!(not to mention, ice, condom, drug, "ayam" etc)

In this era, there is nothing free. No kindness from fullest sincere heart.

A religion missionaries come to Sabah, Sarawak and rural area to give free education, free medicine, and free food but they are not sincere as they come to spread their religion.

A politician and election candidate come and bring many things but they are not sincere, they only want our vote, and don't need our support after election.

Friends claim they "jihad" to help our income and "force" us to join their MLM or Fast Money Scheme where he/she is our upline. Think, is he sincere or not?

Motivator, Preacher, Talker "how to be" or "how to do business" become rich and profitable from our fee money, but from 100,000 participant only 10 person success and make the highlights.
Is he sincerely want to help and want to share? If does he should continue help all participants till end or return their money. Please be reminded, different person, different "illness" so they need different "medicine" but he only provide 1 same medicine to all.

In the end, I think there are to many negative energy in me.

And almost all done by Kuan Chee Heng either he sincere or not but he definitely has produce many positive energy.


And with all those positive energy, we are not only make our follower and our circle life happier, but also their circle of people too, just as what Stephen R Covey in his 7 Habit Of Highly Effective People in Influence Circle chapter says.

Therefore;

I would like to take this opportunity to congratulate Kuan Chee Heng who has courage us all to spread more and more positive energy.

Lets us change our word, from I hate you to "I dont like you" so we do not spread negative energy.

From I dont like you to  "I dont like your attitude" and doing so we spread more positive energy.

From I dont like your attitude to "I am uncomfortable with your view" and finally;

Change our word from I am uncomfortable with your view to I am happy to talk with you especially on "things we dont like earlier"

We also need to change our negative word from "I can't" to I am not yet able to To I will tray to learn it, and at last I will and I can do it successfully... and positive energy continue...

More significant, let us change from being negative on what "government" did not do and what wrong/mistake others do TO being positive to what can we do for our country and to what good and right others do!

Jom UBAH!

PS: Borrowing Mr Kuan word, we want to solve problem not create problem and let us put more smile to others face(we can start by putting a smile to our children face, wife/husband, parents face, siblings, friends, neighbour etc)

Salute to all volunteer and nice person whom help others  alone or "group" all over Malaysia you know who you are no matter whereever you are Kelantan, Tganu, Pahang, TTDI, N9, Melaka, Johor,Sabah Sarawak, Penang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor etc God Will Always be with you.

Tuesday, August 9, 2016

Boikot FFM: Rakyat China Guna Bahasa China, Rakyat Malaysia Wajib Guna Bahasa Malaysia, Mana Isu Perkaumannya?

Tiada satu Negara berbilang kaum di dunia melainkan Malaysia yang benarkan pelbagai Bahasa dituturkan dalam urusan rasmi, dalam akhbar, dalam Filem, dalam rancangan TV dan Radio dll.

Rakyat Amerika, Singapura, Indonesia, Thailand, Perancis, dll dianggotai oleh pelbagai kaum bebas guna Bahasa sendiri dalam masyarakat mereka TETAPI mereka wajib guna Bahasa Rasmi Negara dalam urusan rasmi, Sekolah dan harian.

Tiada kompromi, jika Penggiat Seni Cina di Thailand dll buat Filem Tempatan dalam Bahasa Cina,Kerajaan Thailand bukan sahaja tidak bantu malah tidak akan siarkan langsung!

Kesimpulannya;

Bahasa adalah amat penting dalam menyatukan manusia.

Bahasa merupakan perkara wajib asas yang pertama kerana ia menghubungkan dua manusia yang berlainan secara mesra sekaligus membangunkan sikap toleransi dan saling percaya diantara mereka.

Tanpa Bahasa, tidak mungkin kita boleh satukan sesama kaum, antara kaum jauh sekali satukan Negara Malaysia.

Buat masa ini semua rakyat Malaysia perlu perjuangkan Bahasa Malaysia kerana ia termaktub dalam Perlembagaan lebih lagi ia akan menyatukan kita semua.



Justeru tidak timbul Filem Bahasa Bukan Malaysia dinafikan hak, apatah lagi menuduh FFM sebagai rasis kerana ia FFM perjuangkan Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu.

Dari mula kata, penggiat seni dan produser filem tidak seharusnya buat filem menggunakan Bahasa lain selain Bahasa Rasmi Negara dan jika masih mahu berbuat demikian maka mereka perlu tanggung risiko sendiri bukannya merengek dan merajuk boikot.

Sewajarnya, Menteri bukan arahkan FFM tarik peraturan gunakan Bahasa Malaysia sebaliknya kuatkuasakan undang-undang untuk memperkasakan Bahasa Rasmi Negara ini.

BENAR, kita jangan emosional dalam membicarakan masa hadapan Negara dan sesungguhnya kita berada di persimpangan untuk meneruskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi atau memilih bahasa lain.

Dari sudut kemajuan cepat, secara peribadi saya mahukan English sebagai Bahasa Rasmi Negara.

Lebih adil buat referendum seperti Brexit dan biar Rakyat Malaysia pilih mahu Bahasa apa sebagai Bahasa Rasmi?

Selepas Rakya memilih, Bahasa Rasmi kita kelak(samada English atau Bahasa Malaysia, atau Bahasa Cina atau Bahasa India), wajib dihormati dan digunakan setiap hari tanpa kira masa dan penguatkuasaanya perlu menyeluruh, jangan lemah serta tunduk pada desakan.

Semua filem, drama, rancangan TV, Radio, Sekolah, urusan rasmi Kerajaan dll perlu menggunakan Bahasa Rasmi yang dipersetujui waima jika ia Bahasa Jawa sekalipun!

Kenapa orang yang perjuangkan Bahasa Malaysia dituduh rasis dan "segretasi" kaum melainkan mereka mensasarkan kaum Melayu sedangkan Bahasa ini bukan milik Melayu, tetapi ia milik semua rakyat Malaysia dan Indonesia.(Dalam Buku Perlembagaan Indonesia jelas tertulis Presiden Sukarno bersetuju memilih Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaaan Indonesia).

PS:

Saya adalah pejuang Bahasa Malaysia yang rasional.

Bahasa Malaysia terlalu muda dibandingkan Bahasa Inggeris, Arab, China dan India. Bahasa Malaysia terlalu banyak kelemahan serta kekurangan.

Tetapi, walaupun tinggal sepatah ayat seperti aku, kamu, ayah sekalipun, rakyat Malaysia wajib pertahankan kerana ia adalah identiti kita.

Sejarah membuktikan, Aramaic adalah Bahasa Nabi Isa as, bahasa itu sudah pupus. Kerana apa?
Kemudian, 12 Disciples meneruskan usaha Jesus a.s, mereka berdakwah pada kaum Yahudi di Jerusalem yang dikuasai Kerajaan Rom tetapi buku mengenai Isa a.s dan agamanya dalam Bahasa Greek dan Rom?

Jelas, Bahasa amat penting dan menjadi kunci dalam membina dan memusnahkan Negara dan sejarah manusia.

Wallahualam.

Monday, August 8, 2016

1FanJDT Hebat Pukul Wartawan Kerana Sebiji Bola, Namewee Hina Islam Dibiarkan?

Saya adalah penyokong kipas mati Selangor.

Juara 33 kali Piala Malaysia, Juara Liga entah berapa kali malas mahu kira, segala Piala sudah berkali-berkali dan juara AFC tidak pernah sekali, tetapi pernah Juara Divisyen Dua sekali.

Di Stadium Shah Alam umpama rumah hujung minggu buat kami.

Pergaduhan luar antara budak Subang dengan Bangsar di adakan di Pintu 20.
Budak Gombak lawan budak Klang pintu sekian dll.

Setiap minggu pasti ada pergaduhan di pintu tertentu tetapi bukan sebab sebiji Bola, tetapi kerana masing-masing mahu tunjuk jantan binatang. Masing-masing mahu  kencing untuk tanda itu kawasan dia.

Klang kawasan dia, Gombak kawasan ranggi, Subang kawasan Punk, PJ kawasan Bob dll.

Menariknya, lepas masuk ke bangku penyokong, kami sokong pasukan yang sama. Dan tidak bergaduh kerana sebiji bola.

Yang gaduh pasal sebiji bola ini saya tidak faham.
Bola itu cantik ker?
Bola itu kaya ker?
Bola itu berlian ker?
Bola itu maruah bangsa ker?
Bola itu kesucian agama Islam ker?

Hmmm!


Sudah menjadi kebiasaan, bukan semua penyokong JDT seperti itu.

Kerana seorang rosak semua!

Tapi itu yang lepas, kita tidak boleh ubah!!!

Yang esok, pasti perlawanan lepas ini kita boleh ubah.

Kalau kena provoke ingat muka penghina Islam!
Kalau kalah ingat muka orang yang cakap suara azan sumbang macam bunyi ayam berkokok!
Kalau rasa marah sangat ingat orang yang perkecilkan orang Melayu dan Islam!
Kalau rasa geram dan malu, geram dan malu kerana penghina Islam ini orang Muar Johor!
Kalau rasa kuat sangat, esok balik Johor boleh cari penghina Islam ini!



Jangan gaduh kerana sebiji bola, Melayu ke, bangsa Johor ker, kaum Kelantan ker, malulah Nabi SAW perang kerana pertahan Allah, kita gaduh kerana sebiji bola ukuran 1 kaki.




PS:  Paling ganas kami buat adalah terbalikkan kereta pengurus Selangor sebelum Aini Taib, saya lupa namanya, Mazlan atau apa.

Sunday, August 7, 2016

Pokemon Haram: Ulama Perlu Upgrade CARA!

Orang Islam Malaysia sering dicelarukan.

Samada kita sokong Pokemon diharamkan atau tidak sokong, kita harus hormati hak para Ulama, Mufti dan Agamawan melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah yang terbeban atas bahu mereka.

Lagipun di Malaysia, kita bukan ada Penguatkuasa Syariah setaraf Polis yang akan tangkap kita main Pokemon, dan rotan kita jika kita termasuk ke dalam rumah "gadis" bukan muhrim cari Pokemon!

Jujurnya judi, pelacuran, bersekedudukan, arak dll masih banyak dilakukan orang Islam dan ia bukan salah orang lain tapi diri sendiri.

Maka jelas orang Muslim Malaysia kena "upgrade" diri!

Jangan hina dan cerca Ulama dan Agamawan kerana mereka hanya jalankan amanah Allah pada mereka.

Seperti dalam AlQuran Allah beratus kali kata pada Nabi Muhammad SAW, Baginda hanya penyampai risalah sahaja, terpulang pada kita mahu ikut atau tidak.

Begitu juga ulama dan agamawan yang sampaikan risalah haram bermain pokemon.

Terpulang pada kita mahu ikut atau tidak, tidak perlu hina Nabi dan Ulama kerana mereka telah berkorban diri hanya untuk ingatkan kita "janji Allah itu benar"!





Sungguhpun BEGITU, Ulama juga perlu upgrade cara.

Dalam dunia internet yakni dunia tanpa sempadan ini, banyak sangat kecelaruan dalam kenyataan Ulama dan Agamawan kerana mereka tidak upgrade cara berhadapan "perangai" Syaitan dan Manusia ketika ini.

Contoh 1;

Mufti keluar arahan sesiapa mahu beri ceramah di Selangor, Johor dll perlu ada tauliah dari JAIS, MAIJ dsb.
Tetapi kita boleh tonton Youtube di Internet ceramah sesiapun tanpa tauliah malah ceramah Father di Vatican City, atau ceramah penyesat lain.

Kenapa tidak tapis internet, atau sekurangnya meletak label/amaran atau disclaimer?

Celarukan!

Contoh 2.

Pelbagai hukuman diperketatkan,tidak cukup keras hukuman hudud dicadangkan. Tapi pada masa sama remaja Muslim Malaysia dibiarkan bebas melayari laman seks tanpa tapisan.

Bukan remaja sahaja, yang tua pun ramai lagi-lagi di Danok.
Bukan lelaki dengan perempuan sahaja, lelaki dengan lelaki pun ada.
Bukan dewasa - dewasa sahaja, dewasa dengan anak kecil pun ada dalam Internet.

(Kalau kita pohon TM keluarkan statistik pelayar laman seks di Malaysia, saya pasti angkanya akan mengejutkan kita)

Benarkah Islam hanya mahu, tahu dan utamakan menghukum sahaja, tetapi tidak utamakan pengisian dan pencegahan?

Kenapa pejuang-pejuang agama tidak berusaha desak Kerajaan tapis internet tetapi desak Kerajaan hukum Muslim yang menonton dan meniru aksi internet?


Celarukan!

Contoh 3.

POKEMON!

Ramai Agamawan katakan haram sedangkan anak kita "install" tanpa kita sedari dan seronok pula dapat Pikachu dalam kawasan rumah mereka tanpa mudarat dan ganggu orang lain.

Bagaimana kita mahu bagitahu pada anak, haram, mereka berdosa dan mereka akan dimasukkan ke api neraka kerana install applikasi itu dan kerana bergembira bermain "Pokemon"!

Isu dia bukan harus beritahu atau tidak, tapi bagaimana?

Jika kata tidak haram, atau tidak mengapa asalkan dalam kawasan rumah, kita sebenarnya sedang "develop" pemikiran pada mereka, yang haram boleh buat asalkan tidak "mudarat".

Sedangkan kita ajar mereka dari kecil haram tetap haram dan haram itu pasti mudarat. Celarukan?!

Lebih celaru kalau kita bagitahu mereka haram tetapi nanti mereka lihat di wall FB ramai rakan dan saudara muslim lain "update status Pokemon" masing-masing tapi tidak dikenakakan tindakan malah dipuji pula.

Secara tidak langsung kita didik anak-anak kita, orang yang buat perkara yang diharamkan akan disanjung, dihormati, dimuliakan dan berjaya dalam hidup, sebagai contoh rokok-perokok, rasuah-perasuah!


Justeru, yang terbaik adalah Ulama dan Agamawan upgrade cara dimana apabila keluarkan kenyataan "haram" dimana "haram tetap haram", mereka perlu lakukan dengan cara dan gaya zaman 2016!

Jangan katakan "Pokemon Haram", tapi katakan Pokemon memudaratkan.

Dan hukum Allah jelas, siapa yang lakukan perkara yang datangkan mudarat pada diri sendiri dan orang lain hukumnya haram selebihnya terpulang pada isi jiwa mereka "iqra"kan.

Ia beri justifikasi lebih tepat pada pengisian yang mahu disampaikan dalam zaman teknologi ini.

Jangan katakan Rokok haram, Hari Ibu haram, Hari Ayah haram, Hari Guru haram, undi parti haram masuk Neraka, nasionalisme haram syirik, Tahun Baru haram, korek hidung haram, sayur haram, anjing haram, FB haram, McD haram, plastik haram, kereta haram, dll hingga semua pun haram. 

Sebaliknya didik dengan lebih tepat dan katakan Rokok dan apa jua perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain hukumnya haram.

Mungkin, pada setengah orang Hari Ibu atau Valentine itu haram kerana datangkan mudarat pada akidah mereka, tetapi pada setengah yang lain pula, ia sekadar mahu katakan kasih sayang pada ibu dan isteri sendiri dalam rumah kecil yang tertutup dan tidak datangkan mudarat pada akidah diri dan sesiapa.

Berbeza pesakit, berbeza ubat dan keperluan!

Jika berkenaan dengan "peristiwa" jangan ia diharamkan tanpa beri alternatif ie isytihar Hari Valentine Islam pada Hari Maulidur Rasul kerana cinta agung antara manusia adalah cinta Nabi SAW pada manusia!

Isytihar Hari Ibu Islam pada Nuzul AlQuran kerana AlQuran adalah penerang jiwa, Ibu pula adalah penerang hati dan hidup!

Isytihar Hari Ayah Islam pada Hari Maal Hijrah kerana Ayah sering berhijrah untuk membesarkan kita.


"At the end of the end day", kita hanya saling mengingati, ahli agama pula hanya menyampaikan dan yang menjatuhkan hukum DIA, hanya DIA sahaja!

Peringatan: Saya bukan Ulama jadi jangan percaya pada saya. Percaya pada Allah, Rasul, AlQuran, Malaikat, Qadar dan Qadar dan Hari Pembalasan sahaja.

Tiada mana-mana dalam artikel ini saya suruh itu atau ini, jauh sekali jatuh hukum itu atau ini.

Sebaliknya saya hanya katakan "cara pendekatan" kita perlu diperkemaskan agar kita dan anak cucu kita tidak "celaru" dengan perkataan haram tapi boleh malah disanjung pula!

Artikel ini hanya boleh dilihat dari satu sudut sahaja iaitu sudut pilihan pendekatan, bukan paksaan jauh sekali memutuskan pendekatan mana yang lebih baik, mana kurang baik.

Jangan gunakan sudut lain dan jangan "meng-dalilkan" sendiri "lebih baik vape dari merokok" , lebih baik cari Pokemon di Masjid dari tidak pernah pergi Masjid langsung, lebih baik penyanyi berpeluk di Amerika dari  pelakon "beromen" dalam drama, lebih baik berturban dari tidak bertudung langsung, dll;

Kerana satu salah tidak akan jadikan satupun betul sebaliknya hanya akibatkan lebih banyak salah jika tidak dihentikan segera lebih lagi bila salah itu disokong dalil ia "lebih baik" dari salah lain.

Ayuh, kita semua berusaha!

Wallahualam.

PS: Secara peribadi saya sokong Pokemon diharamkan tapi khuatir dengan trend orang ramai yang suka menghalalkan yang salah ikut kaedah dan matlamat mereka tanpa rujuk pada Quran!

Wednesday, August 3, 2016

Orang Melayu Lurus Tidak Mampu Tangani Permainan Politik Najib! DOJ Amerika akan batal pertuduhan?

Trojan Horse.

Filem TROY lakonan Brad Pit ceritakan "fakta" lengkap sejarah Empayar Troy yang ditelan kehebatan Empayar Rom dan Greek.

Dek kerana sifat lurus orang Troy memegang kepercayaan masyarakat terhadap "KUDA", mereka heret musuh masuk kedalam kubu mereka sendiri.

"Fakta" sejarah adalah sisi yang ditulis oleh orang tertentu dan biasanya bukan orang yang terlibat dalam sejarah itu. Pun begitu, banyak boleh dipelajari kita.

Hakikatnya, sejak zaman Tun Razak lagi terma politik kotor telah hiasi politik orang Melayu.

Saya masih ingat terima risalah Mahathir memakai songkok salib dan kemudian terima pula risalah Tengku Razaleigh memakai Baju bersalib beberapa hari sebelum PRU 1988.

Siapa yang edarkan gambar Mahathir bersalib?

Sikap orang Melayu yang lurus akan benci Tengku Razaleigh kerana fitnah Tun Mahathir. Orang Melayu terlalu naif soal politik kotor jadi adalah mudah bagi pemain politik memanipulasi sentimen benci dan simpati dalam jiwa kita!

Ajaran Islam larang kita tuduh tanpa bukti.

Namun, kita tidak boleh terlalu lurus dan tidak boleh abaikan bahawa dalam politik, gambar Mahathir bersalib mungkin diedarkan oleh Mahathir atau penyokongnya.

Begitu juga gambar Tengku Razaleigh bersalib, gambar Anwar, gambar Musa Hitam, gambar Nik Aziz dan yang lain malah video serta cerita.

Sikap lurus orang Melayu dan tidak faham permainan kotor politik jadikan mereka mudah diperalatkan, diperbodohkan serta di manipulasi sesuka hati oleh pemain politik.

Kajian Sains physchology dan neuorsains membuktikan otak manusia mempunyai limitasi dan tunduk pada tekanan persekitaran apakah lagi tekanan secara berterusan.

Orang Melayu yang penuh dengan empati dan simpati adalah subjek paling mudah untuk di kawal serta di diperintah otaknya, mindanya serta kemahuannya.


Pernahkah kita terfikir, bila kita memilih antara baju/tudung kuning atau merah, bukan kita yang memilih?

Pernahkah kita terfikir, bila kita berdondang lagu Cindai seiring dengan rakan sebelah ia bukan kebetulan?

Bila kita memilih McD atau KFC, Coke atau Pepsi, ia bukan kemahuan dan kehendak kita 100%!

Secara peribadi, sebagai orang yang perasan diri adalah strategis, peminat politik dan seni peperangan, saya amat ingin dan amat berhasrat berjumpa dengan penasihat dan strategis Najib kerana saya amat kagum dengan kesanggupan seorang manusia berbuat apa sahaja demi mencapai tujuan diri.

Strategis dan penasihat politik Najib amat licik dan tidak mungkin seorang dan tidak  mungkin Melayu tempatan.

APCO adalah Agensi Yahudi yang pernah dilantik Najib untuk imej Malaysia di peringkat dunia.

Apakah mungkin Najib gunakan khidmat kelompok yang sama dalam APCO untuk kenakan tekanan  minda pada rakyat Malaysia dengan tujuan mengawal mereka tanpa mereka sedari?

Dari pemerhatian, dalam Whatsapp Group, dalam FB, di Kedai Kopi cerita Najib Rosmah, 1MDB Jho Low, Mahathir Muhyidin dan lain-lain sudah kurang bergema.

Ini kerana limitasi minda manusia yang akan jemu pada isu yang terlalu lama dan saban hari dipaparkan.

Orang Melayu ambil jalan mudah "berserah pada Takdir" sedangkan kita perlu berusaha untuk masa hadapan kita.

Jangan ambil mudah! Ini masa hadapan anak cucu kita.

Walaupun jemu dengan cerita politik, walaupun penat dengan nama Najib dan Rosmah, walaupun loya mendengar 1MDB dan Jho Low, walaupun sinis mendengar Mahathir dan Muhyidin kita mesti kuatkan minda untuk hadapi tekanan ini dan tidak biarkan orang lain apakah lagi "syaitan" tentukan pilihan kita!

Pada hari pertama DOJ adakan sidang media mahu rampas asset 1MDB sebanyak USD 1 billion untuk wang tersebut digunakan membunuh lebih ramai anak Palestin, saya jangkakan ini "politik kotor".

Walaupun jiwa melonjak berharap ia adalah benar, setiap hari saya menanti kenyataan "Trojan Horse" Amerika yang mengatakan ia fitnah atas Najib dan kesilapan DOJ!

Benci simpati bodohkan- BSB adalah formula orang bijak memainkan jiwa orang ramai.

Mula-mula buatkan masyarakat benci, kemudian jadikan apa yang masyarakat benci itu salah, lalu masyarakat akan simpati dan akhirnya mereka berjaya dibodohkan untuk menurut kehendak si pemain tadi.

Mentor saya(Abang) berkata, satu-satunya cara menjatuhkan Najib adalah dengan "street demo".

Saya kata tidak mungkin.

Amerika yang maju rakyatnya berpengalaman menghadapai bencana alam, Taufan Karina dsb!

Jepun yang hebat rakyatnya berpengalaman menghadapi bencana alam gempa bumi!

Indonesia raya berpengalaman menghadapi bencana Tsunani meragut 200,000 nyawa!

Arab pula berpengalaman hidup dibawah kekejaman dan kezaliman Firaun. Walaupun beribu tahun dahulu, tetapi ia membentuk kepercayaan mereka hari ini.

Orang Melayu??!!

Orang Melayu tidak pernah diuji dengan bencana dan peperangan hingga 5 hari tidak makan, 3 hari tidak minum.

Melayu terlalu selesa dan tidak rela keluar dari zon itu.

Melayu tidak akan turun bersusah, berpanas dan berhimpit.

Jika perang esok, Melayu tidak akan keluar menentang penjajah. Bukan saya tuduh, sejarah dijajah sejak 1511 hingga merdeka 1957 tanpa penentangan skala besar membuktikan sindrom zon selesa kita.

Justeru, adalah penting untuk Melayu paksa diri keluar dari zon selesa ini!
Adalah penting untuk Melayu turunkan sikap lurus mereka dan fahami permainan BSB "musuh" terhadap kita!

Orang Melayu perlu segera berubah dan membuat anjakan paradigma ayat AlQuran yang berbunyi "Allah tidak akan ubah nasib(masa hadapan) kaum hingga mereka berusaha ubah nasib(masa hadapan) mereka sendiri dahulu".

Persoalannya, apakah masih ada masa hadapan untuk anak cucu kita?

PS:

Arwah Abah sering berkata pada saya, untuk berjaya dalam hidup pada zamannya adalah zaman "what you know"!

Kemudian pada zaman kita hari ini adalah zaman "who you know"!

Dan pada zaman anak cucu kita, jika kita tidak berusaha mengalahkan permainan minda dan memperkuatkan minda kita tangani asakan pemain minda, zaman anak kita adalah zaman "how strong your mind are"!

Wallahualam.

Monday, August 1, 2016

Saya Cabar Sultan Johor dan TMJ...

Saya Cabar Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor...  Usir Namewee dan Keluarga Keluar Dari MUAR dan Johor!

Ampun Tuanku Sultan Johor dan TMJ beribu ampun.

Sembah patik harap di ampun.

Adanya patik seorang rakyat biasa dari Selangor, dan bukan rakyat Johor yang berhak mencampuri urusan Negeri Johor apatah lagi urusan Baginda berdua.

Tuanku Sultan dan TMJ sering mendapat tempat dalam kamus hormat hidup patik. Apakah lagi Tuanku berdua menjadi harapan ketika kala Pemerintah Pusat tidak mendengar suara kami rakyat jelata.

Malah kami yakin TMJ yang berjuang demi bolasepak Johor pasti rela bangkit berjuang demi Allah, Nabi SAW, agama Islam dan kesuciannya.

Tampak jelas kebaikan hati Baginda Sultan dan TMJ dalam melayani rakyat Johor pelbagai bangsa dicurangi, dicabar dan dibalas hina oleh rakyat Johor berbangsa Cina bernama Namewee secara berterusan.

Peliknya, dia ini anak Johor dari Muar, keluarganya dari Muar seolah Almarhum Sultan Johor, Sultan Johor dan TMJ tidak melayan kaum Cina dengan adil di Johor hingga lahir Namewee yang tidak berpuas hati dengan orang Islam Malaysia amnya, dan Johor khususnya.

Untuk rekod, walaupun beliau meminta maaf pada rakyat Malaysia untuk video pertamanya tetapi video Negarakuku yang menghina Azan dan wanita Melayu masih ada dalam Youtube dan hanya Namewee selaku pemilik video boleh mengarahkan Youtube untuk tarik balik tetapi beliau tidak buat demikian.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam amat kecewa. Beliau seringkali terlepas dari undang-undang kerana disokong oleh konglomerat dan rakan bukan Islam dan terus bebas menghina agama Islam atas nama keterbukaan!

Pada patik pula, Namewee adalah orang yang bertanggungjawab merobohkan dinding hormat antara kaum Melayu dan Cina yang telah terbina sekian lama.

Beliau adalah perosak hubungan kaum di Malaysia dan perlu dihukum segera kerana dia mengalakkan lebih ramai orang lain untuk menghina Islam, dan patik mohon Tuanku selaku Ketua Agama Islam Johor dapat buat sesuatu.

Beliau telah robohkan tembok hormat kaum, ditindak balas oleh orang Melayu hingga ada yang dipenjarakan(kes bakar Gereja), sikapnya diikuti pula yang lain termasuk Alvin Tan dan lain-lain.

Namewee jelas kebal dari tindakan dipercayai kerana kelemahan undang-undang Malaysia dan sokongan manusia bertopeng perpaduan kaum walhal mereka untung dari perpecahan kaum(divide and rule)!

Patik, mewakili seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang rasional dan berpaksi kepada keadilan serta saling menghormati antara agama dan kaum merayu kepada Sultan Johor dan TMJ menggunakan segala kuasa yang ada pada Baginda berdua untuk memberi pengajaran kepada Namewee.

Kita bukan mahu bunuhnya, tidak sekali menyakitinya mahupun jentiknya, tetapi beliau perlu diajar supaya Namewee dan yang lain tahu Islam dijaga oleh Sultan, dan para Sultan bukan sekadar patung sahaja.

Usir beliau dan keluarganya, dan semua yang berkenaan dengan dirinya dari bumi Johor yang dirahmati Allah. Rampas semua harta keluarganya agar Namewee sedar jika Kerajaan Demokrasi dipilih rakyat tidak boleh buat apa-apa, Raja yang "dipilih" Allah mampu melakukan sesuatu untuk Allah!

Akhir kata, maafkan patik kerana terpaksa menggunakan perkataan "saya cabar" sedangkan sebenarnya patik rayu, patik merayu dan patik merayu pada satu-satunya Sultan dan Anak Raja yang prihatin pada suara Rakyat kebanyakan.

Perbuatan Namewee menghina Islam seolah tiada noktah dan tidak akan berakhir. Tolonglah buat sesuatu untuk hentikan perbuatan Namewee menghina agama dan kaum lain selama-lamanya.

Semoga ia jadi pengajaran pada yang lain dimana sains buktikan bukan sahaja manusia malah binatang turut memihak kepada warna kulit yang sama maka jelaslah rasis adalah sifat semulajadi manusia tetapi terbahagi kepada rasis baik dan rasis jahat.

Rasis baik ialah orang yang mengutamakan keluarga dan kaum sendiri tetapi menghormati kaum lain dan tidak hina kaum lain.

Rasis jahat ialah orang yang mengutamakan diri sendiri, menghormati kaum sendiri tapi menghina kaum lain.


Namewee adalah perintis kepada rasis jahat di Malaysia. Harap Tuanku Sultan dan TMJ yang diperkuat oleh Askar Setia Di Raja Johor JMF boleh memikirkan jalan terbaik untuk mengajar "anak Johor ini" menghormati kaum dan agama lain.

Wallahualam.

Secara peribadi, patik harap Tuanku Sultan dan TMJ dapat memerintahkan kami berdua berjumpa Tuanku kerana patik ingin berjumpa dengan Namewee secara berhadapan dan sanggup bermain permainan 3 Nisbah 1 dengannya. Namewee 3 kali, Patik 1 kali hingga salah satu pihak menyerah kalah atau tumbang.

Patik hanya "keyboard warrior", tidak kuat dan tidak belajar mana-mana ilmu pertahan diri, tapi seperti  Baginda berdua dan orang Islam lain, Patik teruja dan gembira jika diberi peluang pertahankan Allah, Nabi dan Agama dari terus dihina "anak Cina Johor" ini.


PS:

Dalam sebuah dokumentari Astro, ujikaji Sains buktikan bahawa rasis adalah sifat semulajadi manusia dan haiwan.

Dan ujikaji sains 3 membuktikan haiwan juga memilih untuk jadi rasis baik, sewajarnya manusia lebih baik dari haiwan.

Manusia ada akal dan empati untuk gunakan rasis mereka untuk kebaikan bukan kejahatan dan untuk menghormati perbezaan warna, agama lain dan kaum lain.


Ujikaji Sains 1  -                       Subjek - Manusia                  Oleh: Saintis Amerika

Manusia kulit putih diuji dan dibuktikan lebih cepat menembak "trigger-happy" kulit hitam berbanding kulit putih menembak kulit putih walaupun ujian dilakukan berkali-kali keputusan tetap sama.

Keputusan: Dalam tindakbalas refleksi pantas sukar untuk manusia menafikan sifat semulajadinya yang cenderung membantu warna yang sama dan menyerang warna yang tidak sama.

Namun, manusia tetap mempunyai pilihan dalam senario harian tetapi ia adalah faktor yang mempengaruhinya. Jelas rasis adalah sifat semulajadi semua manusia, dan kitalah yang pilih jahat atau baik.

Sumber sokongan http://www.alternet.org/news-amp-politics/neuroscience-behind-why-white-cops-kill-black-men


Ujikaji Sains 2 -                       Subjek - Haiwan                     Oleh: Saintis Amerika

Seekor tikus putih(Tikus A) dikurung dalam sangkar yang boleh dibuka tikus lain. Kemudian seekor tikus putih(Tikus B) dimasukkan kedalam kotak tersebut dan Tikus B terus berusaha dan berjaya melepaskan Tikus A.

Kemudian, Tikus A ditukar dengan Tikus C (Tikus Hitam) dan ia diletak dalam sangkar berkunci yang sama dimana kemudian Tikus B dimasukkan kedalam kotak itu.

Keputusan: Tikus B iaitu Tikus Putih yang membantu Tikus A yang juga putih tadi tidak membantu Tikus Hitam yakni Tikus C walaupun dibiarkan berhari-hari lamanya dan jelas Tikus secara semulajadi rasis.


Ujikaji Sains 3 -                        Subjek - Haiwan                   Oleh: Saintis Amerika

Ujikaji kali ini membabitkan Tikus B(putih) tadi bersama Tikus Hitam baru iaitu Tikus X(Hitam) dan Tikus Y(Hitam).

Tikus B(putih) diletakkan bersama-sama dengan Tikus X(Hitam) secara bebas dalam satu kotak yang sama. Kedua tikus ini bercampur, bergaul dan berkawan.

Selepas beberapa hari Tikus B(putih) dimasukkan kedalam kotak dimana Tikus Y(Hitam) berada dalam sangkar berkunci. Perlu diingatkan Tikus B tidak pernah berjumpa dengan Tikus Y(Hitam) tapi pernah berjumpa dengan Tikus X.

Keputusan: Berbeza dengan ujikaji Sains 2 dimana Tikus Putih tidak bantu Tikus C(Hitam), kali ini Tikus Putih yang sudah bergaul dengan Tikus Hitam(Tikus X) melepaskan Tikus Y yang berwarna hitam kerana Tikus B memilih untuk menjadi rasis baik yakni menghormati perbezaan warna selepas mengenali Tikus X.


Ujikaji 4 - SosioEkonomi          Subjek - Orang Melayu           Oleh: Kita sendiri

Keputusan:

Melayu menjadi sangat apologetik, takut di panggil rasis dan jijik menjadi rasis sedangkan sejarah buktikan Melayu sejak beribu tahun kewujudan mempunyai sifat semulajadi rasis baik.

Jangan biarkan terma degrading yang pernah, sering dan masih digunakan Barat kepada Asia seperti Cina Monyet, Kungfu Lemah, India Pengotor, Arab Barbaric, Islam pengganas, Melayu Orang Hutan dll mempengaruhi kita.

Bangga dengan diri kita Melayu dan bangga dengan sifat kita yakni rasis baik yang utamakan keluarga dan kaum kerabat sendiri tetapi menghormati kaum dan agama orang lain.

Sunday, July 31, 2016

Fatwakan Rasuah Musuh Islam Nombor 1!

Dari AJK Masjid, Bilal, Imam, Ulama, Mufti, Ketua Agama dan Penceramah, mereka semua bertanggungjawab untuk isytiharkan Rasuah musuh Islam Nombor 1!

Hakikatnya bukan mereka sahaja tetapi kita semua, selagi kita mengaku cintakan Allah, Rasul dan Islam, kita semua wajib perangi dan isytihar Rasuah musuh Islam Nombor 1.

Isytihar dan ikrar perangi rasuah samada "outloud" atau dalam diri sendiri sahaja! 

Ancaman rasuah pada kesucian dan maruah Islam amat membimbangkan.

Artikel pertama saya di siarkan Utusan Malaysia pada tahun 2002 berkenaan rasuah. Sejak itu, saya menjadi anti rasuah, dan natijahnya, kedai saya diroboh walau dibina atas tanah sendiri, kerana saya enggan membayar rasuah RM 25,000.00 pada PBT!

Tapi isunya disini bukan saya, tapi kita semua.

Rasuah hari ini amat berbeza dengan rasuah 1980, 1990 dan awal 2000.

Rasuah di Malaysia hari ini sudah menjadi amalan biasa, sudah jadi darah daging dan rutin harian, malah perasuah diketahui dipuja dalam kalangan keluarga dan kenalan sendiri.

Tidak! Jangan benci "ciptaan Allah-manusia", benci perbuatan manusia. Doakan mereka.

Untuk rekod pada tahun 2000, sebuah Universiti Awam Malaysia membuat satu tinjauan soalan, dari 50,000 Graduannya, 40,000 berkata mereka tidak kisah menerima rasuah bila mereka berkuasa kelak.

Bayangkan, mereka hari ini adalah Penjawat Awam, Penguatkuasa dan juga anggota pentadbiran yang berpangkat baik di Sektor Kerajaan, GLC- TNB, TM, Syabas, EPF, Bank, malahan Swasta.

Pendek kata, semua undang-undang boleh dilanggar di Malaysia asalkan ada duit. Semua boleh, asalkan sanggup bayar.

Jika tidak sanggup, Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar sanggup. Malah, Migran China dan India sanggup.

Jika dahulu kita merasa jijik pada diri kerana menggaji PATI sebagai Pembantu Rumah, kini perasaan "salah" itu sudah jadi tidak mengapa dan baik di mata kita.

Macam orang lain makan Babi, kita pun ikut sebab orang lain "ok jer" makan babi.

Itulah hakikat rasuah di Malaysia.

Peliknya, pihak berkuasa Agama Islam dan "Malaysia Muslim Leader 1" masih belum mahu isytiharkan rasuah sebagai musuh Allah nombor 1!!!

YA! Saya dipertanggungjawabkan atas apa yang saya lakukan dan katakan disini, tapi KALIAN juga akan dipertanggungjawabkan kerana kuasa mengisytihar rasuah sebagai musuh Islam nombor 1 ditangan kalian, kenapa bertangguh?

Tahukah rasuah sudah ancam kesucian Islam?

Tahukah kita bagaimana logo Halal boleh digunakan di premis Kelab Maksiat yang turut jual arak?

Tahukah kita bagaimana cara mahu peroleh logo Halal dengan cepat dan mudah?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Elektrik TNB dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Air SYABAS dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu percepatkan proses tuntutan insurans(kereta dan pesakit)?

Tahukah kita bagaimana mahu permudahkan peroleh lesen perniagaan dari PBT khususnya Restoran?

Tahukah kita bagimana mahu berniaga tanpa lesen tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagimana mahu ceroboh(amalan Yahudi) tanah Kerajaan berpuluh tahun tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagaimana mahu mendapat Lesen Memandu tanpa pergi ujian Memandu?

Tahukah kita bagaimana mahu lulus pemeriksaan kenderaan(khususnya Lori/Bas) tanpa pemeriksaan?

Tahukah kita bagaimana Taukey Rumah Urut boleh tawarkan pelacuran dengan bebas?

Tahukah kita bagaimana Taukey Judi boleh tawarkan judi dengan bebas kini di SMS dan Whatsapp?

Tahukah kita bagaimana dadah dijual dengan bebas di KL?(Saya boleh tunjukkan)

Tahukah kita bagaimana perniagaan besi buruk diberi lesen oleh PBT dan Polis dimana kita tidak tahu mereka juga lupuskan kereta curi sebagai besi buruk?

Tahukah kita bagaimana mahu memohon permit(baru/sambungan) pekerja asing kita? (Pembantu Rumah/Industri)

Tahukah kita bagaimana mahu lulus BR1M, LL1M, KL1M, FL1M, dll 1M?

Tahukah kita bagaimana cara ahli parti memberi undi kepada kepimpinan parti mereka baik UMNO, PAS, PKR, DAP dan parti lain?

Tahukah kita bagaimana arak diharamkan tetapi bilangan peminum arak Melayu lebih tinggi dari India dan Cina?

Tahukah kita bagaimana bersekedudukan boleh menjadi amalan bebas di Malaysia khususnya KL?

Tahukah kita bagaimana Negara Islam Malaysia ini merupakan TOP 3 Negara paling banyak jual manusia dalam dunia?

Tahukah kita bagaimana sempadan Negara kita(Indonesia, Thailand, Filipina) dibolosi PATI, Dadah, Pelacuran, Senjata dll?

Tahukah kita bagaimana Along Peminjam Wang, bagaimana Pelacuran Bapa Ayam masih bebas beroperasi?

YA! Kerana RASUAH!

Siapa yang rasuah? Siapa yang ambil rasuah?
Kita tahu, tapi jawapan kita mudah, kita terpaksa!

Orang lain boleh pakai PATI, kita ikut sahaja!

Orang lain boleh dapat lesen perniagaan, boleh dapat kedai PBT, boleh dapat tapak haram sebab "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain dapat tender dengan "bayar", kita ikut sahaja!
Orang lain boleh "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain masuk neraka, kenapa kita tidak mahu ikut sahaja masuk Neraka?

Dan paling senang kita jawab, kita Malaysia masih aman dibawah pentadbiran Kerajaan sekian sekian.

Dan yang anti Kerajaan pula jawab, jika kita memerintah kita akan hapuskan judi, pelacuran dan Kilang Arak tapi yang terjadi sejak bulan menjelma di Selangor sejak 2008, Rumah Urut(baca pelacuran) kian bertambah banyak.

Akhirnya kerana kehabisan alasan, kita akan jawab "Kita tidak perlu peduli, janji hidup kita senang!"

Jawablah ikut mana alasan sekalipun pada Allah, saya tidak berhak menilai dan menghukum, tapi kita perlu pastikan Allah akan terima alasan kita.

Dan lebih penting, kita yang sering kata Aku CintaMU Ya Allah dan Rasul perlu jujur bahawa kita tidak anggap Allah itu bodoh untuk percaya pada alasan kita sedangkan Allah tahu isi hati kita.

JUSTERU, saya ingin menggesa Sultan, Raja, Tengku Mahkota, Raja Muda lebih lagi yang aktif di FB, semua MUFTI, Ketua Agama Islam, semua Ulama, semua Penceramah, Imam, Bilal, AJK, Ustaz, Ustazah dll kakitangan Agama yang menerima GAJI atau yang dibayar UPAH;

dan lebih lagi kepada diri kita semua khususnya jika kita adalah "pembuat keputusan, pemegang kuasa, amanah Allah" mengisytiharkan;

RASUAH MUSUH ALLAH NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH NABI SAW NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH ISLAM, MUSLIM NOMBOR 1!

Kalau tidak, malulah kita cakap kita cintakan Allah, Nabi Muhammad SAW dan Agama kita!

Wallahualam.

PS: Dalam hidup kita, kita pasti kenal mereka yang berintegriti, yang beretika, waima tukang sapu yang jujur, mereka tidak ambil rasuah dan jalankan tugas dengan amanah. Hargailah mereka, kerana Allah dan RasulNYA sayangi mereka!

Kita juga kenal mereka yang korup, mereka yang munafik, fasik dan rasuah, nasihati mereka dan jauhi mereka, jika tidak mampu, marilah angkat tangan berdoa padaNYA semoga kita semua diberi rahmat olehNYA.

Akhir sekali, dalam sibuk salahkan orang lain khususnya kerajaan, sebenarnya perubahan boleh mula dilakukan dikalangan kita sendiri. Katakan tidak pada rasuah samada penerima, pemberi mahupun subahat!

Kerana masa hadapan anak cucu kita bergantung pada kita. Mungkin hari ini kita senang kerana rasuah, tapi 20 tahun lagi anak cucu kita mungkin susah kerana rasuah. Wallahualam.

Friday, July 29, 2016

Jho Low DiUpah CIA/Yahudi Untuk Tipu Najib Dan Untuk "Jajah" Malaysia Kerana Dendam Pada Mahathir

Selama 35 tahun saya tetap gagal terjemah niat bapa saya berkata 2 perkara, samada untuk usik Emak(Emak convert umur 26 tahun), atau dia memang mahu mengajar anak-anaknya.

Kata-katanya masih segar bergema di telinga saya dan secara peribadi saya rasa dia tidak maksudkan sekadar bergurau, tapi kata-katanya kembali bergema dengan kes 1MDB. Katanya;

1. Kalau tak tipu tak Cina!
2. Melayu kata silap, Cina kata sedap!

Lebih lagi sepanjang kes 1MDB ini meletup didedahkan Rafizi dan Tony Pua 3 tahun dahulu, saya tidak pernah baca dimana-mana media atau blog, Melayu atau Cina yang mengatakan Najib Razak ditipu Cina(Jho Low) atau jauh sekali Cina(Jho Low) penipu, yang ada Najib penipu!


Yang paling "hado" saya baca adalah komen dari sahabat Cina saya yang berbunyi, Najib Razak pandai kerana belajar dari Cina tentang ekonomi tapi dia bukan belajar ekonomi, dia belajar menipu dari Cina penipu(JhoLow)!

Dan atas dasar apa untuk kita tidak boleh terfikir bahawa Jho Low digajikan oleh Amerika untuk porak perandakan Malaysia?


Zionist avenge Mahathir by destroying everything he built/achieve eg MALAYSIA!

Jho Low sudah lama terkenal di Amerika, lama sebelum Najib Razak menjadi PM lagi. Beliau dikenali dunia sebagai "conman" atau penipu bertaraf dunia. Yang ditipu beliau bukan orang Melayu kereta rosak, bukan tukar atap rumah Melayu, bukan Handphone di Lowyat, tapi beliau menipu berpuluh artis Hollywood, beratus jutawan dan VIP Arabod0, dan ramai lagi.

Kenapa beliau masih bebas tanpa ditangkap atau didakwa dimana-mana Mahkamah masih menjadi misteri. 

Mungkin USA pernah menangkapnya pada tahun 2008 dan kemudian mereka bersepakat;

"Aku(Amerika) lepaskan engkau(Jho Low) dengan syarat engkau kembali ke Malaysia dan tipu "Malaysia Official 1" untuk terlibat dalam kegiatan "seperti yang didakwa Jabatan Undang-undang Amerika hari ini".

Skrip ini terlalu sempurna. "Too perfect". Kredabiliti, akuantabiliti dan responbiliti Jho Low sempurna di mata Najib Razak. Jika kita mahu percaya orang untuk pegang berbilion ringgit untuk kita, sudah pasti kita tidak akan pilih "conman" terkenal dunia melainkan ada "jaminan, janji dan sokongan" yang dibawa bersama Jho Low.

Umum tahu pada 2009, Najib Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dan perkara pertama yang dibuat adalah mencari dan kemudian melantik APCO sebagai perunding imej Negara.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, "kemahuan" Najib Razak mencari orang luar untuk membawa Malaysia ke persada dunia di ketahui Yahudi.

Tidak! Saya bukan anti-semitic. Walaupun saya orang Islam dan AlQuran sebut beratus kali kejahatan Yahudi ini tapi saya tetap anggap Allah itu PENYAYANG dan DIA tidak akan hukum orang Yahudi hari ini atas dosa Yahudi masa lalu.(Minta berbeza dengan saya kerana dosa Yahudi hari ini sama banyaknya sebenarnya, tapi sebab ramai yang konon berhati mulia kata Yahudi baik, kita layankan)


AlQuran menyuruh Islam berhati-hati dengan Yahudi, bukan memusuhi dan jika mereka bertindak memusuhi kita maka perangi mereka.

TAPI;


Saya amat jelas akan beratus serangan Malaysia terhadap Yahudi dan Israel diketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir bukan sahaja serang tetapi membogelkan Yahudi sebagai dalang utama pentadbiran Amerika. Tidak cukup itu, orang tua ini pantas menuduh Yahudi untuk pelbagai jenayah perang, serangan ekonomi serta semua jenayah berat lain. George Soros adalah antara sasaran utama Mahathir.

Bukan sebarang serangan, tetapi keberaniaannya merobohkan tembok "akur Yahudi Zionis" diikuti pemimpin Islam lain, malahan oleh orang Kristian sendiri. Dalam beberapa filem Hollywood jelas beberapa Filem Amerika serang Yahudi/Illuminati kerana ia dimulakan Mahathir tanpa penafian dari mereka.

Tindakan Tun Mahathir ini sudah pasti mengundang rasa dendam yang amat mendalam Yahudi Zionis terhadap Malaysia. INI SAYA AMAT PASTI.

Sejak Tun Dr Mahathir bersara pada 2003, Yahudi Zionis sudah mula merancang untuk membalas dendam pada Mahathir dan membunuhnya hanya akan menjadikan Mahathir WIRA seperti Mahatma Gandhi.

Memusnahkan apa yang Mahathir bina menjadi impian mereka. Dan mereka mula menjalankan rancangan.

Hakikatnya, dalam pentadbiran elit kerajaan, atase dari pelbagai Negara dan bentuk ie kebudayaan dll sebagai "mata-mata" bukan rahsia.
Dari zaman Kolonial British seawal kurun 15 lagi, British atau Negara bersekutu akan menghantar "penasihat" untuk menasihati Raja-Raja, baik di Malaysia, Jepun, China mahupun India.
Penasihat budaya ini akhirnya bertukar penasihat diRaja.

Cubaan campurtangan dalam urusan Negara asing oleh Amerika dan British bukan rahsia malah sudah lama diamalkan. Bezanya, kejayaan.

Dan cara terbaik untuk berjaya adalah menjadikan orang Malaysia sendiri sebagai sekutu untuk hancurkan Malaysia dan orang itu adalah Jho Low.

Pendapat saya mungkin hanya teori, tetapi ia tidak mustahil kerana "TROJAN HORSE" menjatuhkan empayar Troy, Dr Sun Yat Sen revolusi Cina menjatuhkan Maharaja China, malah di Tanah Melayu, di Pahang, seorang Cina berkerakyatan Inggeris penasihat Raja Pahang mati dibunuh dan menjayakan rancangan British meletak Residennya/Penasihatnya di Pahang pada 1888.

PS: Wikipedia potray Jho Low as to good to be evil boy whom I as I remember I read about him in Wikipedia in early 2010 as more to the enemy to many because he con many Arabod!

Thursday, July 21, 2016

Saya Adalah HATERS Yuna, Traveller, JDT, Qu Puteh dll

Suka saya maklumkan, terma degrading mula dimulakan Barat keatas Asia, Arab dan Afrika.

Barat menggunakan terma degrading seperti dirty Indian, savage Arabic, black is evil, Asian is lazy, Japan tiny people, kungfu is lame, Islam is terrorist dan banyak lagi.

Semua terma degrading ini tidak benar seluruhnya, tapi bukan benar yang dicari sebaliknya ia digunakan hanya untuk mempamerkan sifat superior secara ilusi pada pengutur.

Supaya pengutur berasa tenang, berasa baik, berasa hebat, berasa betul dan berasa "super".

Malangnya ia tidak berjaya atas saya.

Bukan kerana saya bijak, tidak, tapi kerana nama timangan saya adalah Acai, dan orang selalu degrading saya "macai" dan "cincai"!

Saya juga jonggang, jadi orang suka gunakan terma degrading pada saya seperti Rabbit, Mr Os, Jo, Musang dll.

Dek kerana latihan intensif latih tubi berterusan sejak kecil, terma degrading tidak pernah berkesan pada saya.

Sedihnya, jika ia dicipta oleh Barat untuk merendahkan terus membuli orang Asia, kenapa kita gunakan sesama kita?

Apakah kita mahu jadi Barat sedangkan kita Islam, kita Melayu, kita Cina, kita India yang dihina Barat?

Bila kita komen artis, cara mereka lari dari masalah mudah "haters".

Bila kita komen traveller, mereka kata kita dengki dengan kebebasan mereka mengembara dan merendahkan kita dengan panggilan haters.

Bila kita komen pasukan juara bola sepak 33 kali iaitu JDT(saya perli dan seloroh sebab saya orang Selangor), mereka kata kita haters.

Bila kita komen Qu Puteh, mereka kata kita haters.

Betulkah kita haters????????????????????????????????????

Atau kita ikut ajaran AlQuran yang berbunyi, "amal maaruf nahi mungkar".

Ayat Allah suruh tegur, larang perbuatan salah ini banyak dalam Quran dan kalau saya seorang Ulama saya sudah petik petik ayat itu, tapi anda sendiri boleh selak dan cari perintah Allah supaya tegur saudara Islam kita jika mereka khilaf.

Tidak dinafikan menegur ada etikanya, elakkan membuka aib orang.

Tapi bila orang itu sendiri sudah buka aibnya sendiri, lebih lagi dari pengalaman saya, saya sendiri PM atau personal message inbox mereka, tetapi tidak pernah dilayan, maka apa lagi jalannya.

Haters tidaklah tertakluk kepada terma degrading, ada niat baik, ada niat jahat.

Paling penting pada yang di"hate" sangat, pada orang yang buka aib sendiri kemudian jawab orang yang tegur haters adalah mereka perlu tanya diri mereka sendiri "Apakah mereka ikut perintah Allah dalam AlQuran atau tidak", jika YA, teruskan apa yang anda buat kerana anda yang dipertanggungjawabkan, jika tidak, berubahlah.

Ya atau Tidak, tidak perlu guna taktik terma degrading semata-mata untuk keluar dari masalah yang anda sendiri cipta.

Wallahualam.

PS: Saya bukan haters Yuna, Traveller, JDT, Qu Puteh dll. Saya bukan haters sesiapa. Dari kecil setiap hari saya sudah diajar untuk baca Alfatihah kepada semua orang Islam, sudah diajar untuk mendoakan mereka. Mana mungkin saya benci orang yang saya doakan. Dengan izinNYA, tidak akan.

Tuesday, July 19, 2016

Tolonglah Selamatkan TMJ Johor!

Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hebat dan berkarisma.

Lahir pelbagai idea, anak muda bijak, kemudahan dll dari beliau.

Sejak awal 90-an lagi saya sering dengar Ya Allah! Tolong selamatkan Anwar Ibrahim oleh Bapa dan rakan-rakannya.

Pada masa itu sudah lahir suara-suara bahawa beliau akan dirosakkan oleh orang-orang rapatnya, pengikutnya.

Seorang Ketua yang baik mempunyai pengikut dan ahli Kelurga yang sayang padanya termasuk menegur dan membetulkan bila dia terkhilaf.

Era moden ini, saya meminati TMJ. Jujur!

Bukan kerana beliau anak Sultan, tetapi kerana aspirasi dan suara anak muda yang dibawanya.

Bayangkan, orang berusia 80 tahun pun enggan bersara, Billionair berusia 70 tahun pun masih mahu berebut tender juta ringgit dengan peniaga 40 tahun, Pengarah Kerajaan berusia 60-70 tahun dilanjutkan Kontrak, maka berapa lama anak muda perlu tunggu!!?

TMJ membawa suara anak muda, bukan untuk dihormati, tapi untuk didengari dan dipertimbangkan.

Malangnya, seperti DSAI, TMJ juga perlu bijak memilih pengikut. Dan Kawan!

TMJ dalam banyak kenyataan seperti kebudak-budakan. Membentak bila tidak dapat apa yang dimahukan. "Meraung" seperti budak kecil. Saya tidak tuduh, ini hakikat dan dapat dilihat jelas dalam kenyataan-kenyataannya.

Saya ada tulis mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu.

Dan saya lihat dengan bangga, walaupun saya tahu TMJ tidaklah baca artikel saya, tapi TMJ berubah.

Dari seorang anak muda, menjadi seorang "Gentleman".

Dari seorang kaki selfie, kaki upload internet, Baginda menjadi seorang ikon yang "lead by example".

Saya bangga, dan saya pasti Arwah TLJ juga pasti bangga kerana pada hemat saya, yang membawa "humble" dalam keluarga ini adalah Arwah Baginda Tunku Jalil.

Terbaru, kenyataan "pendrive" TMJ mengusik saya.

Saya pasti TMJ dikelilingi oleh rakan, pengikut yang kurang bijak "menasihati".

Penasihat tidak semestinya membuka mulut memberi nasihat, dalam persekitaran, pakaian, senyuman, percakapan, riak muka, batuk orang lain juga adalah nasihat pada kita!

Sekali lagi, seperti anak kecil yang berang diusik, TMJ tampil mengugut dengan "pendrive" dan senyuman sinisnya.

Walaupun saya pendukung pemimpin muda tapi ada beza muda dengan budak. "A war won by a man, not a boy!"

Jadi, harapan saya, "Tolonglah selamatkan TMJ Johor".

Nasihati Baginda, atau doa pada ALLAH agar Baginda diberi ALLAH rakan, pengikut yang baik, yang memimpinnya kearah kebaikan sekaligus memekarkan nilai pemimpin dalam jiwa Baginda.

A man is a gentleman and that is West.

As Malay, a man is wisdom.

Wisdom itu, dalam diam dia menasihati, dalam tingkah dia mengaspirasi, dalam santun dia dicontohi, dalam bicara dia mengetuai, dalam marah dia menyayangi.

Wallahualam.

Thursday, July 7, 2016

Sembahyang Raya Di Padang Masyar

Jika diambil Raya dari sepotong ayat AlQuran, maka ia adalah hari kemenangan orang Islam menjalani ibadah Ramadhan. Sebab itu ada yang menangis, kerana apakah mungkin kita diberi peluang untuk berpuasa dan beraya tahun hadapan apatah lagi bersama keluarga?

Tapi jika diambil Raya dari Islam, ia lebih sekadar dari hari gembira, hari sedih atau hari kemenangan.

Ia adalah hari bersyukur dan hari menginsafi diri.



Semalam saya solat Aidilfitri di "Padang Masyar" Masjid AlGhazali Manjalara.

Masjid lama, besar dan tidak gah ini sering beri saya kepuasan berada dalamnya walaupun sikit panas kerana tiada hawa dingin.

Azam saya seperti yang dianjurkan segelintir Ulama, saya tidak mahu menangis di Pagi Raya, sebaliknya mahu bergembira meraikan kemenangan.

Tapi saya gagal.

Kerana Masjid Manjalara ini dipenuhi oleh hampir lebih separuh warga asing.

Pakistan, Bangladesh dll. 

Mereka ini datang dengan perbezaan rupa, gaya dan perangai yang jauh berbeza.

Mereka rosakkan "mood" Raya bila orang Melayu berbaju Melayu berwarna warni lengkap bersongkok, tona warna saf itu dikacau oleh pemakaian mereka yang "entah apa-apa".

Baju kotak-kotak, kelabu, seluar jeans ketat berjalur coklat merah, dan lain-lain warna keras.

Belum kira BAU BADAN mereka yang "harum".

Walaupun Abah sering ajar saya dalam Masjid dan Ibadah "Indon ke Bangla ke, Pakistan ke, apa mahu kira, asal Islam kita semua sama sahaja", dan saya kira saya berjaya mematuhi ajaran beliau tapi pagi ini gagal.

Ceritanya begini. Saya bawa 2 anak saya(belum sunat), dan pilih Saf yang sesuai agar tidak ganggu saf dewasa, tapi dalam masa sama mahu mereka rasai semangat berjemaah.

Tiba-tiba, datang sekumpulan 10 orang Bangladesh berpegang tangan duduk di kiri kami dan kerana bilangan mereka ramai dan tidak muat mereka duduk dihadapan(membontotkan) anak saya kerana mereka "insist" mahu duduk bersama-sama mereka.

"HATI SUDAH PANAS"!!!

Jelingan manja saya sedekahkan pagi Raya. Rosak mood raya.


Sabar jadi enigma, kacau(Syaitan) memainkan irama.

Saya cuba bersabar dengan tutup mata, bertakbir.

Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar.

Lepas beberapa minit saya pejam mata bertakbir tiba-tiba saya rasa seolah saya berada di Padang Masyar.

Dan bila saya buka mata saya lihat lautan manusia berpasuk-pasuk diadili.

Sempit, ramai, panas, tidak selesa, bau busuk hanyir, wajah menakutkan persis syaitan, iblis, manusia berhidung babi, berkepala anjing dan diuliti rasa takut dan bimbang di lautan jutaan, billion, bukan tapi zillion manusia lain.

Semua gambaran ini hanyalah rekayasa saya kerana sebenarnya bila saya buka mata tadi yang saya lihat sama dengan sebelum saya tutup mata.

TAPI, tiba-tiba air mata saya mengalir.

Saya menangis sedih ketika bertakbir, insaf kerana keAKUan masih menebal di Rumah Allah ini!

Lantas soalan demi soalan menerpa benak!

Adakah di Padang Masyar kita akan dikumpulkan dengan keluarga kita?

Atau sekurang dengan orang kita Melayu sahaja?

Atau dengan orang Malaysia sahaja?

Atau adakah dengan yang berbahasa Melayu sahaja?

Bagaimana jika di Padang Masyar kita dikumpulkan dengan lautan manusia tanpa kira suku atau warna? Dan lebih menakutkan kita dibangkitkan tanpa isteri, anak, ibu bapa dan beradik disisi kita?

Di mana ibu bapa, kakak abang, isteri kawan, anak sahabat, saudara kenalan kita?

Jika YA kita dikumpulkan tanpa mengira warna, maka ia adalah suasana yang hampir sama saya alami di Masjid Manjalara ini.

Sembahyang Raya di Padang Masyar tahun ini menginsafkan diri agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Rupanya, disisi Allah kita serupa sebab itu kita semua akan berbondong-bondong di Padang Masyar secara bercampur dengan pelbagai keadaan, gaya, bau, seksaan dll ikut amalan kita.

Ya Allah!

KAU ampunilah dosa kami sekeluarga, kami sesaudara seibu sebapa, se Atuk se Moyang, sejiran semasyarakat, sesekolah setempatkerja, senegeri senegara supaya dapatlah KAU limpah kami dengan rahmatMU dan kami semua bisa dikumpulkan semula bersama di SyurgaMU. Amin.

Semoga keinsafan ini dikongsi dan jadi aspirasi pada kita untuk memaafkan semua orang di Hari Raya ini.

Jika "kesakitan" hati terlalu tebal, sebut dengan mulut banyak-banyak 12 perkataan dibawah;

"Ambil yang jernih, buang yang keruh" ulang seratus kali.

dan

"Yang sudah lepas, lepaskanlah dan lupakan" ulang ikut bilangan umur. 30 tahun,30 kali.


Hakikatnya, keberadaan kita di sisi Allah dan cara Allah melihat dan menilai kita bukan dari apa yang kita lakukan semalam atau 30 tahun dahulu.

Tapi Allah dan Nabi SAW lihat dan nilai kita dari apa yang kita akan lakukan sekarang dan esok!
Allah suka pada manusia yang perbaiki amalan, janjiNYA dalam AlQuran.

Kita lebih tahu apa yang perlu kita ubah diri kita untuk Allah dan Nabi tanpa perlu orang lain beritahu kita, 'Hei tutuplah aurat dengan sempurna', 'Hei solatlah', 'Hei puasalah' , 'Hei zakatlah', 'Hei jangan ambil rasuah'(hak orang lain), 'Hei jangan menipu', 'Hei' jangan berjudi, 'Hei' jangan minum arak, 'Hei' jangan ambil vaksin, 'Hei' jangan bersalin hospital, 'Hei' jangan fitnah, 'Hei' jangan itu dan jangan ini, begitu dan begini.

Sebaliknya diri kita sendiri lebih tahu apa yang boleh kita ubah sekarang untuk esok yang lebih dikasihi Allah dan Rasul.

JOM UBAH DIRI!

Oh Ya. Dalam "memanjakan" Pendatang Asing beragama Islam perlu diingatkan Islam ada tertib. Kita tidak amin dahulu baru bismillahirahmanirrahim. Kita tidak boleh sujud dulu baru takbir. Kita tidak boleh bersaksi Nabi itu Pesuruh Allah baru Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Jadi bila semua orang ISLAM, dalam tertib Islam kita harus bantu adik beradik kita dahulu baru bantu adik orang lain.

Kita perlu bantu jiran sebelah baru bantu jiran orang lain.

Kita perlu bantu orang kampung sendiri baru bantu orang kampung lain.

Kita perlu bantu orang Daerah sendiri baru bantu orang Daerah lain.

Kita perlu bantu orang Melayu dahulu,  kaum kita, baru bantu orang kaum lain.

Kita perlu bantu orang Islam Malaysia, baru bantu orang Islam Bangla, Pakistan, Rohingya, Indonesia dll.

Dalam dunia nyata, agak sukar mahu pastikan orang yang kita utamakan dan bantu itu satu daerah, atau satu kampung, atau satu Ansara, dll.

Tapi sekurangnya utamakanlah orang Islam Melayu Malaysia dahulu sebelum bantu orang Islam Negara lain kerana masih ramai orang Islam Melayu Malaysia memerlukan bantuan.

Wallahualam.

PS: Terima Kasih Allah kerana masih merahmati kami rakyat Malaysia dengan rezeki tanpa bencana alam yang dahsyat. Amin.


Monday, July 4, 2016

Jom Main Bunga Api Di Kuburan Di Pagi Raya!

Raya datang lagi.

Seperti bulan puasa dan raya sebelum ini, soalan sama masih menjadi modal pendakwah yang sama.

Soalan yang tidak mencabar seperti apa hukum gosok gigi, korek hidung, tidak sahur, lupa niat, terkentut masa Terawih, puasa 6 dan bermacam lagi.

Mungkin memang ada yang tidak tahu sebab itu soalan yang sama ditanya pada penceramah yang sama setiap tahun.

Alhamdulillah, Ulama jawab dengan hujah yang lengkap ikut tertib keutamaan iaitu 1) Firman Allah dalam AlQuran, 2) Hadis Nabi berkaitan Nabi sendiri 3)Sunnah Nabi berkaitan diri Nabi sendiri, 4) Hadis Nabi berkaitan orang lain dan  5) Sunnah Nabi berkaitan orang lain.
Malangnya, ada juga Ulama yang langsung tidak tampilkan firman Allah sedangkan ada, malah mereka terus sandarkan pada Hadis atau Sunnah semata.

Lebih teruk lagi, diruangan komen, perkelahian yang hasilkan permusuhan dan kesesatan tercetus.

Masing-masing dengan hujah Ustaz saya kata, malah ada yang keluar fatwa baru dari carian Kitab Google mereka, ada pula yang terus mencemuh dan merendahkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menjadikan seolah agama Islam ini agama Komunis yang harus dibunuh jika sedikit berbeza. Macam-macam!

Tanpa mereka, kita malah Ulama sedari, dari afdal, bertukar jadi makruh dan terus jadi haram.

Dari pahala, dapat dosa. Dari Majlis Ilmu menjadi Pesta Syaitan dan Iblis meraih pengikut. Wallahualam.

Saya sarankan para Ulama yang gunakan media sosial untuk berhujah menjawab soalan khususnya soalan berkaitan hukum jelas keluarkan satu notis dibahagian bawah yang berbunyi sebarang komen terbuka tidak dialukan kerana hukum ini sudah jelas, jika ada sebarang kemusykilan sila PM dan kita bincang secara tertutup.

Antara soalan paling popular pada hari raya adalah soalan apakah hukum ziarah kubur di pagi raya!

Jawapan paling menarik dan popular sudah pastilah yang menegah, kerana pada pagi raya haram hukumnya bersedih di hari Raya.

Kesimpulannya Raya adalah sambutan kemenangan meraikan kejayaan umat Islam di bulan Ramadhan juga bulan dosa manusia dengan manusia dihapuskan melalui konsep bermaaf-maafan.

Atau dalam pemahaman kasarnya siapa yang berjaya di Ramadhan harus bergembira dan siapa yang tidak berjaya di Ramadhan wajib bersedih. -Saya bergurau.

Firman Allah:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(maksudnya) “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.


Saya TIDAK LAYAK untuk ulas firman, hadis mahupun Sunnah. Terbaik bagi kita merujuk kepada Ahli Agama juga ikut tertib keutamaan lokasi, bukan pada Kitab Google.

Tapi saya layak berkongsi pengalaman berhari raya bersama Arwah Ayahanda tercinta Abdul Rahman Mohd Nurut yang mana beliau mewarisi cara sambutan Raya ini dari Atuk saya, Mohd Nurut Fakeh Hayat.

Usai(Bahasa Arab tapi saya Melayu), atau selepas Maghrib berjemaah, maka kami mula bertakbir sehingga Isyak.

Ada masa Abah bertakbir dengan tangis, sedu.

Kenapa? Saya juga bertanya, dia kata, Syawal adalah Hari Kemenangan Manusia beribadat pada Bulan Ramadhan, dan dia sedih andai Allah takdirkan ini Ramadhan terakhir buatnya.

Selepas Isyak, yang perempuan sibuk berketupat, berendang dan segala persiapan.

Yang lelaki pula akan sibuk bertakbir di rumah jiran semua hingga lewat malam.

Esok, usai- saya MELAYU saya guna selepas boleh ya, selepas Subuh selepas berjemaah, kami bertakbir dan akan menjalani upacara yang "menyiksakan", yang dipanggil tradisi.

Tradisi Raya ini hanya diamalkan segelintir keluarga termasuk kami, iaitu ceramah agama oleh Abah.

Dan kemudian bermaaf-maafan. Disini juga kita merosakkan kegembiraan hari raya, kerana menangis minta ampun dari ibu dan bapa, yang mana dosa kita masih ditanggung mereka.

Saya fikir, air mata sedih juga mempunyai dua kategori.

Satu kita bersedih kerana kecewa.

Satu lagi kita bersedih kerana gembira. Gembira di kuburan ibu bapa kita, kita makin menghampiri mereka. Tahun ini Raya yang ke 36 saya, sudah 19 tahun beraya tanpa Abah, dan saya gembira sedih kerana sudah semakin hampir setahun untuk disatukan semula dengannya. Jika diizinkan Allah.

Satu lagi kebaikan menziarah di Pagi Raya yang saya perhatikan adalah siratulrahim.

Saya kurang pasti anda, tapi saya seperti kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit ini pula saudara mara, kami punyai perselisihan keluarga.

Ada saudara yang sudah berpuluh tahun tidak bersua, kami bersua di kuburan, dihadapan pusara Atuk dan Nenek yang sama.

Secara tidak langsung dan tanpa disedari, Kuburan di Pagi Raya bukan sekadar bersedih dan menziarah, tapi juga tempat pertemuan saudara khususnya saudara jauh 2-3-4 pupu.

NAMUN, jika tetap berdosa bersedih di kuburan apatah lagi di Pagi Raya, maka moleklah kita semua bawa bunga api. Boleh bergembira main bersama.

Di artikel terakhir bulan puasa ini, izinkan saya undur diri dengan ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah untuk kalian semua.

Apa pun, teruskan tradisi di pagi hari Raya, ziarah, bermaafan dan menyambut kemenangan waima dengan air mata kesedihan sekalipun apatah lagi sedih memikirkan satu-satunya harapan Nabi SAW dipersetankan kita, iaitu Baginda amat sayang pada UmatNYA, jika kita sayang pada Baginda, sewajibnya kita sayang pada umat Baginda, bukan saling bercakaran apatah lagi untuk perkara kecil.

Sunday, June 26, 2016

Bangga Dengan Fakta Melayu Tidur, Melayu Malas, KITA Lebih Hebat Dari Barat Eropah!

Apa yang Mueller katakan tentang kakitangan MAS(Melayu) tidur tidak perlu dinafikan!

Begitu juga apabila ada yang kata Melayu malas, kita juga tidak perlu nafi!

Malas dan tidur keduanya adalah fakta.

Menafikan fakta bermakna kita tidak akui dan tidak kenalpasti kelemahan kaum kita sendiri sekaligus menghalang sebarang peluang untuk Melayu berubah dan maju.

Sebaliknya, jawab Mueller dan pencemuh yang lain dengan berkata;

Melayu baru bentuk Negara pertamanya kurang 60 tahun dahulu. Walaupun Pesekutuan Malaysia adalah Negara pertama diperjuang dan ditadbir Melayu, Melayu tetap bermurah baik hati menerima Cina dan India menjadi sebahagian besar dan penting Negara Malaysia.

Sebelum Negara Malaysia dibentuk, Melayu tidak punyai Kerajaan sebesar Malaysia melainkan Kerajaan Negeri yang terbahagi kepada lebih 14 "Daerah" yang amat kecil.(Sejarah Melaka jauh dibelakang dan tiada kesenambungan untuk dinilai sumbangannya)

Melihat pada sejarah tamadun kaum Cina, India, dan Arab yang berusia beratus ribu tahun, pencapaian kaum Melayu lebih membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian kaum tamadun-tamadun awal ini.


 
Mueller tidak tidur dan rajin kerja digerak oleh kekejaman Hitler "kebanggaan" Jerman


Begitu juga jika kita lihat pada pencapaian kaum Mueller atau kaum barat Eropah yang berusia ribuan tahun malah pernah menjajah 2/3 Dunia, maka pencapaian kaum Melayu yang tidur dan malas itu jauh lebih membanggakan dari kaum Mueller.


Acapkali bila orang kritik Melayu MALAS, Melayu TIDUR, Melayu Penipu dan sebagainya, orang Melayu melihat melalui teropong sempit yang dicipta barat.

Melayu sentap lantas berada dalam perspektif sempit lalu terbawa dan terikut rentak tarian dendangan Barat.

Dendangan Melayu Bodoh yey! Melayu Malas yey! Kita Melayu pun ikut dan rendahkan kehebatan kaum nenek moyang kita sendiri.

Hakikinya, semua revolusi dalam dunia digerakkan oleh pengalaman khususnya kemelaratan ekonomi dan kesengsaraan peperangan.

REVOLUSI CHINA - GREAT LEAP. 42 juta rakyat China mati kelaparan!

Kejayaan & Pencapaian Cina hari ini hasil dari kematian 42 juta jiwa kelaparan!

Eropah dan Amerika yang dipuja hebat hanya selepas berperang ratusan tahun dengan jutaan nyawa terkorban hanya untuk berevolusi tidak tidur dan tidak malas.

Melayu tidak pernah sengsara peperangan panjang, tiada kemelaratan ekonomi atau catuan makanan hingga kematian waima seorangpun akibat kelaparan.

Justeru orang Melayu dan evolusi mereka jauh lebih hebat dari orang Barat Eropah jika diberi atau dibanding tempoh yang sama dengan mereka.

Jadi, kita jangan nafikan, sebaliknya kita jawab dengan yakin;

YA! Melayu Tidur dan Melayu Malas, tetapi jika dibandingkan dengan sejarah kaum Barat Eropah, jika dibandingkan dengan kaum Arab, Cina dan India;

KAMI orang Melayu lebih hebat pencapaiannya dalam tempoh tahun yang sama.

Pun begitu, jujurnya untuk berubah Melayu perlu banyak berkorban dan berusaha memahami AlQuran.

Malas, curi tulang, tidak jujur, tidak amanah, lembab, tidur, banyak MC, banyak EL, banyak alasan, kuat tipu dan pelbagai lagi adalah antara sikap popular orang Melayu yang mentah ini.

Walaupun agama Islam melarang semua sikap negatif ini, tapi cengkaman identiti kaum lebih kuat pengaruh berbanding agama. Hanya jika agama berjaya dihayati barulah sifat negatif ini mampu dibuang.

Tidak perlu tengok orang lain, perubahan perlu bermula dari kita sendiri dan orang paling rapat dengan kita.

Malaysia Boleh! Melayu Terbaik!

Thursday, June 23, 2016

Soalan Pada KP Kesihatan, Ancaman Anak Anti-Vaksin Atau PATI Lebih Buruk?

Perlu dijelaskan saya golongan vaksin, khuatir pula kena kecam. ;p

Banyak cadangan diutarakan di FB yang mana ia tidak lebih dari hanya selesaikan masalah dengan mencipta satu masalah lain.

Sebagai contoh, cadangan melarang anak yang tidak mendapat vaksin mendaftar Tadika dan terbaru Sekolah. Mungkin pencadang tidak pernah dengar apa yang terjadi pada Kg Kusta, Jalan Kusta, Sg Buloh seawal tahun 1930 dan diwartakan secara rasmi sebagai bukan ancaman pada 1984.

Kerajaan ketika itu selesaikan masalah bukan dengan cara hukum mereka tetapi dengan bantuan yang diperlukan sehingga benar-benar bebas kusta disusuli kaunseling.

Saya fikir, golongan vaksin juga boleh dihadapi dengan pelbagai cara melalui penguatkuasaan akta dsb, tapi elakkan cara menghukum, apatah lagi hukum anak-anak yang hanya mangsa "kesilapan" ibu bapa.

Kita sudah terlalu banyak elemen salah diterapkan pada generasi akan datang seperti menghukum murid lambat ke sekolah, sedangkan Bas Sekolah dan Ibu Bapa yang lambat hantar mereka.

Saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan khususnya Datuk Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Anak-anak anti vaksin bukan ancaman tunggal kepada golongan vaksin, malah ancaman lebih besar datangnya dari golongan PATI dan Pekerja Asing.

Mungkin Datuk Hisham dan kita tidak tahu bahawa anak-anak PATI yang tiada surat beranak/MyKid dan tiada vaksin diterima di Sekolah Agama JAIS di Selangor dan bercampur dengan anak kita yang ada vaksin.

Jika dilaksanakan larangan pada anak antivaksin rakyat Malaysia, bagaimana dengan mereka ini?

Di Pasar Borong Wilayah, di bawah terma UN, banyak "refugee" dari Negara potensi tinggi kesihatan berkampung di kawasan tersebut. Mereka mempunyai Sekolah sendiri dan anak-anak mereka juga bercampur dengan kita yang ada vaksin khususnya di tempat awam.

Bagaimana pula dengan anak-anak dari sempadan yang memiliki dua kerakyatan seperti Thailand-Kelantan/Kedah/Perak dan Sabah/Sarawak-Filipina/Indonesia?

Lebih menakutkan bukan anak-anak PATI ini kerana sebagai anak kecil tahap kesihatan mereka boleh dikesan, tetapi Pekerja Asing atau PATI sendiri!

PATI dan Pekerja Asing adalah orang dewasa yang merupakan "carrier" kepada wabak penyakit menular. Mereka tidak dijangkiti tetapi mereka pembawa.

Mereka sudah mula berasimiliasi dalam kejiranan kita dan hanya dipisahkan tembok rumah, dimana Pakistan, Bangladesh, Myanmar ini sudah banyak menyewa rumah sebelah kita.

Jika ditanya pada saya yang daif ilmu kesihatan ini, saya berpendapat anak-anak kita lebih terdedah kepada wabak-wabak terkawal melalui vaksin seperti Tibi dll kepada Pekerja Asing Dewasa Bangladesh, Myanmar dan Pakistan kerana mereka tidak pernah disuntik vaksin dan mereka pembawa virus yang sempurna.

Mungkin ada yang jawab mereka ini sudah diperiksa Fomema dsb tetapi ia tidak cukup bukan sahaja Fomema bukan setiap tahun, mereka selalu pulang ke Negara mereka, tetapi mereka adalah pembawa untuk menjangkitkan dan bukan dijangkiti dan ia tidak boleh dikesan!

Saya berharap, penyelesaian Kerajaan dalam melindungi rakyat Malaysia dari wabak penularan semula ini menyeluruh.

Pekerja Asing, termasuk PATI dan UN Refugee perlu dipantau khususnya anak-anak mereka yang lahir di Malaysia.

Bukan menidakkan kemanusiaan bila saya terpaksa menolak pekerja asing makan dengan anak saya di meja Restoran, atau menjual Ayam Golek di Selayang,, atau menafikan anak warga asing naik Bas termasuk Bas percuma di Selangor, tetapi kita perlu cegah sebelum terlambat.

Dan pencegahan ini memerlukan tindakan kawal bukan hukum.

Wednesday, June 22, 2016

PM Tolong Pertimbangkan Permohonan Saya Untuk Jawatan Ketua Polis Negara.



Saya Mustaqim Abdul Rahman ingin memohon jawatan Ketua Polis Negara sekiranya terdapat kekosongan.

Saya terlibat dalam Projek Sistem Laporan Polis selama 5 tahun dan sepanjang tempoh itu saya sudah pergi ke semua Balai Polis di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL selain lebih separuh Balai Kontijen Johor, Penang dan Perak. Sambil mata tertutup saya boleh lukis pelan lantai IPK, IPD Usang Johor, dll Balai.

Selain “bertugas” di peringkat akar umbi Polis, saya memahami nadi denyut polis termasuk perjuangan Tun Haniff Omar dan khususnya Tan Sri Rahim Noor yang dikagumi ramai anggota.

Saya hanya kenali IGP KBAB51 melalui Twitter dan saya sokong penuh jawatan beliau dilanjutkan berpuluh tahun lagi kerana beliau seorang yang hebat.

Kehebatan beliau dipercayai mampu tingkatkan keupayaan Sistem Laporan Polis(PRS) agar satu hari nanti pengadu tidak perlu mengadu di Balai sebaliknya memadai dengan Twitter pada OCS, AIO, IO, SIO, J, KBND, OCPD, KP, IGP dll.

Untuk rekod pada awal 2000 dahulu Kontijen Negeri Sembilan arahan Ali Hanafiah pernah merintis idea ini dimana IO bawak komputer Riba dan Printer supaya pengadu tidak perlu pergi ke Balai, tapi dihentikan kerana sebab tertentu.

Tapi, jika YAB PM berkeputusan untuk tidak sambung khidmat beliau, saya ingin memohon jawatan Ketua Polis Negar tersebut.

Saya layak kerana saya juga mampu Tweet malah Motto yang akan saya guna, ”padan muka dengan mereka yang tiada Twitter”.


Saya juga mampu arah anggota saya di Twitter untuk tangkap siasat orang ini, dan jika saya rasa saya tidak mahu jawab soalan wartawan(saya juga benci soalan provokasi wartawan) saya akan kata saya tidak perlu jawab. Isu tamat.

Sistem kerja saya juga mampu banteras kes penculikan di Malaysia dengan penuhi semua permintaan penculik termasuk wang tebusan. Saya mampu kawal wang tebusan keluarga mangsa tanpa kurang satu sen pun, jauh sekali kurang berjuta.

Selain itu, saya akan banteras kes rasuah dengan serbu rumah Pegawai Pencegahan Rasuah dan merampas dokumen mereka.

Anggota bawahan saya yang enggan ikut cara saya akan ditukar ke jawatan lebih baik dan diberi hadiah peti ais beku bagi hargai sejarah khidmat cemerlang mereka.

Konsep kerja ciptaan saya yang JITU ini juga mampu selesaikan banyak kes dengan kaedah tangkap pengadu dan biarkan yang diadu. Selesai kes, tutup IP Indeks Jenayah yang dibuka tadi dalam masa SOP yang ditetapkan.

Cukup masa, Audit Kepolisan pasti akan catatkan kecemerlangan berganda untuk PDRM bawah pentadbiran saya.

Saya juga punyai kebolehan toleransi tinggi khususnya dengan kroni, orang politik dan akhbar. Undang-undang dibawah saya akan dikuatkuasakan pada mereka yang lemah dan bernasib malang, dan mereka yang berkuasa akan dilepaskan melalui kaedah kesilapan teknik.

Merit peribadi saya pula, saya tidak pernah sokong mana-mana Kelab Bola seperti MU, Arsenal, Chelsea, Liverpool, RM, Barca, Munchen dll kerana saya setia pada Selangor sejak lahir. Terbukti jelas saya adalah orang yang setia malah lebih setia dari anijng yang pasti tidak akan gigit tangan tuannya.

Sebagai anak campur Melayu Cina, saya mampu tewaskan penjahat sehebat Botak Chin dalam sehari dengan prinsip derma ke akaun peribadi tidak salah.

Prinsip saya ini akan mudahkan orang Cina derma pada akaun orang Melayu.
Cara ini juga mampu menyatukan Cina dan Melayu kerana wang derma itu bukan sahaja mampu untuk minum kopi tapi banyak lagi.

3 anak lelaki saya akan dididik menjadi Polis dan dilantik ke jawatan-jawatan penting supaya ia kelak akan di warisi oleh cucu cicit saya kelak <– Yang ini bukan idea saya, ini sudah banyak dilakukan di kalangan JUSA yang bersara, anak dan cucu mereka dilantik menjadi CEO GLC dan Swasta(yang terlibat tender Kerajaan),  apa salahnya kalau saya terapkan formula sama dalam sektor “penguatkuasaan”.

Jika saya ada anak perempuan, saya akan galakkan beliau untuk sertai bidang pembekalan senjata tetapi tidak akan benarkan beliau sertai mana-mana tender Kerajaan. Kalau beliau mahu jual senjata pada bukan Polis, saya akan “babab” dia!

Konsep saya ini seperti yang dinamakan P.Ramlee adalah konsep demokrasi terpimpin. Tiada satupun penjenayah akan terlepas dari saya, hingga "pistol air" mereka sekalipun saya ada auditnya.

Bagi banteras pengganas, persetankan kaedah “loose and catch” CIA dimana CIA yang lepaskan dan biarkan pengganas masuk ke Malaysia, Paris, Turki, Indonesia, Amerika dll.

Kemudian CIA juga yang akan bagi maklumat hingga pengganas berjaya bom atau Berjaya ditangkap di Negara berkenaan dan tujuan utama menakutkan rakyat tempatan berjaya. Rakyat tempatan juga berjaya diyakinkan untuk sokong CIA dan benarkan “penjajahan” mereka.

Media tempatan yang kononnya bebas pula membantu kempen menaikkan imej  mereka dan tanpa kita sedari mereka yang akan tentukan siapa pengganas(Islam) dan siapa tidak(Barat). – Kaedah CIA ini bukan rahsia dan boleh ditonton dalam filem Holywood mereka sendiri.

Sebaliknya saya akan banteras pengganas IS yang dicipta mereka melalui kaedah “fight war on terror with heart to heart dan eye to eye”.

Kaedah H2H dan E2E ini akan benarkan semua Masjid dan Surau terlibat dibuka untuk aktiviti ibadah sepanjang malam.

Kos operasi PDRM tidak akan meningkat dimana pihak Masjid dan Surau terlibat diwajibkan Tweet/Whatsapp pada polis aktiviti sebelum, semasa dan selepas untuk pemantauan. Pihak Jabatan Agama boleh pantau silang mereka jika perlu kerana Jabatan Agama memang punyai anggota ronda malam untuk menghendap.

Hasutan IS ini biasanya dilakukan di kawasan Kampung dan mereka mencari rekrut dari golongan muda di Masjid dan Surau.


Selain berfungsi untuk balas rekrut mereka dengan aktiviti pengisian jiwa, Masjid dan Surau ini juga akan menjadi mata untuk pihak saya jika dilantik menjadi IGP atau Punasihat. Bukan sahaja mata untuk banteras pengganas, tetapi juga penjenayah dan penculik yang hilang duit tebusan berjuta.

PM tidak perlu khuatir samada saya akan khianati PM selepas bersara seperti G25 dan setengah polis lain kerana saya akan bertindak ketika kuasa ditangan, bukan melalak selepas kuasa tiada ditangan.

Prinsip saya , jika saya tidak mampu bertindak ketika kuasa ditangan, maka saya akan diam sediam-diamnya bila kuasa tiada ditangan kerana saya tahu malu.

Oh ya, sebagai extra merit, atau rekomendasi tambahan, saya berprinsip “ A man will do, what a man needs to do” dan “If I know someone else do this dirty job its catastrophic, so I sacrificed myself to reduce the damage though people call me evil”.

Yang paling penting adalah agenda kita, baik atau buruk. Dan pendapat peribadi saya, agenda saya dan saya percaya agenda IGP Khalid adalah baik.

Mohon dipertimbangkan.

PS: Dulu saya pernah pohon jawatan ini kepada Tun Dr Mahathir masa beliau masih lagi PM, tetapi ditolak, Saya yakin Dato Seri Najib lebih bijak dari Tun, lagipun mengikut jawapan kebanyakan pemimpin UMNO mereka memegang taklik kalau Mahathir boleh "kroni", kenapa Najib tidak boleh "kroni" dsb!

Jangan marah Dato PM, bulan puasa ini adalah baik jika dipenuhi permohonan saudara sesama Islam seperti yang selalu di post di wall PM.:)